Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 29, 2006

Snowy

Hari rabu hari tu, adik aku bagitau aku yang kelas die habis pukul 6.30 petang. Aku pun ingat sementara nak tunggu adik aku balik pukul 6.30 tu, aku nak lepak rumah makcik aku kat Kelana Jaya tu jugak. Masa aku baru je masuk rumah, tetiba adik aku call bagitau die dah habis kelas. Masa tu pukul 5.30 petang. Then, die nak ajak aku pegi pasar ramadan. Aku bagitau kat die suruh die pegi sorang. Aku bukan ape, aku mengantuk tahap gaban pulak masa tu. Remember, aku tak tido semalaman malam sebelum tu.


Sampai je rumah Kak Lina terus aku lelap atas sofa. Bangun-bangun je dah nak dekat pukul 6.30 petang. Kak Lina ngan Abang Fajar suruh aku bukak puasa kat rumah diorang je. So, aku dengan cargasnya terus call mak aku, bagitau yang we all bukak puasa kat rumah Kak Lina ngan Abang Fajar. So, mak aku bukak puasa ngan abah je lah hari ni.


Pastu, gi ambik adik aku kat UNITAR. Adik aku beli kuih tepung pelita ngan kebab. Masa bukak puasa tu makan sikit je. Yer lah kan, kena lah kontrol makan sebab dah makan HL. Karang sia-sia je makan HL kalau tak kontrol makan. Bukak puasa kat rumah Kak Lina ni berbeza ngan bukak puasa kat rumah aku. Kalau kat rumah aku, bile time bukak puasa tu, we all terus makan nasi. Kalau kat rumah Kak Lina pulak, masa bukak puasa tu diorang makan buah atau kuih dulu. Pastu, solat maghrib berjemaah. Then, baru lah makan. Abang Fajar siap offer kalau aku ngan adik aku nak makan dulu, makan lah. Ishhh, takkan aku nak makan lak. Dah lah tuan rumah nak sembahyang. So, nak tanak kena lah ikut tuan rumah kan.


Lepas makan, aktiviti bebas. Kat rumah Kak Lina ade baby rabbit. Nama die Snowy. So comel lah snowy ni. Mata die cam pakai celak. Bawah ni ade gambar Snowy. Tapi, kualiti gambar agak kureng sebab ambik gambar guna hp Huawei Cokia je. Bak kata abang aku. hampeh.





Lepas dah main2 ngan Snowy, tengok Amazing Race, baru lah we all balik dalam pukul 9 lebih. Sampai rumah, mandi-mandi, solat dan belayar ke alam mimpi.

No comments: