Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 21, 2006

Update Sepanjang Minggu

Sabtu

Skrg ni, asal aku nak update je, mesti aku kekeringan idea. So, end up, aku akan update aktiviti hari minggu aku je lah. Aktiviti aku pada hari biase, cam biase lah kan. Pagi, pegi keje, petang balik keje and malam dok rumah. Tu je lah aktiviti aku pun kalau hari biase. Kalau malam nak keluar pun aku akan pasti kan kalau betul-betul ade hal penting baru aku keluar. Kalau tak penting atau just untuk merayau pegi shopping complex ke memang aku tak pegi lah. Bukan ape, penat sebab esok nye nak keje pulak. Hari minggu je lah kalau aku nak keluar pun. Hari minggu, kalau aku keluar, malam baru aku balik. Balas dendam sebab 5 hari aku dok rumah je.


Hari minggu lepas aktiviti aku penuh dari pagi sampai lah ke malam. Pagi tu bangun pagi je tatau nak wat ape. just lepak dalam bilik je. Tetiba mak masuk suruh goreng cekodok. Orang lain pun panggil cekodok jugak ke ek? Ke family aku je yang panggil cekodok? Bukan ape tau, member aku pernah tanya aku, ko sarapan hari ni makan ape? aku un jawab lah cekodok. Die blurrrr. Bile aku cakap lah jemput-jemput baru lah die faham. Sabo je lah aku tau. Pagi sabtu tu aku satu family makan cekodok ikan bilis je hasil gorengan aku. huhuhuhu. Tapi, mak aku yang bancuh. Aku tinggal goreng je lah. Tak reti aku nak bancuh-bancuh ni. Takut keras. Kalau mak aku bancuh, lembut je. Lepas dah siap goreng, aku hidang and panggil family aku semua makan.


Lepas dah makan semua, aku pun melepakkan diri kat dalam bilik sambil main game kat laptop. Tengah best-best main game kat laptop, adik aku masuk suruh buat air sebab tok teh aku datang. Keluar bilik terus gi lepak kat bilik atok aku sebab semua yang datang lepak kat bilik atok aku. borak-borak ngan Kak Linda, tak sedar tak buat air lagi. Sekali pegi dapur, adik aku tengah buat air. Huhuhuhu. Pemalas punya kakak. Nasib baik adik aku rajin. Kak Linda bagitau aku die baru pegi interview as a lecturer kat UNISEL. Insyaallah dapat lah tu. Aku bagitau adik aku, Kak Linda pegi interview kat UNISEL. Adik aku ingat tak jadi lah pegi interview tu, rupa2nya jadi jugak Kak Linda pegi interview tu.


Tok teh and family semua balik dalam kol 11 lebih lah jugak. Lepas tu, terus aku ngan mak aku siap-siap sebab mak aku ade function Suri Anggun kat Grand Blue Wave Hotel Shah Alam. Asal nya, aku tak ikut sebab mak aku ajak abah aku. tapi, disebabkan abah aku malas nak join function persatuan mak aku masuk ni, mak aku pun ajak lah aku. Memula mak aku ajak adik aku yang lelaki tu. Tapi, die pun malas. So, aku lah yang kena bawak mak aku gi Shah Alam. Function tu ok lah. Nak kate tak best, best lah jugak. Best sebab dapat makan free. Kenyang perut aku makan.


Lepas dah habis function kat hotel, terus balik rumah. Lepak sekejap ngan Mak Long. Pastu, terus solat zuhur and siap-siap sebab nak ke Wangsa Maju, ade open house kat rumah secretary abah aku. Aku pun kenal jugak ngan Auntie Aishah tu. So, pegi lah jugak kan. Masa sebelum nak turun dari rumah tu, abah aku hulur kat aku kunci kereta. Wahhhhh, I was so surprise sangat-sangat tau. Teruja sungguh aku. Hahahaha. Tak sangka pulak aku yang abah aku bagi aku drive kereta baru die tu. Dan kereta baru abah aku tu bukan nye kereta Honda atau yang sejenis ngan Honda atau wira. Tapi, 4WD ok. Toyota Fortuner yang besar gabak pulak tu. Memula aku rasa cam tak yakin je nak bawak Fortuner tu. Tapi, abah aku bagitau yang die mengantuk. So, nak tanak aku bawak je lah. Tawakkal je lah aku pun. Dah lah tak pernah seumur hidup bawak kereta besar gabak camtu. Selama ni aku bawak Myvi ngan Wira je. Best jugak rupanya bawak kereta besar and tinggi ni. Pegi balik aku bawak. Toche lah kat abah aku sebab percaya kat anak die ni. Huhuhuhu.




Dah lah on the way balik tu jammed lah pulak. Cuak dah aku ni. Takut tak sempat sampai rumah before maghrib sebab after maghrib tu aku nak ke Shah Alam ambik kawan-kawan aku sebab kitorang nak gi open house rumah sorang lecturer ni kat Sri Kembangan. Memang tak sempat nye nak sampai Sungai Buloh before maghrib. At last, singgah solat asar kat Jejantas Sungai Buloh. Ingatkan nak tunggu lah solat maghrib sekali. Tapi, mak aku ajak balik rumah solat kat rumah je. Nasib baik lah jalan Sungai Buloh pun tak jammed sangat. Sampai rumah elok-elok je azan maghrib. So, masuk rumah terus solat maghrib, air sembahyang ade lagi. Lepas solat maghrib, Kak Ika dah call tanya aku kat mane. Aku pun cakap aku on the way. Padahal aku kat rumah lagi masa tu. Tak per lah kan, sesekali tipu sunat. Lepas dah pakai bedak ala kadar, terus ke Shah Alam. Kelam kabut betul aku. Sampai Shah Alam dalam pukul 7.50 malam. Fuhhhhh, penat aku berkejar-kejar camtu.


Lepas dah ambik member aku, terus ke arah Puchong. Nasib baik lah jugak aku ni tahu jalan. Kalau tak, tatau lah aku camane. Sesat jugak lah nak ke rumah lecturer tu. Nasib baik lah sepupu lecturer ni bermurah hati nak jemput kitorang kat stesen minyak. Huhuhuhu. Sampai kat rumah Puan Rafidah dalam pukul 8 lebih lah jugak. Sampai-sampai terus melantak tak ingat lah. Hehehe. Macam-macam makanan ade. Ade nasi beriyani, nasi kerabu, lontong, satay, nugget and hot dog. Memang makan tak ingat punya lah. Dalam kol 10 malam baru lah anak-anak dara ni reti nak berenti makan. lepas tu, sambung lepak dalam rumah Puan Rafidah pulak. Lawa lah rumah die. Aku suka lah ngan design rumah die. Comel sangat.


We all balik daripada rumah Puan Rafidah dalam pukul 10 lebih lah jugak sebab Kak Ika nak kena ambik husband die balik keje. Dan sepanjang perjalanan balik tu, we all asyik gelak je. Kak Ika lah wat lawak. Sabo je lah aku. Malam tu aku tido kat rumah Ain. Nak balik Sungai Buloh mak aku tak bagi sebab aku sorang-sorang je. So, aku tido lah kat rumah Ain. Aku ade ambik gambar kat rumah Puan Rafidah. Tapi, lupa lak nak save dalam pendrive.


Ahad


Pagi-pagi buta aku dah bangun sebab nak balik rumah aku kat Sungai Buloh. Sebelum tu hantar Ain dulu kat ofis sebab die keje hari ni kena standby jaga bilik gerakan exam. Lepas dah send Ain, terus balik rumah. Sampai rumah makan. Lepas makan, lepak dalam bilik. Then, dalam pukul 11 lebih siap-siap sebab nak send adik aku ke Kelana Jaya. Die ade kelas pulak di hari ahad nan indah ni. Bosan betul. That’s explain why aku tak boleh pegi rumah Nad. Memang nak pegi sangat-sangat tau. Tapi, adik aku ade kelas pulak. Tapi, Nad kate rugi tak pegi rumah die sebab ade choc fountain. Jeles betul lah makcik.


Balik petang tu, lepak kat rumah je. Petang tu ramai pulak datang rumah aku. Yer lah kan, dah ade orang sakit kat rumah aku. Maka nya, anak cucu berkumpul pun masa hari minggu tu lah kan. Seronok jugak sesekali berkumpul ramai-ramai ni. Malam tak buat ape. tengok tv je lah. Lepas tu, tido.


Isnin


Bangun awal sebab nak gi ofis awal. Ain mintak tolong hantar die gi Padang Jawa. Pagi ni, aku bukak blog Iera, die dapat anugerah cemerlang. Tahniah lah babe. Hehee. Aku ni bile lah nak dapat cemerlang nye. Huhuhuhu.

No comments: