Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 06, 2006

Mami Jarum





saje je masukkan gambar aku pakai barang kemas ni. Pakai camni pun aku dah rasa cam rimas sangat-sangat. Tatau lah aku camane org boleh pakai gelang tangan sampai ke lengan. Rimas sungguh aku tengok. Dalam adik beradik aku yang perempuan, aku lah yang paling tak suka sekali nak pakai-pakai barang kemas ni. Adik aku yang bawah aku memang suka sangat pakai barang kemas.


Dulu, masa kecik-kecik mak aku ade lah beli kan rantai sorang satu kat anak-anak perempuan die ni haaaa. Tapi, dah tengahari raya pertama tu terus bukak sebab panas. Malas nak pakai. kesudahan nye, mak aku jual je rantai kitorang tu. Hehehehe. Gambar atas ni aku baru je ambik from camera phone aku. Mak aku lah tu dok suruh aku melaram ngan barang kemas die. So, aku pakai lah jugak sebab mak aku suruhkan. Konon tanak kecikkan hati mak aku. Tapi, dah tengahari aku mula rimas. Terus aku bukak gelang tu. Aku pakai cincin je.


Tah lah, aku memang tak suka emas. Kalau white gold aku suka lah. Dan aku rasa tangan aku ni memang tak sesuai kalau pakai emas merah. Emas merah ek orang panggil? Kalau white gold sesuai sangat (amboi, demand sungguh). huhuhuhu. Tapi, itu memang reality lah.


p/s : Ignore je lah ek tangan aku yang gebu tu ek. huhuhuhu.

No comments: