Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 27, 2006

Ada Apa Dengan Hari Minggu?

No idea nak update ape. Tatau lah aku, sejak kebelakangan ni aku asyik malas je nak update blog. Salah satu sebabnya aku tatau nak cerita pasal ape. Lagi pun, tak interesting sangat blog aku ni. aku suka dok bebel pasal aktiviti harian aku je. Lain lah kalau baca blog org lain, depa dok bercerita pasal shopping lah, herbalife lah. Aku ni nak cerita pasal shopping tak boleh sangat sebab aku ni bukannye jenis manusia yang suka shopping. Kalau aku dok bercerita pasal shopping tu memang aku ni dah buang tebiat agak nye. Huhuhuhu.


Aku lebih suka cerita pasal hidup aku bukan ape, bile aku dah tua ke esok-esok, aku nak jugak lah anak-anak cucu aku baca blog aku ni. Amboi, berangan betul makcik ni. Aku memang suka tulis diari dulu-dulu pun. Tapi, aku tulis diari dulu-dulu pun tak der lah sampai hujung tahun pun. Sampai tengah tahun je aku dah malas nak tulis diari. Masa awal-awal tahun je aku excited tulis diari. Dah tengah tahun tak tulis dah. Biase lah kan, aku ni jenis hangat-hangat tahi ayam je. Kat bawah ni aku nak update pasal kegiatan hujung minggu aku.


Sabtu


Hari ni seperti biase, pagi dok rumah. Dah tengahari tu baru keluar. Aku keluar sorang je. Aku keluar dalam pukul 12 lebih. Pukul 3 lebih dah balik dah. Sekejap je keluar pun. On the way balik tu adik aku yang kat UNISEL sms aku suruh aku ambik die kat UNISEL sebab bas belah petang dah tak der. Tapi, kena balik rumah dulu sebab nak ambik adik aku Syida. Bile aku dah sampai rumah tu, aku tengok adik aku Syida tak siap-siap lagi. Aku pun kerah lah die suruh die siap-siap sebab nak ambik adik aku kat UNISEL. Tengah aku dok bising-bising suruh Syida siap-siap, Siti pun memunculkan diri di sebalik langsir. Sabo je lah aku tau. Aku ingat memang minah ni tak balik lagi. Rupa-rupanya dah balik dah. Die tumpang kawan die balik rumah. Buat nye aku tak balik rumah, aku pegi fetch die terus tak ke naya tu. balik rumah rileks sekejap sambil borak-borak ngan mak, mak long and maksu aku.


Mak aku bising ngan abah aku suruh beli interkom kat bilik atok aku. Bukan ape, atok de aku balik Muar seminggu sebab nak balik tengok ayam ngan kucing die yang die tinggalkan kat Kampung. Tatau lah tu seminggu ke berape lama die nak dok sane. Sebab tu lah mak aku suruh beli interkom letak kat bilik atok aku. Senang atok aku nak panggil. Tak payah lah nak jerit-jerit kan. Bilik mak aku ngan bilik atok aku pulak jauh. Pastu, pintu pulak tebal. Aku takut tak sedar je kalau atok aku panggil.


Petang tu, dalam pukul 5 lebih, mak aku ajak pegi rumah Makcik Midah punya mak. Die wat kenduri nak gi Mekah. Die buat dari petang sampai malam. Malam tu die nak bertolak dah. Lepas dah makan and borak-borak ala kadar, terus balik. Tapi, sebelum balik rumah sempat jugak singgah rumah Auntie Norma. Auntie Norma ni kawan mak aku masa kat England. Lepas dah borak-borak ngan Auntie Norma and sempat mak aku mengecek satu pokok limau purut baru balik rumah. Sampai rumah je tengok Kak Fiza ngan Abang Ipin dah ade kat rumah. Datang jumpa atok aku.
Lepas solat maghrib terus aku ngan adik aku Siti keluar sebab nak pegi cc. Komputer kat rumah aku rosak. Bile dah pegi cc, tengah syok surfing, blackout lah pulak. Tension betul lah tau. Lepas tu, terus kuar cc, gi makan KFC. Surfing adik aku belanje. Makan aku belanje. Same lah jugak cam bayar sendiri-sendiri kan. Huhuhuhuhu. Sebelum balik rumah, sempat singgah pasar malam sebab nak cari VCD and DVD. Aku beli VCD Step up ngan DVD lindsay Lohan 3 in 1. DVD 3 in 1 tu ade cerita Herbie, Just My Luck ngan Mean Girls. Saje nak buat collection. Nasib baik murah. Kalau mahal aku tak beli jugak.


Balik from pasar malam dah pukul 10. then, terus balik rumah and layan cerita Mya Zara. Saje suka tengok muka eja dalam citer Mya Zara tu. Comel sangat-sangat. Masa tengah layan citer Mya Zara tu, Siti kuar dari bilik bagitau aku member aku call. Aku malas nak layan sebab aku nak concentrate tengok Mya Zara. Bile dah habis citer Mya Zara, aku masuk bilik aku tengok adik aku yang melayan member aku call. Sabo je lah. Lepas adik aku dah habis bercakap ngan member aku, aku lak sambung. So, aku borak lah ngan member aku ni sampai kol 1 pagi. Lepas tu, aku dah tak larat dah. Surrender terus aku. Lepas tu, terus tido.


Ahad


Bangun-bangun tido je lepas solat subuh terus aku tiga beradik perempuan mengadap laptop dok tengok cerita Lindsay Lohan. Dah habis dua cerita baru lah sibuk nak keluar makan. Hehehe. Hari minggu aku skrg ni tak payah dok sibuk-sibuk nak siap kan makanan ke ape sebab Mak Long aku ade. Mak Long aku lah akan masak. Hehehe. Tak payah masak susah-susah. Nasi goreng pun dah kira ok dah. We all memang tak cerewet bab-bab makan ni. Lepas dah makan, sambung balik mengadap laptop sampai lah pukul 10 lebih. Mak aku masuk bilik cakap atok aku panggil suruh picitkan tangan die. Lepas dah picit tangan atok aku and borak sikit-sikit ngan atok aku, baru lah bersiap nak hantar Syida gi kelas. Lepas dah bersiap tu, abang aku yang sulung pulak sampai dari Bagan Datoh. Abang aku ni selalu kalau datang je rumah mesti aku nak keluar. Memang tak sempat nak borak lama-lama pun.


Lepas dah borak ala kadar, terus hantar Syida. Masa on the way tu, Mahdi kawan aku yang call aku malam tadi, ajak aku teman die makan. Aku pun suggest lah suruh die datang ke Giant Kelana Jaya. Aku ingat die memain je. Rupa-rupa nya betul die datang ke Kelana Jaya. Masa lepas send adik aku tu, die call aku bagitau yang die dah sampai. So, aku suruh die datang jumpa aku kat area cc kat Glomac. So, die datang. Aku nak surf internet sekejap sambil-sambil dok tunggu adik aku habis kelas. Die pun sibuk jugak ikut aku naik kat cc. Lepas die dah surf sekejap, die bagitau aku yang die nak makan. So, aku cakap lah kat die, aku tanak lah makan sebab nanti aku nak makan pulak lepas ni kat kenduri kawin kawan adik aku.


Die pun bagitau aku, die nak gi makan sekejap then die akan tunggu adik aku habis kelas sebab die nak jumpa adik aku. Konon nak surprise kan adik aku lah. Sabo je lah aku Mahdi ni tau. Tak lama lepas tu dalam pukul 2 lebih, adik aku sms bagitau yang die dah habis kelas. So, aku pun call Mahdi bagitau yang adik aku dah habis kelas. Mahdi pun call lah adik aku. Siap minah tu terkejut si Mahdi datang jumpa die. Sabo je lah aku adik aku ni. Bile Mahdi dah jumpa adik aku, die bawak adik aku ke Glomac. Lepas dah jumpa and borak ala kadar, terus menghala ke arah Gombak pulak sebab nak pegi kenduri. Masa dah sampai kat Gombak, hujan lebat lah pulak and masa tu nasib baik lah tak ramai org sangat. So, senang lah sikit nak cari parking. Ingatkan nak lah jumpa pengantin. Rupa-rupa nya pengantin tak der lah pulak. Pengantin lelaki gi balik rumah pengantin perempuan kat Sungai Buloh. Sabo je lah aku tau. Dah lah kawan-kawan datang nak jumpa pengantin. Tengok-tengok pengantin dah tak der. Frust betul member-member adik aku. Huhuhuhu. Kalau aku pun aku frust lah jugak kan.


Lepas tu, terus balik Sungai Buloh. Tak larat nak ikut Kepong sebab tau dah jalan tu mesti jammed. So, ikut lah highway. Jammed jugak tau. Tapi, nasib baik lah jammed yang jenis slow moving. Kalau kat Kepong tu memang jammed teruk. Sampai rumah dah lewat terus mandi. Malam pulak buat sandwich telur je sebab dah rasa teringin sangat nak makan sandwich telur. Malam tu jugak adik aku baru balik from Pangkor bawak balik macam-macam makanan.


Dah nak tengah malam sikit, aku dok layan cite Anak Mami Kembali sorang-sorang sebab diorang semua dok tengok CSI kat luar. Saje je layan citer Apek berlakon sebab nak gelak-gelak hilangkan tension. Lepas dah layan VCD, terus tido.


Isnin


Banyak betul keje hari ni. Nak kena call semua lecturer yang dah ambik dan belum ambik answer script. Banyak keje pun sempat lagi tu update blog ni kan. Huhuhuhu. sabo je lah.


Haaaaa, ambik ko. Tak der idea sampai berjela-jela aku update. Sabo je lah tau.

No comments: