Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, December 09, 2006

Mari Belajar Memasak

Hari ni aku nak menulis pasal memasak lah. Aku ni sebenarnya, memang tak reti sangat-sangat nak memasak. Nak-nak kalau mak aku suruh masak kari ke, asam pedas ke, tumis asam ke. Memang failed terus tau. Tapi, tu dulu punya cerita lah. Skrg ni tak der lah aku ni tak reti masak langsung. Setakat nak masak Kari ayam, kurma ayam, ayam kukus, spaghetti and macaroni bakar boleh lah. Nak kate terror tu tak lah kan. Tapi, boleh lah nak makan. Huhuhuhu. Aku ingat dulu masa aku sekolah, setiap kali cuti sekolah, mesti nak kena masuk dapur tolong mak aku masak. Tak reti masak sekali pun, kena gak tolong kupas bawang ke, potong bawang ke. Tak pun sediakan bahan-bahan nak masak. Dalam adik beradik aku, ade 3 orang perempuan. Selalunya, aku kena masak main dish, adik bawah aku kena masak sayur and adik aku yang lagi sorang kena masak nasi. Cukup semua.


Aku ingat lagi masa mak aku balik Kelantan 3 hari. Mak aku dah siap cakap kat aku ngan adik-adik aku suruh masak untuk abah aku. Abah aku kalau balik keje, mane die nak makan kat luar. Sekali sekala boleh lah nak makan kat luar. Kalau tiap-tiap hari nak makan kat luar kopak lah orang tua tu. Berbalik pada cerita mak aku balik kampung tu, dah lah aku tatau nak masak ape. Korang tau ape aku masak 2 hari tu? Hehehehe. Bile aku fikir balik boleh gelak tau. Hari pertama aku masak ikan goreng masak kicap. Hari kedua aku masak ayam goreng masak kicap. Hahahaha. Tukar ayam ngan ikan je. Hari ketiga makan kat kedai sebab aku tatau nak masak ape. Saje je lah konon-konon bagitau abah aku yang we all teringin nak makan KFC. Padahal dah tatau nak masak ape. Huhuhuhu. Bile mak aku balik, mak aku siap tanya abah aku, aku masak ape? abah aku pun cerita lah aku masak ayam goreng kicap ngan ikan goreng kicap. Mak aku bantai gelak. Sabar je lah. At least, I make an effort untuk masak bagi abah aku makan kan. Mak aku siap sound aku, tu lah, mak suruh belajar masak tanak. Kan dah tatau nak masak ape. Start daripada situ lah aku mula belajar sikit-sikit.


Sekarang ni, aku suka masak masakan western. Senang dan cepat. Antara masakan western yang aku suka masak ialah macaroni bakar. Aku ingat lagi, aku dapat resipi ni from Makcik aku. Masa tu, aku pegi rumah die and ternampak keratan majalah pasal resipi macaroni bakar. Aku pun mintak kat makcik aku keratan majalah tu. Makcik aku pun dengan besar hati terus bagi aku keratan majalah tu tanpa suruh aku menyalin pun. Bile dah balik tu, esok nye terus aku ni dengan semangat waja nye membeli barang-barang nak buat macaroni bakar. Nak buat macaroni bakar ni memang leceh lah sebab ade bahan A and Bahan B. Tapi, bahan nye tak banyak sangat lah. Mudah dan bile dah siap, sedap sangat. Masa aku 1st time buat, bile dah siap, semua adik beradik aku dok mengadap macaroni bakar tu dan sedap pulak tu. Family aku semua suka macaroni bakar. Once a month mesti kena masak lah macaroni bakar ni. Nanti aku paste gambar macaroni bakar tu kat bawah ek. Kalau korang nak cuba, dipersilakan lah ek. Tapi, resipi ni resipi bergambar lah ek. Malas nak taip resipi lah. Aci tak bagi resipi bergambar? hehehe.


[edited @ 7.21] Sorry lah Eiyra ek, eyzzah dah update dah nama bahan-bahan yang diperlukan untuk buat makaroni bakar. Eyzzah ingat korang semua tahu bahan-bahan tu bile tengok gambar. Lupa pulak yang gambar tu blur.[edited]


Makaroni Bakar


Bahan A




Bawang putih
ayam kisar
kiub ayam
tepung (yang sudah di campur dengan sedikit air ok)



Bahan B




Bawang merah yang sudah di tumbuk
sayur campur
cendawan butang


Lain-Lain Bahan




Telur

Cheese

Cara memasak

Bahan A





1) tumis bawang putih hingga wangi.
2) Bila bawang putih dah wangi, masukkan kiub ayam.
3) Masukkan ayam kisar tadi
4) Last sekali masukkan tepung yang sudah di campur dengan air.

Tepung ni kena guna sebab nak bagi ayam tu melekat. Bile dah siap, asingkan. Dan masak pulak Bahan B


Rupa Bahan A yang sudah di masak




Bahan B




1) Tumis bawang merah hingga wangi.
2) Bile bawang merah dah wangi, masukkan sayur campur
3) Masukkan pulak cendawan butang.
4) Lepas tu, masukkan white pepper dan garam secukup rasa.

Asingkan macam bahan A ye puan-puan.

Rupa Bahan B





Cara mencampurkan Bahan A dan Bahan B













Sebelum nak masak semua ni, kena sediakan makaroni rebus yer adik-adik dan kakak-kakak. Kalau tak der makaroni rebus maka tak jadi lah makaroni bakar kite. Huhuhuhu.

1) Masukkan bahan A yang sudah di masak tadi dan gaul rata.
2) Lepas dah gaul rata bahan A, masukkan pula bahan B dan gaul rata jugak.
3) Lepas tu, ambik 5 biji telur dan pukul.
4) Masukkan telur ke dalam adunan makaroni tadi.
5) Masukkan makaroni ke dalam bekas.
6) Tabur cheese dan masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga kekuningan.


siap untuk di makan




Sekian sahaja resipi daripada saya. eheehe. Selamat mencuba ek. Sila klik pada gambar kalau tak nampak. Ignore je lah gambar yang tak lawa tu. Ambik dari handphone je.


Alahai, tetiba teringin pulak nak makan makaroni bakar. Camane ni? Nampak gaya nye kena lah masak. Tapi, malas lah. Huhuhuhu.


No comments: