Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 22, 2006

Bile Eyzzah Jadi Driver Kepada Adik2 nya

Semalam balik keje terus gi Kelana Jaya ambik adik aku syida. Lepas tu, terus lah nak balik rumah sebab malam tu nak gi makan kat Chiengmai. Tau-tau dapat sms from adik aku kat rumah kate tak jadi nak gi makan kat Chiengmai malam ni sebab abah tak balik. Abah tak balik sebab jalan keretapi banjir kat mane tah. So, kesimpulannya tak jadi lah nak gi makan kat Chiengmai malam ni. Sekarang ni dalam seminggu, nak tengok abah dok kat rumah tiap-tiap hari memang payah lah. Kalau dulu, abah dengan Komuter memang ade je kat rumah tiap-tiap hari. Yer lah kan, paling jauh pun outstation kat Seremban je lah kan. Itu pun, kadang-kadang tak tido kat Seremban pun. Balik jugak tido kat rumah sebab Seremban ngan Sungai Buloh dekat.


Skrg ni, bile dah tukar ke Urusan Jalan, memang bz gile abah aku. Balik pun kadang-kadang tengah malam baru sampai rumah. Ape tak nye, lepas waktu keje kena jumpa client. Pastu, outstation jangan cakap lah. Memang seluruh Malaysia abah aku cover. Yer lah kan, di mana ade jalan keretapi, di situ lah abah aku akan outstation. Kadang-kadang, minggu ni kat Utara, minggu depan selatan and minggu satu lagi ke pantai timur. Penat wooo. Kalau aku, dah pengsan dah agak nye. Tak per lah kan, dah nak pencen dah pun lagi 3 ke 4 tahun. Kena lah keje kuat sikit skrg ni.


Berbalik pada cerita tak jadi makan kat Chiengmai tu, terus lah aku ngan Syida ni balik rumah tapi, saje nak mendajal adik aku, Siti yang ade kat rumah tu bagitau die yang we all tak balik terus. Maybe nak gi Midvalley atau OU. Member kat rumah bengkak je hati sebab aku tak balik rumah dulu ambik die. Lepas tu, die hantar sms cakap aku tak sayang die lah ape lah. Aku pulak saje je send sms kat die, memang tak sayang pun. Kuikuikui. Ape lah awak ni siti? Apa-apa hal pun saya tetap sayang awak tau. Bak kata pepatah, AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS. Sebenarnya, aku on the way balik rumah masa aku send sms tu. Saje je nak tengok reaksi die.


Dah sampai rumah, aku bunyi kan hon kereta. Siti yang bukak pintu dah sengih-sengih kat depan pintu. Kelakar lah awak ni siti. Sengih sampai telinga minah tu. Lepas tu, lepak jap kat depan TV. Masuk azan maghrib terus siap-siap solat berjemaah. Then, adik aku Syida ajak keluar jugak sebab die nak gi cari tracksuit kat Tesco. Lepas solat, makan ayam kukus. Mak masak ayam kukus. Best nye lah ayam kukus. Lama betul tak makan ayam kukus. Lepas makan, terus siap-siap. 3 anak dara je yang pegi ke Tesco. Adik lelaki aku tak ikut sebab nak study. Sampai Tesco, Syida sikit punya cerewet lah nak beli tracksuit. Tak lawa lah ape lah. Sabo je lah aku. So, die tak beli ape-ape. Keluar dari Tesco, ade pulak kedai baju B.O.S. Kedai pakaian untuk org2 yang comel cam aku ni haaaa. Masuk situ, Siti beli seluar jeans, Syida beli jacket. Aku tak beli ape-ape pun.


Lepas tu, terus keluar Tesco. Ingat nak lepak-lepak kat mcd Sek 3. Tapi, tengok jam dah pukul 10.30 malam. Tak jadi lah. Karang, tak pasal-pasal je mak aku call suruh balik time syok-syok lepak. So, drive thru je lah. Lepas tu terus balik Sungai Buloh.

No comments: