Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 22, 2006

What's In Your Bag?



Baca blog Iza tadi, die tak tag aku tapi, aku tergerak hati lah jugak nak buat tag die tu. Hehehehe. So, ini lah die segala isi kandungan dalam handbag aku.






1) Wallet - Wallet aku tak der lah mahal pun. Hehehe. Benda ni wajib ade dalam handbag sebab duit, kad pengenalan, lesen, kad bank dan segala macam kad lagi ade dalam wallet aku ni.


2) Handphone - Handphone pun boleh di kata kan benda wajib ade dalam handbag sebelum keluar rumah. Sebelum keluar rumah, mesti nak check banyak-banyak kali handphone ade ke tak dalam handbag.


3) Kunci Kereta - Wajib gak. Kalau tak camane kereta nak bergerak.


4) Kunci Ofis - Benda wajib lah jugak kalau nak gi ofis. Aku memang tak boleh tinggal kunci ni kat rumah sebab aku pegang kunci belah bilik Dekan. Kalau aku tak bawak kunci ni naya jer.


5) Kad Pekerja - Kad pekerja ni tak der lah benda wajib sangat. Tapi, aku bawak je sebab takut-takut nak gi swimming ke on friday. Kalau tak der kad pekerja tak leh nak enter pool side.


6) Daily Hand and Nail Cream (Body Shop) - Mesti bawak letak dalam handbag. Seharian dok dalam aircond akan menyebabkan kulit tangan aku kering. So, aku pakai cream ni untuk mengurangkan kering pada kulit aku ni.


7) Pond's Skin Lightening Cream - Mesti ade jugak. Sebelum pakai bedak kena pakai cream ni dulu.


8) Clinelle Eye Bright - Sebelum pakai Pond's Lightening Cream, aku apply cream ni kat bawah mata aku.


9) Express Make up 3 in 1 Maybelline - Lepas pakai pond's, pakai maybelline ni pulak. Maybelline ni kalau tak bawak pun takper. Kalau ade pun ok. Kalau tak der pun ok jugak.


10) Compact Powder Johnson & Johnson - Aku ni jenis tak pakai compact powder yang mahal-mahal. Aku memang pakai yang ni je memang dari dulu.


11) Maybelline Lipstik - Memang kena ade dalam handbag. Aku ni memang bukan jenis yang pakai banyak-banyak jenis lipstik. Aku pakai satu jenis lipstik je. Agak nye, kalau ade pakwe pun, memang jenis setia pada yang satu. Huhuhuhu.


12) Born lippy Body Shop - Kalau rasa nak bibir berkilat, aku apply je kat bibir aku. Kalau tanak bibir berkilat, aku tak pakai lah lip balm ni.


13) Sasa lip gloss - Kalau rasa malas nak pakai lipstik, aku just pakai sasa lip gloss jer.


14) Panadol - Untuk emergency. Buatnye kat ofis pening kepala ke, ade lah jugak panadol ni untuk legakan sakit kepala.


15) Handphone cable - Memang ade dalam handbag aku untuk upload gambar atau mp3 masuk dalam handphone aku.


16) Buku Cerita - Buku cerita ni wajib ade dalam handbag aku kalau aku nak gi mane-mane. Tatau lah. Memang dari dulu aku memang jenis bawak buku cerita. Kalau aku kena tunggu orang ke, aku tak bosan lah sebab dah ade buku untuk aku baca.


17) Thumbdrive - berkaitan kerja.


18) Lip Liner


Itu je lah aku rasa yang ade dalam handbag aku ni. Aku ni memang jenis tak pakai branded item.


So, ladies out there, what's in your handbag?


No comments: