Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 15, 2006

Hari Sabtu Yang Tak Best

Aku keje lah pulak hari ni. Bosan sungguh lah. Patutnya aku tak keje. Tapi, disebabkan ade exam masters, kena lah jugak aku keje sebab aku sorang je yang pegang kunci peti besi. Boss aku ade pegang satu kunci, tapi, die mane nak datang pun sebab tak boleh nak claim OT.

Semalam masa aku balik dari berbuka puasa kat luar, mak aku bagitau aku yang atok aku kat Muar tu accident. Mak aku ajak aku balik Muar. Tapi, memang tak boleh nak ikut lah sebab kena keje hari ni. Maybe esok kot aku, abah ngan abang aku balik Muar. tapi, tatau lagi lah jugak sebab kena bincang dulu kat rumah. Hari ni aku datang keje pun tak bawak kereta. Pandai-pandai lah nak balik karang. Aku pesan kat adik aku suruh ambik aku pukul 12 tengahari karang. Tapi, adik aku siap cakap ngan aku Awak ni kan, ape lah guna ade bf, suruh lah bf awak ambik. Hampeh sungguh. Terkena aku sebijik. Die malas nak ambik aku lah tu sebab die daripada Gombak. So, agak jauh nak ke Shah Alam. Tengok lah camane nanti.


Petang ni aku berbuka kat KL Sentral kat ofis abah aku. Bebudak ofis abah aku buat majlis berbuka puasa kat Kl Sentral. Majlis ni sekali ngan farewell abah aku kot sebab abah aku kena tukar department. Daripada Komuter ke Urusan Jalan. Nasib baik lah jugak ade majlis ni. Tak der lah susah-susah sangat aku nak kena masak. Huhuhuhu. Aku ni kalau rajin masak, terlampau rajin nye lah. Kalau aku malas, memang tak berasap lah dapur tu.
Aku rasa cam nak gi tengok wayang lah pulak hari ni. Tatau lagi lah camane. Sebab aku rasa aku tak der wat ape-ape lepas balik keje tu. Nak lepak ofis abah aku pun mesti bosan sebab sorang-sorang. ingat nak tengok Devil Wears Prada. Tapi, tengok sorang pun tak syok gak. Nak ajak bf aku tengok, i don't think so kot. Die bukan nye suka nak gi tengok wayang ni. Layan DVD lagi bagus. Huhuhuhu.

No comments: