Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 20, 2006

Bangun Lewat

Hari ni bangun pagi lewat. Pukul 7.30 pagi baru terjaga. Yer lah kan, balik malam tadi, eh, bukan malam tadi. Balik pagi tadi pukul 3.30 pagi baru sampai rumah. Mane lah tak lewat nye bangun pagi hari ni. Ingatkan nak masuk lewat lah hari ni. Tapi, tak jadi lah. Bangun tu, terus mandi, solat subuh gajah. Gajah pun gajah lah. Nak buat camane kan. Bukan sengaja pun nak bangun lewat kan. 7.50 pagi baru gerak gi ofis dalam keadaan hujan renyai-renyai. Kesian adik aku gi sekolah hari ni dalam keadaan basah. Selalu die bawak wira. Tapi, wira dah masuk bengkel. So, kena lah die naik motor.


Masa aku dah sampai kat GCE, hujan lebat sikit. Masa sampai kat Bukit Jelutong tu, jalan dah jammed. Bosan betul aku. Yer lah kan, selalu nya, aku keluar rumah pukul 7 pagi. Sampai kat Bukit Jelutong tu pukul 7.15 pagi tak jammed lagi pun jalan. Tension betul lah kalau camni. Nasib baik lah Shah Alam ni tak jammed cam Kuala Lumpur. Sebab tu, aku suka keje kat Shah Alam. Masa sampai kat Kompleks PKNS, call Ain bagitau aku sampai lewat sikit. Sambil-sambil tu, aku ajak die gi breakfast terus. So, die lah punch untuk aku. Die punch kan pun sebab aku malas nak naik tingkat 6. Tapi, aku dah ade dalam U*TM baru die punch kan ok. Jangan pulak ade nak pertikaikan kenape Ain punch kan untuk aku ek. Huhuhuhuhu.


Lepas ambik Ain, Ain nak keluar duit gaji die from Affin Bank sebab transfer masuk Maybank. Senang sikit kalau transfer masuk Maybank. Affin Bank ni susah lah nak cari ATM die. Lepas Ain Keluar duit kat PKNS, terus gi Dataran Maybank. Ingat nak transfer duit guna CDM kat situ. Sekali semua CDM rosak. So, tanya lah Ain nak gi mane pulak ni. Sekali, malas nak fikir terus pegi makan kat Restoran Gembira Seksyen 3. Makan roti telur ngan milo ais je. Ingat kan nak beli cakoi. Sekali, lupa lah pulak. Lepas makan, terus pegi Maybank Seksyen 9 sebab Ain nak kena jugak transfer duit masuk bank sebab die takut nak pegang duit banyak-banyak kat rumah sewa. Yer lah kan, skrg ni macam-macam boleh berlaku.


Kesudahannya, sampai ofis pukul 9 lebih. Sampai ofis je, ade dah keje yang sedia menanti. Aku tension ah skrg ni sebab aku dah apply cuti dah after Christmas sampai lah new year. Tapi, rasa macam tak boleh nak cuti pulak dah masa tu sebab ade supplementary exam. Tension sungguh aku. Kesudahannya, mak, abah, Syida and Umar je yang balik Kelantan awal. Aku ngan adik aku Siti balik lewat. Maybe balik hari Jumaat atau Sabtu. Dan kemungkinan besar jugak member aku ikut balik Kelantan jugak. Tapi, tak confirm lagi lah die jadi ikut ke tak.


Tengahari pulak rasa mengantuk sangat-sangat. Yer lah kan, tak cukup tido. Masuk lah bilik rehat ingat kan nak tido. Tapi, tak tido jugak. Borak je lebih. Bile dah ramai-ramai, tak syok nak tido. Borak lagi syok. Skrg ni, aku ade kat tempat aku dengan keadaan mengantuk. Rasa cam nak tido je.

No comments: