Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 16, 2007

Birthday Celebration

Skrg ni aku nak update pasal birthday celebration abah pulak. Ceritanye bermula camni, alkisahnya, pukul 5 lebih tu aku sms abah aku tanya abah aku kat mane. Abah aku reply bagitau abah dah sampai kat Tol Sungai Besi. Aku pun pegi kejut adik aku yang tengah tido tu suruh bersiap sebab nak pegi ambik kek dulu kat Shah Alam before ke Taman Tun ambik abang aku pulak.


Masa on the way ke Shah Alam, hujan lebat lah pulak. Lepas ambik kek, terus menghala ke Taman Tun ikut Kelana Jaya. Singgah masjid solat maghrib. Lepas tu, terus ke Taman Tun cari kedai buku sebab adik aku nak laminate scrap stuff die tu yang nak bagi kat abah aku. Nak bagi malam semalam, malam semalam lah jugak die terhegeh-hegeh nak laminate benda alah tu. Sabo je lah aku tau.


Masa kat kedai buku tu aku call adik aku Umar suruh lengah-lengahkan sikit. Rupa-rupanya diorang dah keluar rumah dah. Aku pun dengan segera nya call abang aku suruh die siap-siap. Lepas aku fetch die, terus gi Pizza Hut Taman Tun. Nasib baik dah booking tempat semua. So, senang keje. Kek tu we all bagi kat pekerja Pizza Hut suruh letak kat dalam chiller. Ok, dah selesai satu keje. Sementara dok tunggu abah aku sampai, ade satu group orang cina ni buat birthday celebration jugak. Pekerja Pizza Hut tu siap pasang lagu happy birthday. Tu yang terus datang idea camtu tu. Haahaa. Nasib baik la ade org buat birthday celebration. Kalau tidak buntu aku dok memikirkan camane nak buat surprise nye.


So, masa makanan sampai, makan lah we all semua pizza tu. Tapi, surprising nye kan, aku Cuma boleh telan satu slice je pizza tu. Perut aku dah makin kecik ke ek? Selalunya, aku makan pizza mesti 2 atau 3 slices tau. Huhuhuhu. Perasan sungguh tau minah ni.


Bile semua dah habis makan, aku ngan abang aku bangun konon-konon nak pegi basuh tangan. Sambil-sambil tu dah suruh pekerja pizza hut tu clean the table. Sambil basuh tangan, pegi bagi isyarat kat pekerja pizza hut tu suruh keluarkan kek and aku suruh mainkan lagu happy birthday tu. Sementara tu we all snap gambar. Aku pun masa tu dah nak excited dah sebab dah nampak pekerja pizza hut tu tengah bawak kek ke meja abah. Abah memang tak perasan langsung. Masa lagu happy birthday tu dah dimainkan pun abah aku still blur jugak sebab masa tu die tengah dok tengok kemera. Masa tu memang we all nyanyi lagu happy birthday baru lah abah berpaling and tengok ade kek. Terkedu abah aku di buat nye. Masa tepuk tangan tu aku rasa semua dalam pizza hut tu tepuk tangan. Best best.


Lepas tu, makan kek pulak. Sambil-sambil makan kek snap lagi gambar. Masa ni lah abah bagitau Trip ke Pangkor postponed ke bulan 3 masa cuti sekolah. Adik aku Umar suka lah sebab die boleh ikut. Kek ade banyak lebih so mak aku decide bagi separuh kat pekerja Pizza Hut. Lepas semua dah kekenyangan, terus balik rumah. Masa nak keluar pintu Pizza Hut tu, brother-brother Pizza Hut tu siap ucap Happy birthday kat abah aku and thanks for the kek. Aku hantar abang aku balik rumah die. Masa keluar from Pizza Hut tu hujan turun sikit punya lebat lah. Dok dalam Pizza Hut sampai tatau hujan lebat kat luar. Lepas hantar abang aku, balik rumah tukar kereta. Then, terus hantar adik aku balik UNISEL Batang Berjuntai.


Sampai rumah lepas hantar adik aku pukul 12 tengah malam. Lepas solat isyak, terus tido sebab tak larat. Pening kepala pun yer jugak. Bangun pagi ni pukul 7 and nasib baik sampai ofis tak lewat sangat. Just nice je. Tapi, punch card merah. Grrrrr.


p/s : Gambar akan di upload kemudian ok.


No comments: