Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 17, 2006

Bile Eyzzah Pegi Shopping

Aktiviti hari ni shopping, shopping and shopping. Penat gile aku hari ni. Kuar rumah pukul 9 pagi. Pukul 9 malam baru balik. Penat sungguh aku. Pagi tadi, kuar gi ambik Ain dulu kat Shah Alam. Pastu, hantar adik aku ke Kelana Jaya sebab die ade exam hari ni. Janji ngan adik aku, petang ni lepas die habis exam, aku ambik die kat Unitar. So, aku ngan Ain pun terus gerak ke OU. Masa dalam perjalanan, aku cakap kat Ain, kalau tengok wayang pun best jugak ni. Ain pun terus suggestkan kat aku tengok citer Arang. Citer seram korea. Lee Dong Wook berlakon. Ain memang minat Lee Dong Wook ni sebab die berlakon dalam cite My Girl. Aku pun dah start nak minat kat Lee Dong Wook ni. Tak ramai pun yang tengok. Aku ingat aku ngan Ain je yang tengok. Rupa-rupanya ade lagi dua pasangan yang tengok. Masa cite dah start, bile adegan suspen je, aku ngan Ain je yang menjerit. Suara dua pasangan tu tak dengar lak aku yang diorang jerit. Tapi, yang aku tahu, kepala pompuan dengan pasangan tu dah hilang. Wallahualam lah aku tatau ape yang diorang buat. Huhuhuhu.


Lepas tengok wayang, terus jalan-jalan cari handbag. Sampai ke Old Wing cari handbag. Memula aku ingat nak beli handbag Elle. Tapi, bile fikir-fikir balik tak jadi lah. Kesudahan nye, aku beli handbag Cleef. Harga handbag tu RM59.00. Aku guna voucher bayar harga handbag tu. Ain pulak nak beli perfume kat Elizabeth Arden. Memang wangi lah perfume tu. Tapi, Ain ni jenis kalau nak beli handbag atau perfume yang mahal mesti die nak paper bag. So, tanya lah kat kaunter tu kalau beli, ade paper bag tak? Bile die jawab tak der, terus terbantut nak beli. Sabo je lah aku.



Lepas tu, masuk elle boutique kat Old Wing beli handbag Ain. Pastu, sesi mengisi perut pulak. Ain belanje makan. Lepas makan, singgah guardian. Melayang duit aku kat Guardian. Lepas tu, masuk pulak Speedy Video beli pulak DVD Jatuh Cinta Lagi dan Prince and me. On the way ke New Wing, nampak stall jual handbag. Bile aku tengok handbag tu, terus aku jatuh cinta pandang pertama. Terus aku sambar satu. Aku tak kira lah handbag tu ade brand ke tak asalkan cantik. Aku puas hati betul. Pastu, terus gi New Wing. Masuk lagi Elle Boutique kat New Wing sebab nak cari kasut. Elle Boutique kat Old Wing tak banyak choice. Lepas dah settle kat situ, pegi MPH pulak sebab nak beli buku cerita. Aku dah lama dah tak beli buku cerita. Tu yang gatal je nak membeli. Tatau lah best ke tak cerita tu. Penulis baru lah. Pastu, masuk parkson sebab Ain nak jugak beli perfume Elizabeth Arden Green Tea tu. Sekali, bile tanya ade paper bag tak? die kate ade. Ain terus sambar satu. Siap dapat free gift lipstik Elizabeth Arden sorang satu and dapat voucher lagi RM20. Memang puas hati lah. Nasib baik beli kat Parkson kan Ain? Silap haribulan, bile dah gaji isnin ni, aku pun hajat nye nak sambar satu. Hopefully ade lagi lah kan sebab perfume ni limited edition.
Lepas tu, terus balik and masa nak bayar parking, tak pernah-pernah aku kena RM7 bile datang shopping kat OU tau. Ain dengan muka terkejut nye terus bayar parking. Thanks Ain sebab belanje aku makan hari ni.



No comments: