Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 23, 2007

Banjir

Dalam entry terdahulu aku ade cerita kan yang aku nak hantar adik aku balik Unisel lepas tengok Anugerah Juara Lagu kan. Memang lepas je habis Juara Lagu tu, terus aku start kereta dan pegi lah aku menghantar adik aku. Adik aku dah dapat sms dari kawan die mengatakan tak boleh lalu jambatan kat Batang Berjuntai tu sebab banjir. Tapi, aku try jugak mane lah tahu kan kalau-kalau boleh lalu jambatan tu. Sekali, bile dah nak dekat sampai kat jambatan tu, tak boleh lalu lah pulak. So, kena lah pusing balik and lalu Kuala Selangor.


Sekali, bile dah patah balik tu, rasa cam tak yakin pulak nak lalu ikut Kuala Selangor tu. Bukan ape, tatau jalan maaaa. Kalau aku tau jalan, aku dah redah dah. Aku pun bagitau mak aku, aku nak pegi balai polis, tanya jalan mane harus aku ikut untuk selamat sampai kat Unisel. So, die bagitau lah suruh ikut jalan Kampung Bukit Belimbing kat Kuala Selangor. Nasib baik lah jugak aku pernah lalu ikut situ sebab hari tu aku pernah pegi nak cari rumah sewa untuk adik aku sebab die praktikal kat Kuala Selangor. So, aku pun redah lah. Dah lah tengah malam dah. Buat berani je lah. Gelap gelita betul jalan kat Kuala Selangor ni tau. Kalau aku sorang, harap maaf lah aku nak lalu.


Masa aku tengah bawak kereta, lagi 9 Kilometer nak sampai ke Unisel kalau tak silap aku, aku tengok kat depan berderet kereta. Mak aku pun bukak tingkap tanya kat brother-brother kat situ. Sekali diorang bagitau, kat depan banjir. Bile mak aku tanya, banjir paras mane? Ade sorang jawab paras lutut. Ade lagi sorang, dengan confidentnye jawab paras peha. Mak ai, dalam nye. Tatau nak percaya mane satu. Sabo je lah aku. Pastu, diorang cakap, kalau aku redah guna fortuner ni lepas ni. Aku ni dengar air paras peha, lagi aku tak berani nak redah banjir tu walaupun aku naik fortuner. Aku pun parking lah kereta. Ni lah pengalaman pertama aku stuck masa banjir. Tetengah malam buta pulak tu. Nasib baik bukan aku sorang.


Pakcik-pakcik JKR yang jaga kat situ semua suruh aku redah je sebab diorang kate lepas kalau aku redah ni. Waaaaaaaa, nak redah jugak. Tapi, tak der kekuatan. Aku takut tengah perjalanan aku menggelabah terus termati enjin. Muahahaha. Tak ke haru nanti. Lama jugak lah menunggu kat situ. Sekali aku tengok ade 2 bijik kancil lepas lalu jalan banjir tu. Tapi, lepas tu, enjin semput lah. Huhuhuhu. Dekat sejam jugak lah menunggu kat situ. Mak aku kate, buat malu je. Dah lah bawak kereta besar-besar tapi, tak berani nak redah banjir. Mane aku nak berani nye kan. Dah lah masa awal-awal tadi mamat-mamat tu bagitau banjir paras peha. Tak berani den kalau banjir paras peha. So, aku pun tanya sorang pakcik tu boleh tak kalau die bawakkan kereta ni sampai seberang. Huhuhuhu.


Nasib baik lah ade sorang abang ni bermurah hati nak tolong. Azhar nama die. So, Abang Azhar ni lah yang bawakkan kereta sampai Unisel. Nasib baik nak masuk Unisel pun senang. Pak Guard pun tak der tanya banyak. Die pun tau ramai student yang terkandas dalam banjir. Masa aku tunggu tadi pun, memang ramai student yang stuck tak leh nak masuk Unisel sebab banjir. Masa redah banjir tu, ade 2 bijik kereta kat depan kereta aku. Kereta wira ngan satria. Diorang tolak kereta tu. Sekali aku tengok, banjir tu paras lutut je. Hampeh betul lah mamat-mamat tadi tu. Paras peha lah sangat.


Lepas dah hantar adik aku, redah banjir sekali lagi. Masa nak redah tu, nampak polis dah sediakan bot. Alahai, nak naik bot camane kalau banjir paras lutut je. Baik redah je daripada naik bot. Huhuhuhu. Alhamdulillah, selamat redah banjir tanpa sebarang masalah. Mak aku nak bagi duit kat Abang Azhar tu, tapi die tanak terima and siap bagi number phone lagi kat aku ni takut lah kalau-kalau ade problem lagi boleh lah call die. Hehehehe. So, aku ngan mak aku pun meneruskan perjalanan balik ke rumah lalu jalan Kuala Selangor. Bile dah sampai Kuala Selangor, singgah petronas untuk melepaskan hajat. Huhuhu. Nampak kereta student yang menunggu kat tempat banjir tu. Diorang tanya aku, banjir paras mane? Aku pun bagitau lah paras lutut je. Tapi, kalau pakai wira memang tak lepas. Kesian diorang. Dah lah esok nye ade kelas.


Nasib baik aku bawak kereta tak mengantuk langsung. Sampai rumah dalam pukul 3.15 pagi. Bile dah sampai rumah baru lah rasa pening. Sebelum tido, sms siti bagitau dah selamat sampai. Bangun pagi ni, pukul 7.30 pagi. Subuh gajah aku pagi ni. Dahl ah dengan kereta nya tak der minyak. Aku redah je. Hehehee. Masa kat highway, aku doa sangat-sangat jangan lah kereta aku mati tengah jalan. Sekali, termati jugak. Aku pun bawak slow and start balik enjin. Nasib baik hidup. Aku dok senyap je dalam kereta. Radio pun aku tak pasang. Menggelabah punya pasal. Nasib baik sempat sampai stesen minyak. Kalau tak, naya je tau. Lain kali, tak boleh lah buat camni.


Sekian sahaja cerita mangsa banjir yang tak berani nak redah banjir walaupun guna 4WD. Huhuhuhuhu.

No comments: