Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 02, 2006

Cerita Raya

Aku actually tatau nak start camane entry raya ni. Raya aku tahun ni memang tak same langsung ngan raya aku tahun-tahun lepas. Tahun ni satu family aku semua raya kat hospital sebab atok aku masuk hospital. Atok aku kena langgar ngan motor masa die on the way nak gi solat terawih kat surau berdekatan ngan rumah die. Nak kate keadaan atok aku tu teruk tu memang teruk lah masa mula-mula die kena langgar. Tapi, skrg ni alhamdulillah, keadaan die dah bertambah baik dari sehari ke sehari. Lagi satu, yang lain nye raya tahun ni sebab mak aku tak buat kuih raya, memang tak sempat nak buat kuih raya pun tahun ni sebab mak aku dok asyik berulang alik ke Muar sebab nak jaga atok aku. Kena lah anak yang jaga kan. Kalau bukan anak yang jaga, nak harap pada siapa lagi kan. Aku cerita day by day lah ek start from hari aku start balik kampong ok. Entry ni panjang ok. Jangan cakap aku tak warning u all ek. Hehehhee.


22 oktober 2006 – Ahad

Malas rasa nya nak balik beraya kat Muar. Tak seronok rasa nya nak balik beraya kat Muar. Tapi, nak buat camane kan. Kena jugak balik sebab atok aku masuk hospital. Raya tahun ni memang berbeza sangat-sangat sebab selalu nya balik Kelantan. Tapi, semua kena berkorban. Family Mak Long aku pun balik Muar jugak.


Aku satu family keluar rumah lepas zohor. We all balik Muar 2 kereta. Satu kereta aku and lagi satu kereta abang sulung aku. Dua-dua kereta myvi. Saje je tanak bawak wira sebab nak jimat minyak. Hehehe. Abang aku gi straight ke Muar. Aku pulak menghala ke rumah Mak Long aku dulu sebab nak hantar baju raya atok aku yang aku jahit sebab Abang Shahrul anak Mak Long aku nak balik Kelantan malam ni.


Lepas dah habis urusan kat rumah Mak Long aku, aku terus menghala ke Sunway pulak sebab nak hantar baju raya sepupu aku pulak. Sampai-sampai sane, makcik aku tengah buat kuih raya. Lepas dah borak ala kadar, terus menghala ke Muar. Alhamdulillah, trafik ok je. Tak der lah jammed pun. Kalau jammed pun still jammed yang moving lah. Sampai Muar dalam pukul 6 lebih. Lepas solat asar, naik wad kejap sebab nak jumpa atok aku. Aku tengok muka atok aku bengkak sangat-sangat. Maybe kesan ubat yang di beri oleh doctor kot. Aku pun tatau lah sebab ape muka atok aku bengkak. Tiap-tiap hari kena x-ray sebab masa mula-mula accident dulu paru-paru atok aku bengkak. Lepas tu, terus menuju ke cafe untuk bukak puasa. Waktu melawat sampai pukul 7.30 malam je. Sampai cafe, bukak bekalan. Mak aku dah siap masak daripada rumah lagi. Memang saje je mak aku masak sebab tanak tinggalkan lauk-lauk basah dalam peti. Takut tak der api kat rumah and peti jadi busuk.


Lepas tu, terus gi rumah atok kat Bukit Pasir. Tido agak awal sebab penat travel jauh.


23 Oktober 2006 – Isnin

Hari ni dok buat spring cleaning kat rumah atok aku. Bersih kan ape-ape yang patut. Mop lantai, vacuum carpet dan kesudahan nye, menjelang tengahari semua dah tergolek dok sebab penat mengemas. Mak ngan abah pegi hospital jenguk atok. Petang, mak ngan abah balik rumah and suruh we all semua siap-siap untuk ke hospital. Mak aku cerita, abang aku yang nombor 2 datang kat hospital sebelum die balik Batu Pahat. Alahai, tak sempat lah aku nak jumpa ngan anak buah aku yang becok tu. Sekarang ni, minah tu dah becok yang amat. Baru dapat mulut kan, asyik nak bercakap je. Hehehehe.


Lepas dah lawat atok aku, terus pegi bukak puasa. Aku ni kalau pegi Muar memang tak lepas peluang gi makan mee bandung. Masa tu dah pukul 6 lebih dah. Nasib baik lah masa sampai kat satu kedai ni still banyak lagi kerusi yang kosong. Orang Muar bukak puasa kat rumah gamak nye. Hehehehe. So, order lah mee bandung. Alahai, mee bandung die memang frustrated betul lah. Tak sedap langsung. Air buah pun cair jer. Mahal pulak tu. Memang tak berbaloi langsung makan kat situ. Menyampah betul.


Masa nak balik tu, aku balik satu kereta ngan abah, mak ngan adik aku Umar. Abang aku bawak adik-adik aku yang perempuan balik sebab Umar sibuk nak gi cari songkok. Mane tah die letak songkok die. Die boleh cakap songkok die hilang. Sabo je lah aku. Lepas dah shopping ala kadar, terus mak aku cakap nak pi jaga atok aku malam ni. So, terus lah ke Hospital nak hantar mak aku. Mak aku tak sedap hati nak tinggalkan atok aku sorang-sorang kat hospital. So, mak aku jaga lah malam ni.


Malam tu, mak aku call bagitau atok aku tak tido and meracau-racau. Kesudahannya, mak aku tunggu atok aku sampai keesokan harinya. Mak aku ingat nak balik masa Mak Long aku dah sampai Muar sebab Mak Long aku bertolak from KL pukul 9. Tapi, tak jadi lah sebab keadaan atok aku yang camtu.



23 Oktober 2006 – Selasa (Raya Pertama)

Selamat Hari Raya. Aku tersedar seawal 6 pagi sebab masa tu abah aku dok bising-bising dok cari kunci kereta sebab nak gi ambik mak aku kat hospital. Bile dah tersedar tu cepat-cepat aku bangun mandi. Kalau bangun lewat, tau-tau je lah kan. Jammed jadi nye bilik air sebab ramai lagi yang nak mandi. Dahl ah bilik air kat rumah atok aku ni ade satu je. Itu je lah bilik air kalau sesape nak berebut pun. Huhuhuhu. Masa mak aku balik rumah atok aku, mak aku terus bukak cerita pasal atok aku. Atok aku memang tak tido langsung malam tadi sebab atok aku kate kaki die sakit dan orang yang lalu lalang kat katil die tak kira doctor, nurse, patient atau penjaga semua die mintak spanar sebab nak bukak besi kat kaki die tu. Ngeri je aku dengar. Sebab tu mak aku tak sedap hati nak tinggalkan atok aku sorang-sorang.


Tahun ni aku tak gi solat raya pun sebab nak prepare ape-ape yang patut kat rumah. Lepas diorang semua dah balik from sembahyang raya, diorang sambung makan lagi. Padahal dah makan dah sebelum sembahyang raya tadi. Sabo je lah aku. Menu raya we all tahun ni ialah lontong. Mak Long aku yang buat Lontong ni. Mak aku memang tak buat ape-ape pun. Kan aku cakap mak aku tak buat kuih raya tahun ni. Tapi, alhamdulillah jugak abah aku dapat hamper pun banyak. Dan hamper yang abah aku dapat pun kuih raya die sedap-sedap lah jugak. Ade lah dalam 20 jenis kuih raya jugak lah yang abah aku dapat. Semua tu contractor and kawan-kawan abah aku bagi. Alhamdulillah, Save budget dah kat situ.


Lepas tu pulak, sesi ambik gambar. Sessi ambik gambar memang wajib tiap-tiap tahun. Memang tak akan ketinggalan. Tapi, tak lengkap lah tahun ni sebab atok aku tak der. Waaaa, rindu kat atok Kelantan. Bile dah selesai sessi ambik gambar, terus we all menuju ke Hospital Muar untuk melawat atok aku.


Sampai-sampai je kat wad tempat atok aku tu, bile dah keluar daripada lif memang aku dah dengar suara atok aku meracau-racau. Masa tu, aku tengok nurse dah ade kat katil atok aku bersiap sedia nak ikat tangan and kaki atok aku. Anak cucu semua dah panic ni. What happen???? Atok aku dah terjerit-jerit dah masa tu. Rupa-rupanya bile dah dapat penjelasan from doctor baru lah aku tau sebab ape. Atok aku gi tariknya besi yang cengkam tulang die tu. Waaaaaa, aku tak dapat bayangkan camane atok aku tarik besi tu. Memang haru biru masa tu. Anak cucu atok aku semua dah nangis dah. Sepupu-sepupu lelaki aku yang tak pernah aku tengok menangis pun boleh menangis masa tu. Memang sedih sangat.


Doktor jumpa mak aku untuk bagi penjelasan sikit dan memerlukan tandatangan mak aku untuk buat minor operation untuk masukkan besi kat tumit kaki atok aku dan operation tu akan di buat masa atok aku dalam keadaan yang sedarkan diri. U all dapat bayangkan tak? Bayangkan lah kalau kena cucuk ngan jarum peniti pun dah sakitkan. Inikan pulak lah nak kena cucuk ngan besi kat tumit kaki tu. Masa doctor buat minor operation tu, memang die buat kat dalam wad tu je. Aku ingat die akan buat kat Operation Theater. Masa doctor buat operation tu, atok aku meraung suruh anak cucu die tolong. Tapi, masa tu memang aku tak sanggup nak dengar atok aku meraung panggil nama anak cucu die. Masa tu, aku dok kat luar wad. Tapi, even dok kat luar wad pun still boleh dengar atok aku meraung sakit. Sedih betul aku.


Operation tu memakan masa sekejap je. Bile dah selesai semua, terus semua gi kerumun atok. Tak lama lepas tu, atok pun tido. Kitorang ni pun ape lagi, duduk atas kerusi pun memang boleh lelap. Petang tu, ramai jugak yang datang melawat. Pukul 7.30 malam we all semua balik. Yang tinggal pun pakcik ngan makcik aku. Malam pulak turn sepupu-sepupu aku yang lelaki pulak jaga atok aku. Aku ngan adik aku punya turn esok pagi sampai lah pukul 8 malam.


24 Oktober 2004 – Rabu (Raya Kedua)


Plan we all nak balik Kelantan tak jadi disebabkan keadaan atok aku yang belum stabil lagi. Hari ni pagi-pagi lagi aku bertiga ngan adik-adik aku dah keluar rumah nak ganti sepupu-sepupu aku yang lelaki untuk jaga atok aku.


Haru biru aku jaga atok aku hari ni. Habis aku ni di marah nye. Tapi, alhamdulillah lah kalau jaga time siang ni die tak banyak meracau sebab atok aku banyak tido je. Yer lah, dah malam tak tido. Siang die tido je keje nye. Senang sikit keje aku. Tapi, kalau die tengah sakit tu memang kesian sangat. Adik aku baca yassin baru lah tahan sikit tak der lah meracau sangat.

Malam ni pulak Mak Long aku ngan Izwan pulak jaga. Shift aku habis pukul 8 malam. Hehehehe. Cam keje lak. Balik tu tengok cerita bujang senang. Lawak bodoh betul citer tu. Saje je tengok nak hilangkan tension. Pastu, terus tido sebab penat seharian jaga atok aku kat hospital.


25 Oktober 2006 – Khamis (Raya Ketiga)



Hari ni turn abang aku ngan adik bongsu aku jaga. Aku dok umah je hari ni. Malas nak keluar. Memang tahun ni tak beraya ke mane-mane pun. Mood nak beraya tak dak. Biler mood raya dah tak dak, dok kat rumah je lah jawabnye.


Petang baru bersiap-siap ke hospital. Minggu ni memang asyik berulang alik ke hospital je lah keje nye. Sampai hospital. Abang aku bagitau esok doctor akan buat Major Operation untuk masukkan besi yang macam arial tv kat kaki atok aku. Abang aku cerita lagi, masa nurse tengah bersihkan luka atok aku pagi tadi, abang aku nampak tulang kaki atok aku terkeluar. Wahhhh, ngeri betul aku dengar. Ngilu siot dengar cite abang aku. Masa nurse cuci semalam aku tak der lah tengok sebab aku takut. So, tatau citer lah pasal tulang kaki atok aku tu.


Mak Long aku balik KL hari ni. So, tinggal lah family aku je kat rumah atok aku. Malam ni, mak ngan abah aku yang jaga. Aku ngan adik-adik aku nak gi cari pizza hut sebab dah teringin sangat nak makan pizza hut. Puas aku pusing-pusing nak cari pizza hut. Dah banyak kali pusing baru lah jumpa pizza hut. Nak cari parking pulak satu hal. At last, masuk satu shopping complex ni. Aku tatau sangat ah nama shopping complex ni. Nasib baik senang je nak dapat parking.


Adik-adik aku memang menghabiskan duit aku betul. Kopak aku lepas tu. Lepas dah habis makan pizza hut, terus masuk balik shopping complex tadi. Ade pulak orang jual DVD and VCD. Aku bebetul memborong. Lagi pun, DVD kat sini murah lah jugak, RM8 satu DVD. Aku beli 3 DVD. Saje je beli nak tengok malam ni. Hehehehe.


Balik rumah atok aku, lepas dah mandi and solat terus bukak DVD Devil Wears Prada. Ok lah citer tu. At last, nak dekat pukul 12 baru tido.



26 Oktober 2006 – Jumaat (Raya Keempat)


Pagi-pagi lagi mak dah call suruh datang awal ke hospital sebab atok aku dijadualkan untuk operation pagi ni pukul 8 pagi. Aku ni terus bangun kejut adik-adik aku semua and suruh diorang semua bersiap. Tokde aku nak masak pun aku tak bagi sebab nak cepat. Huhuhuhu.

Sampai hospital dalam pukul 9, terus pegi wad. Mood atok aku baik hari ni. Maybe lepas abah aku mintak air tawar kot. Dah tak der nak marah-marah dah.


Aku ingat jadi lah operation hari ni. Tapi, tunggu punya tunggu sekali tak jadi nak operation hari ni. Dalam pukul 3 petang, doctor datang kat katil atok aku bagitau esok die akan operation atok aku. Diorang tak boleh nak operate hari ni sebab ad ekes yang lagi besar diorang kena attend. Kes pecah perut sebab accident. Ngeri aku dengar. Atok aku dengar tak jadi operation, terus die mintak nak minum air. Haus die kate. Ape tak haus nye. Atok aku start puasa from pukul 2 pagi. Orang tua lak tu, mane nak tahan kan. Nak bagi makan nasi, tak der nasi lah pulak. Yang ade pun roti je. Aku cakap kat atok aku, suruh makan roti je dulu sebab nasi tak sampai lagi.


Petang tu, ramai anak sedara atok aku datang. Memang aku tak pernah jumpa lah ngan diorang ni. Aku rasa lah kan, kalau jumpa kat tengah jalan memang tak bertegur lah sebab tak kenal. Hhehehehe. Malam ni, paksu aku pulak yang jaga. Die baru sampai ngan atok aku yang kat Kelantan. Maksu, atok ngan anak-anak die dok kat hotel. Yer lah kan, takkan lah atok perempuan aku nak dok kat rumah isteri muda atok lelaki aku kan. So, diorang dok kat hotel. Malam ni mak ngan abah rest lah.


Malam ni semua tido awal sebab penat gilerrrrrr.


27 Oktober 2006 – Sabtu (Raya kelima)


Bangun pagi lah jugak sebab aku nak hantar mak, abah ngan Tokde pegi hospital. Pastu, aku balik rumah atok aku balik sebab nak kemas-kemas beg. Hari ni nak balik KL dah. Semua balik kecuali mak aku. Mak aku tinggal sebab nak jaga atok aku kat hospital. Mak aku bukan tak harap kat Tokde untuk jaga atok aku. Tapi, Tokde pun tak berape sihat sangat.


Aku balik from hospital and aku kerah semua adik-adik aku suruh bersiap by 11 o’clock sebab diorang nak gi makan dulu sebelum pegi hospital. Sambil-sambil mengemas tu, dapat sms from abah bagitau atok aku baru masuk OT pukul 9.20 pagi. So, lepas dah siap-siap semua, terus turun daripada rumah atok aku dan menghala ke mcdonalds. Teringin nak makan mcd lah pulak. Lepas dah melantak mcd, terus ke hospital. Lama jugak lah Operation tu makan masa. Dalam pukul 2 lebih baru atok aku kuar from OT.


So, we all pun masuk wad pulak lepas tu. Borak-borak ngan paksu. Banyak hall ah jugak borak ngan Paksu. Bile tengok atok dah stabil, abah aku ajak balik KL. On the way balik KL tu, alhamdulillah trafik ok. Tak der lah jammed sangat pun.


Sampai Sungai Buloh, singgah rumah Pakcik Sabri dulu sebab die buat Open House. Ini lah rumah first yang aku beraya tahun ni. Banyak lak tu menu nye. Sampai tatau nak makan ape. Lepas tu, terus ke Uptown. Tapi, Uptown tak bukak lagi lah. Orang semua still beraya lagi. Adik aku lah tu nak cari ape tah. Bile Uptown dah tutup, terus menghala ke TTDI sebab nak ambik kereta abah aku kat rumah mak mertua abang aku. Ingatkan nak ambik kereta je. Sekali mak mertua abang aku suruh singgah lah pulak. Ok lah jugak. Boleh main-main ngan Yaya. Yaya skrg ni makin tembam tak ingat. Geram betul tengok die. Garang pulak tu. Sabo je lah aku. Lepas dah minta diri nak balik, sekali lagi, adik aku suruh lalu jugak kat Uptown Kota Damansara. Sekali lalu, bukak. Tapi, tak banyak kedai yang bukak. So, balik je lah. Lain kali je lah pegi Uptown tu. Bawah ni aku letak gambar latest Yaya. Nak letak gambar raya, tak der sebab semua dalam kamera abang aku.




Sekian sahaja cerita raya daripada Saya. Hehehe. Panjang giler aku menaip. Lenguh tangan aku.





No comments: