Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 05, 2006

CINTA










Bagi aku lah kan, filem cinta ni memang best. Best sangat-sangat. Sape yang tak pegi tengok lagi, memang aku rekomen korang semua, pegi lah tengok filem cinta ni. Memang tangkap leleh lah. Memang skrip die puitis sangat. Memang pandai penulis skrip filem ni buat skrip.


Antara babak-babak yang aku suka ialah masa :


Cikgu Elyas (Rahim Razali) cakap kat Rubiah (Fatimah Abu Bakar) "Ye..bukan senang nak carik orang yg sanggup sehidup semati dengan kita, sanggup terima buruk baik kita, sanggup bersama dengan kita sehingga ke akhir hayat. Isteri bukannye hak milik, tetapi anugerah....."


Amin (Ngasrizal Ngasri) cucu kepada Cikgu Elyas (Rahim Razali) pegi ke kedai Rubiah (Fatimah Abu Bakar) sebab tok ayah nye nak makan laksa setelah Amin penat seharian mencari rezeki dan melayan tok ayah nye "Satu hari bersama dengan orang kita sayang, walau mcm mana penat dan susah pun, lebih bermakna dari seumur hidup bersama dengan orang yg kita tak sayang".


Dyan (Nanu Baharuddin) marah Dhani (Que Haidar) sebab ade degree tapi jadi pelukis jalanan dan Dhani marah Dyan balik sebab bercinta dengan suami orang and lepas tu Dhani blah then, Rubiah (Fatimah Abu Bakar) datang kat Nanu dan cakap "Kadang-kadang hendak menyayangi orang yang kita sayang itulah yang paling susah" suka sangat ayat ni.


Haris (Rashidi Ishak) bagi beg sekolah anak die kat Airin (Rita Rudaini), lepas tu, anak diorang lari nak ikut Haris balik sebab die tanak tengok papa die sedih lagi. Die nak tengok papa die happy. Huhuhuhu. Masa aku tengok babak ni, hati aku hancur sangat-sangat mengenangkan budak sekecik tu menghadapi situasi camtu.


Kesimpulannye, pegi lah menonton yer pada sesape yang tak menonton lagi.


No comments: