Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 03, 2006

Tengok Wayang

Bangun-bangun je seperti biase lepak ngan adik-adik aku dalam bilik. Mak aku dah bising-bising baru lah anak dara 3 org ni kuar daripada bilik. Dok memerap je mak aku kate. Tapi, yang keluar daripada bilik pun bukan nye 3 org anak dara. 2 orang anak dara je yang keluar. Yang anak dara lagi sorang ni, dok lepak lagi atas katil dok membaca blog yang dah di save. Anak dara yang dok baca blog tu aku lah tu. Hehehehe. Nak online, computer lak tak elok lagi. Gi hantar repair. Rasa cam malas lak nak keluar gi mane-mane. Tapi, nak kena keluar jugak sebab nak pegi cari tiket wayang kat One Utama. Dah nak dekat pukul 11, terus suruh adik aku yang lelaki tu siap-siap ikut aku gi One Utama dengan alasan suruh die teman aku and jadi driver untuk hari tu. Aku malas nak drive. Dah lah jalan jem. Lagi lah aku malas nak drive kalau jem.


We all gi ke One Utama ikut jalan belakang yang tembus kat Kota Damansara. Adik aku tu lah tanak ikut LDP sebab kena bayar tol. Sabo je lah. Memang lah kalau ikut jalan tu, tak payah bayar tol. Tapi, traffic light sikit punya banyak. Nasib baik lah bukan aku yang bawak. Hehehehe. Masa nak sampai kat The Curve tu, adik aku pun bagitau aku suruh cari tiket kat Cineleisure. Lepas dah pusing nak masuk kat parking Cineleisure tu, terus teringat adik aku yang lagi sorang kate, kat Cineleisure tak der cerita CINTA. So, kesudahannya tak jadi lah masuk Cineleisure. Karang, buat nye aku masuk, dah lah cerita tu tak der. Pastu, buat buang duit je bayar parking. Hehehehe. Jimat sungguh. So, kitorang pun meneruskan perjalanan ke One Utama New Wing.


Alhamdulillah tak jem lah sangat nak masuk ke One Utama walaupun mega sale dah start. Dapat parking pun dekat ngan lif nak naik ke GSC. Dapat lah beli tiket untuk tayangan malam ni pukul 9.45 malam. Malam ni, aku pegi tengok wayang ngan Mak, Abah, Syida, Siti and Umar. Saje mak aku nak release tension tengok wayang. Sempoi sehhh mak abah aku. Ahaksss. Lepas dah beli tiket, terus balik rumah and rileks-rileks sebab malam ni nak keluar pulak. Ingatkan nak lah tido ke ape ke kan. Sekali tak boleh tido. So, aku pun terus keluar rumah balik pegi kedai computer dalam pukul 5 sebab nak gi hantar modem. Komputer dah ok dah. Sekali, modem pulak buat hal. Sabo je lah banyak-banyak.


Balik rumah dah pukul 6 lebih. Kak Yanie ade kat rumah. Terus bersilat kat dapur siapkan sandwich sebab nak makan before keluar rumah after maghrib. Family aku memang akan makan siap-siap kat rumah before keluar rumah. Memang tak der istilah makan kat luar kalau keluar ngan mak aku. Hehehehe. Save budget maaaa. Sampai OU je, ya rabbi punya lah susah nak dapat parking. Dah lah bawak kereta besar. Susah pulak tu nak cari parking. Kalau bawak myvi senang je nak masuk parking mane-mane pun. Dah nak dekat setengah jam berlegar-legar kat parking bawah new wing, terus keluar from parking level bawah and masuk parking level atas pulak. Kali ni masuk from old wing level atas. Alhamdulillah dapat parking yang dekat giler ngan GSC. So, tak payah lah nak jalan jauh-jauh kan. Lepas je tengok wayang, terus balik rumah sebab mak long aku dok sorang je kat rumah jaga atok aku.


Ulasan CINTA nanti aku update entry lain ok.

No comments: