Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 25, 2006

Jalan-Jalan

Semalam sehari suntuk keluar ngan adik aku Umar. Keluar rumah pukul 1 tengahari. Terus pegi hantar Syida kat Unitar sebab die ade camping kat Dusun Eco Resort. Lepas tu ingat nak gi Bangsar sebab janji ngan MrsImran nak jumpa kat Bangsar Village. Sekali, aku sms die bagitau aku lewat sikit. Die sms aku balik kate yang die lambat banyak. Huhuhuhu. So, plan dah bertukar. Terus ke Gombak sebab adik aku nak gi beli buku kat kedai buku sekolah die. Kedai buku sekolah die tutup pukul 3 petang. Nasib baik lah tak jumpa Mrs Imran lagi. So, janji ngan Mrs Imran jumpa pukul 3.30 petang kat Bangsar.


Lama jugak lah tunggu Mrs Imran kat Bangsar. Aku tak pernah masuk Bangsar Village before this. Masa aku sekolah agama kat Masjid Abu Bakar As-Siddiq, shopping complex kat sebelah masjid tu nama nye Hankyu Jaya. Sekarang ni nama shopping complex tu Bangsar Village. Aku tak ingat lah pulak pukul berape Mrs Imran sampai. Die sms aku bagitau yang die dah sampai, terus aku call die. Bukan nye jumpa kat Bangsar Village. Nasib baik lah jugak aku familiar area Bangsar ni. Kalau tak, tatau lah aku nak menggagau arah mane nak cari Mrs Imran ni. Bile aku dah sampai kat tempat yang janji nak jumpa ngan Mrs Imran tu. Aku rasa cam tak percaya tu Mrs Imran. Kecik je orang nye. Cam budak-budak. Hehehehe. Masa aku call die tu, adik aku siap cakap ape tau ngan aku. Awak ni nak gi jumpa budak-budak ke? huhuhuhu. Volume hp aku terkuat lak masa tu. Tu yang die boleh dengar suara Mrs Imran. Sabo je lah adik aku ni tau.


Lepas dah habis urusan ngan Mrs Imran, terus bawak adik aku yang dah kelaparan tu gi makan kat Mcd. Konon cam reward untuk die lah sebab teman aku keluar hari ni. Sabo je lah aku tau. Lepas ni aku dah bertekad dah tanak makan fast food. Leh caya ke aku ni ek? Huhuhuhuhu. Wait and see je lah ek. Lepas makan, tatau nak gi mane. Terus hala kan kereta ke Taman Tasik Perdana. Asalnya nak gi toilet je. Sempat lah lepak sane setengah jam. Lepas tu, terus ke Kampung Baru. Lepak umah mak long sebelum nak ke Taman Tun sebab abang aku mintak tolong hantar die ke Tropicana Golf and Country Resort sebab die ade wedding kat sane. Kereta yang ade kat rumah mak mertua die tu road tax mati lah pulak.


So, lepas maghrib terus ke Taman Tun ambik abang ngan kakak ipar aku. Terus ke TGCR hantar diorang. Lepas tu gi OU. Ingat nak jalan-jalan sambil cari barang sikit kat OU. Sekali, masuk parking, jadi jalan-jalan cari parking. Nak dekat sejam jugak lah we all Jalan-jalan cari parking. Lepas tu, terus give up. Bayar parking, terus keluar. Lepak kat Mutiara Damansara jap. Then, lepak minum kat Restoran Jasima kat TTDI. Dalam pukul 10 lebih, ambik abang aku kat TGCR. Balik tu ikut Centrepoint Bandar Utama. Baru lah aku tahu kat mane Centrepoint Bandar Utama. Selama ni dok dengar orang bercerita je. Jammed lah pulak kat area OU tu. Tension je lah. Lepas hantar abang aku, terus balik rumah ikut LDP. lepas ni, tak der nye lah aku nak ikut LDP kalau nak gi Taman Tun. Baik aku ikut Kota Damansara terus tembus kat The Curve. Tak payah bayar tol. Huhuhuhu.


Sampai rumah pukul 11 lebih. Penat siot berjalan sehari suntuk. Esok ingat nak keluar lagi. Tapi, tak tau lah jadi ke tak nak keluar. Dalam penat-penat tu, lepas mandi, sempat online kejap. Lepas tu, tak larat, terus masuk bilik dan tidur sampai pagi.

No comments: