Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 14, 2006

Hari minggu yang penuh ngan open house sana sin


Sabtu



Bangun pagi agak lewat sebab malam tadi pun tido dah agak lewat sebab bersembang panjang ngan makcik aku. Bangun pagi tu, terus tolong makcik aku berkemas ape-ape yang patut. Mak aku dah keluar pagi-pagi lagi sebab nak gi ambik report card adik aku kat sekolah die kat Gombak. Lepas berkemas ape-ape yang patut, keluar gi komuter ambik pakcik aku pukul 10 lebih. Dah balik tu, lepak jap ala kadar. Dalam pukul 11 pagi, terus siap-siap sebab nak gi Shah Alam sebab ade home coming raya celebration kat fakulti.


Lepas dah habis program home coming raya celebration tu, terus balik rumah. Sampai rumah je, mak long dah sampai. Mak aku mintak tolong mak long aku jaga atok aku pulak untuk hari minggu sebab mak aku ade hal. Kena lah jaga jugak kan sebab mak aku pun nak rest jugak sebab dah 5 hari kitorang dok jaga. Hari minggu nak tanak kena jugak lah mak long aku datang jaga pulak. Petang tu tak der ape aktiviti sangat. Lepak borak-borak ngan sepupu aku je. Petang pukul 4 lebih, lepas abah aku balik dari keje, mak ajak pegi rumah Makcik Ita satu jalan ngan rumah aku. Die buat open house hari ni. Kat rumah die makan nasi lemak best. Terus musnah diet aku. Hehehehe. 2 kali aku tambah. Hari minggu je aku makan nasi. Hari biase aku memang tak makan nasi. Huhuhuhu.


Lepas gi rumah Makcik Ita, gi rumah makcik sebelah rumah aku pulak. Boleh die cakap kat abah aku yang die jemput dari tengahari sampai ke subuh. Hehehe. Dah lah tengahari menu lain, petang menu lain, malam lak menu lain. Sakan betul. Masa mak aku pegi tengahari tu, menu nye nasi ngan lauk-lauk kampong. Masa aku pegi petang tu, menu nye laksa penang. Sedap gile laksa penang die. Malam pulak makcik tu suruh kitorang datang lagi sebab ade satay pulak. Segan lah pulak nak datang.


Malam memang tak der ape-ape plan pun. Dok kat rumah je. Aku dok lepak dalam bilik adik aku je main game kat laptop. Pastu, terus tido. Aku sedar dalam pukul 1 lebih pagi pun still dengar bising-bising lagi kat rumah sebelah. Betul lah makcik ni jemput orang sampai subuh. Huhuhuhu.


Ahad


Pagi-pagi dah bangun sebab nak ikut mak ngan abah gi UIA. Sekolah adik aku buat Academic Excellent Award (AEA) kat Main Auditorium Kuliyyah of Engineering. Pukul 7 dah gerak dari rumah sebab program start pukul 8 pagi. Tapi, biase lah kan, kalau orang melayu ni, memang takkan tepat punya lah. Kalau kate nak start pukul 8 tu mesti ade gelincir sikit. So, program semalam pada asalnya start pukul 8, tapi, terlewat setengah jam dari yang di rancang. Tapi, habis terawal setengah jam lah pukul. Patutnya habis pukul 11.30 pagi. Tapi, habis pukul 11 pagi. Persembahan student semua ok lah bagi aku. Ade lah cacat cela nya sana sini.

Keluar je dari auditorium tu, ade lah jamuan sikit. Aku ingat, diorang dah siap hiding dah. Rupa-rupa nya, tak siap lagi. So, kena lah ibu bapa ni tunggu untuk makan. tunggu dalam 15 minit baru boleh makan. Masa tengah makan tu, mak aku find out dalam nasi yang mak aku makan ade paku yang dah berkarat. Sabo je lah aku tau. Mak aku terus jumpa cikgu adik aku bagitau ade paku dalam nasi. Mak aku bukan ape, mak aku ni bukan lah jenis banyak songeh. Tapi, nak bagitau yang diorang kena careful lah kan lepas ni sebab catering ni jugak yang masak untuk budak-budak kat asrama adik aku duduk dulu. Walaupun skrg ni adik aku tak dok kat hostel. Tapi, mak aku very concern ngan student-student yang dok hostel lah kan.


Lepas tu, dalam pukul 11 lebih, terus menghala ke Kelana Jaya. Aku cakap ngan abah aku, awal lagi kalau nak hantar adik aku pegi kelas. So, aku ajak lah mak ngan abah aku gi open house rabbani. Abah aku pun on je. So, terus lah menghala ke Manjalara. Kali ni, rabbani buat open house kat dewan masjid. Selalunya, diorang buat kat ofis diorang je. Tapi, buat kat ofis sempit sikit lah kan. Tahun ni, buat kat dewan ok lah. Masa aku sampai tu, diorang belum menyanyi lagi sebab baru je start. Tapi, dah ramai lah orang masa tu. Masa tu aku terperasan sorang mamat ni dok kat meja VIP. Aku ingat sape lah mamat ni. Rupa-rupanya Fitri Yahya. Teruja betul aku masa tu. Nak gi cakap kat die nak ambik gambar rasa cam over lah pulak. So, aku pendam je lah perasaan aku ni. Huhuhuhu.


We all lepak kejap je sebab adik aku ade kelas pulak. Lepas dah lepak lebih kurang setengah jam dan sempat lah rabbani nyanyi 3 buah lagu, terus mintak izin nak balik dah. Sebelum tu, sempat lah borak-borak and snap gambar ngan Ustaz Asri Ubai and Abang Deen. Masa dah keluar dewan tu, rupa-rupanya si Fitri Yahya tu pun nak balik jugak. Aku pun cakap kat mak aku suruh bagitau kat Fitri Yahya tu, aku nak ambik gambar. Hehehehe. Aku ingat mak aku tak berani. Rupa-rupanya, dengan muka selamber je mak aku pegi kat Fitri Yahya tu. Dialog die lebih kurang camni ah. “Fitri, anak-anak makcik ni nak ambik gambar ngan Fitri lah. Huhuhuhu. Segan giler aku. Ekekekeke. Fitri Yahya tu senyum je terus cakap boleh je kalau nak ambik gambar. Huhuhu. Senyuman die tu bebetul wat aku cair. Ahaksss. Cute betul lah die tu. Fitri Yahya ni bukan terdiri dalam kategori hensem lah. Die terdiri dalam kategori lelaki yang cute. Hahaha.




Lepas tu, terus bergegas ke Kelana Jaya pulak sebab dah pukul 12.45 tengahari. Adik aku ade kelas pukul 1 tengahari. Lepas tu, terus ke Sunway lepak, solat zuhur and tido jap kat rumah makcik aku sampai pukul 2 lebih sebab adik aku habis kelas pukul 3. Lepas ambik adik aku, terus menghala ke Teluk Panglima Garang rumah sepupu aku. Die buat open house. Jauh betul lah nak ke Teluk Panglima Garang. Dah lah dengan hujan lebatnye. Pastu, dengan jem nye pulak. Nasib baik bukan aku yang drive. Aku ingat menu kat rumah sepupu aku, nasi dagang terengganu. Rupa-rupanya, bukan nasi dagang. Menunye, nasi minyak ngan laksa asam. Aku makan sepinggan nasi minyak ngan sepinggan laksa asam. Kenyang betul perut aku. Terus simpan stok malam ni tak payah makan. Huuhuhuh.


Balik dari rumah sepupu aku, singgah rumah tokcik aku kat Klang pulak. Lepas dah borak-borak and lepak-lepak, terus balik rumah. Sampai rumah lepas maghrib, tengok-tengok adik angkat mak aku dah ade kat rumah. Ganti Mak Long aku jaga atok aku. Mak Long aku dah balik dah. Malam pulak Kak Yanie ngan Abang Suhaimi datang tengok atok. Lepas diorang dah balik, aku main game kat laptop then terus tido sampai pagi.


Isnin


Malas nye nak bangun. Rasa cam malas nak pegi keje. Tapi, kena jugak gi keje sebab esok nak ambik cuti lagi.

No comments: