Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 04, 2006

Mengimbas kembali


Masa ni kat UNISEL, Shah Alam. Hijjaz jadi artis jemputan untuk Forum "Antara Cinta dan Segulung Ijazah". Abang Munif tak der dalam gambar sebab dah balik awal.


Ni pulak masa aku jadi AJK merangkap fasilitator kat El-Azhar Camp, Morib. Masa ni buat Majlis Pelancaran dan Perasmian Kelab Sahabathijjaz. Aku jadi AJK Prep & Tech. Bergambar ngan Kumpulan UNIC, Safwan AEMAN & AJK Prep & Tech.


Ni pulak bergambar ngan INTEAM. Dr. Tina pun ade sekali. Rindu lah kat Dr. Tina aka Lakaran_Sahrawi.


Bile aku tengok balik gambar kat atas ni, aku jadi rindu lah nak jumpa kumpulan INTEAM, UNIC, HIJJAZ semua. Dulu aku ni boleh lah dikatakan aktif lah jugak ikut diorang punya konsert semua. Tapi, tak semua konsert aku pegi lah. Konsert besar-besar je aku pegi pun. Cam konsert kat UIA aku selalu lah pegi. Dan paling aku tak boleh lupa, aku sanggup pegi konsert diorang kat KISDAR, bangi. Masa tu KISDAR lah kan. Nama skrg aku tatau. Nasib baik masa tu aku ade adik angkat kat KISDAR. Show diorang masa tu pukul 8 lebih after Isyak. Aku pegi ngan kawan aku. Melepak borak-borak ngan diorang semua sampai pukul 12 lebih. Dalam pukul 1 pagi baru teringat nak balik. Bukan ape, dah syok sangat borak. At last, pukul 2 pagi baru sampai rumah. Nasib baik masa tu mak aku tak marah sebab aku bawak Iera jadi escort aku. Kalau aku tak bawak Iera, jangan harap lah mak aku bagi aku pegi. Huhuhuhu. Iera memang selalu jadi escort aku. Iera ni bestfriend aku sejak form 4. Die memang berkongsi minat ngan aku. Same-same minat ngan lagu nasyid.


Kalau Hijjaz ade buat kem bersama peminat aku ade gak lah jadi fasilitator. Alaaaa, fasilitator cabuk jer. Pernah sekali Hijjaz buat kem bersama peminat kat Segamat, aku jadi fasilitator, Iera pun ade jugak. Tapi, die jadi peserta lah. Masa tu, urusan pembahagian kumpulan. Aku saje je masukkan nama Iera sebagai ahli kumpulan aku. Ahahaha. Kelakar lah bile fikir-fikir balik pasal ni kan Iera. Masa tu aku jadi fasilitator sekali ngan Abang Ipin Hijjaz. Huhuhuhu. Masa tu ahli kumpulan aku termasuk 2 orang budak Johor, Shauki ngan Halim. Memula tengok cam kenal je budak berdua ni. Rupa-rupanya diorang ni kawan ngan Wan Shah kumpulan UNIC. Aku pernah pun tolong ambik diorang kat Pudu Raya masa diorang baru sampai KL. Ahaksss. Camane lah boleh lupa pulak. Skrg ni, budak berdua ni dah jadi artis nasyid pun, Kumpulan Devotees. Kumpulan tak glamour pun.


Sebelum aku start keje kat U*TM, aku memang bergiat aktif lah jugak dalam sahabathijjaz ni. Memang seharian aku mengadap komputer je sebab masa tu aku masuk forum sahabathijjaz. Masa tu, memang gile-gile ah berforum. Berenti untuk makan and sembahyang. lepas tu, sambung balik. Huhuhuhu. Skrg ni tak der lah nak berforum sangat. Yang kenal-kenal dalam forum tu pun dah tak der. Ramai budak baru skrg ni. Kitorang ni bukan berjumpa secara maya je. Tak cukup ngan berjumpa di alam maya, diorang buat jejak kasih pulak. Tak kira lah kat mane-mane pun. Tapi, selalu nya kat ofis Hijjaz. Tak pun rumah peminat. Rumah aku pun tak ketinggalan pernah jadi lokasi jejak kasih. Aku ingat lagi masa ni kumpulan UNIC tu baru je jadi artis HIJJAZ. So, kena buli je diorang ni. Kat bawah ni ade link aktiviti yang pernah aku sertai sepanjang aku bergiat aktif ngan HIJJAZ. Dulu-dulu lah kan.

Jejak Kasih 1
Jejak Kasih 3
Majlis Gilang Gemilang Sambutan Hari Lahir Syam INTEAM & Nik Syakirah
Majlis Perkahwinan Kak Jijah
Mesyuarat Sahabathijjaz
AJK Bertindak Jejak Kasih4 SahabatHijjaz
Program Jalinan Sahabathijjaz
Program Jalinan Aidilfitri

Aku rindu sebenarnya nak jumpa diorang semua ni. Tapi, apa kan daya aku ni. Aku tak der kekuatan nak jumpa diorang semua. Ade lah perkara yang terjadi hingga aku tak boleh nak jejakkan kaki aku ke sane. Sampai kan Abang Isman Hijjaz call aku tanya kenape aku dah lama tak pegi pejabat diorang. Aku cakap lah aku bz. Padahal aku malas nak ingat dah hal yang berlaku. Hal yang berlaku tu biar lah aku simpan.


COUNTDOWN : 2 DAYS TO GO

No comments: