Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 20, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri





Di kesempatan ini, eyzzah nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua pembaca blog eyzzah ni. Raya tahun ni eyzzah tak der feel langsung lah nak raya. Baju raya adik-adik pun tak siap lagi. Baju raya eyzzah pun jangan cakap lah. Lagi lah tak siap lagi.


Tahun ni lagi sekali macam tahun lepas tak beraya kat Kelantan. Tahun ni eyzzah satu family beraya kat Muar. Tak seronok langsung nak beraya tahun ni dengan keadaan atok yang camtu, korang semua mesti tatau ape yang jadi kat atok eyzzah kan. Actually, atok eyzzah accident kena langgar ngan motor. Atok baru nak pegi solat terawih sebelum die kena langgar tu. Atok eyzzah jalan kaki. Teruk jugak lah kalau tengok keadaan atok aku tu. So, nampak gaya nye, eyzzah satu family beraya kat hospital je lah tahun ni. Insyaallah raya kedua baru balik Kelantan sebab sepupu eyzzah kahwin.


So, pada sesape yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya ek. Akhir sekali, eyzzah nak mohon kemaafan kepada semua kalau ade yang tersinggung dengan tulisan eyzzah dalam blog Dramatic.... I'm A Dreamer ni. Semoga Ukhuwah kite berpanjangan, Insyaallah.


Jumpa lagi ek lepas raya nanti.

No comments: