Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 05, 2007

Cuti-Cuti Malaysia

Dah tiba masa aku akan update pasal balik kampung, raya haji and new year.


Jumaat - 29 Disember 2006


Hari ni aku ambik cuti. Konon nak gerak from Sungai Buloh pagi lah. Tapi, tak jadi bertolak pagi sebab aku berjalan tak ingat malam sebelum tu. Pukul 6 pagi baru sampai rumah Iera. Dah lah dengan tak rehat nye. Tak berani aku nak bertolak pagi. Aku takut aku tak larat je. Dah lah aku sorang je yang drive. Adik aku ade je lesen tapi tak berani nak drive. Sabo je lah aku tau. Pukul 7 pagi, aku gerak from Shah Alam ke Sungai Buloh. Aku tido rumah Iera sepanjang family aku tak der kat rumah sebab tak berani nak tido sorang-sorang kat rumah. Takut salah satu sebab lah kenape aku tido kat rumah Iera. Lagi satu sebab, rumah jiran aku jauh-jauh sebab tu tanak dok sorang kat rumah. Takut jadi ape-ape susah aku nanti. Kesimpulannya, aku ni memang penakut. Mengaku je lah.


Pukul 7 lebih sampai rumah terus tido. Pukul 9, adik aku call suruh ambik kat Merbau Sempak sebab kalau nak menapak masuk ke rumah aku jauh. Lepas ambik adik aku, terus aku sambung tido sampai lah pukul 11 lebih. Dah bangun tu baru lah rasa segar. Terus gesa adik aku suruh siap-siap. Kesimpulannya, pukul 12 baru gerak dari rumah. Sampai kat Gombak, isi minyak ape semua. Berenti makan tengahari. Bertolak ke Kelantan pukul 1.15 tengahari. Jalan ok lah tak banyak sangat kereta. Aku ingat akan jammed lah jalan sebab cuti panjang kan. Rupa-rupanya tekaan aku silap. Jalan memang smooth je. Aku sampai KB dalam pukul 7.15 malam. Boleh tahan gak ek aku bawak kereta. 6 jam je perjalanan. Memang tak berenti langsung. Nak berenti malas sebab kalau berenti mesti akan sampai lambat kat KB.


Sampai KB je, abah call ajak makan KFC. Memang kalau family aku balik KB memang tak sah kalau tak makan KFC sebab pakcik aku manager kat KFC. Order je nak makan ape. Makan lagi. Memang hancur musnah diet aku kalau balik KB ni tau. Dah lah lepas aku minum HL seminggu aku dah boleh pakai balik baju lama aku. Aku rasa lah kan, lepas ni memang dah tak leh pakai kot baju tu. Huhuhuhu. Lepas makan, pegi Mydin sebab nak cari stoking untuk adik aku. Punya lah ramai umat manusia kat dalam Mydin tu. Bersesak-sesak. Kalau ikutkan hati aku ni dah tak yah lah nak masuk Mydin tapi adik aku nak jugak beli stoking. Lepas tu, balik rumah atok aku sebab nak hantar adik lelaki aku. Lepas tu, keluar balik sebab nak jumpa adik angkat aku kat depan Billion. Lepak minum je kat Chicken King sebab dah makan dah sebelum tu. Lepas borak ala kadar, terus balik rumah.



Sabtu - 30 Disember 2006


Sarapan pagi ni nasi berlauk. Memula memang tanak makan nasi. Tapi, tak tahan godaan lah. Hampeh betul. Aktiviti pagi ni lepak-lepak je. Dalam pukul 11 lebih terus gerak balik Jerteh sebab nak balik kampung belah abah aku. Saje je balik hari ni sebab takut tak sempat nak balik esok. Esok dah nak raya haji. Takut banyak agenda nak di kejar. Aku balik kampong belah abah aku ni kan, semua sepupu-sepupu yang sebaya ngan aku dah nak kawin. Makcik-makcik aku semua pakat tanya bile aku nak kawin. Soalan bonus betul lah. Aku senyum je lah kan. Tak leh nak bagi jawapan yang pasti. Huhuhuhu. Macam lah tak der soalan lain nak tanya tau makcik-makcik aku ni. Nak dekat maghrib baru lah we all balik ke KB. Sampai KB, singgah Billion sebab nak gi cari baju sekolah adik aku. Bile dah masuk Billion tu bukan setakat beli baju adik aku je. Mak aku ngan Siti beli kasut. Siti beli high heels sebab nak practicum bulan 2 ni. Masuk tempat baby, terus teringat kat baby Abang Isham. Beli 2 pasang baju untuk anak Abang Isham. Beli sepasang baju raya untuk anak paksu aku. Melayang duit abah aku beli baju baby. Baju baby skrg ni bukan nye murah. Dah lah mahal. Nasib baik ade diskaun 50%. Hehehehe.


Lepas tu terus balik rumah. Tanya abah aku, die tanak makan. Mak aku pun tanak makan. Balik rumah tukar kereta. Tak koser nak bawak fortuner. Buat susah nak masuk parking je. Terus keluar balik lepas tu naik myvi pegi medan selera. Masa tu dah pukul 10 lebih dah. Ingat nak makan lah nasi dagang ke ape ke kan. Sekali dah habis. Beli somtam je. Pastu, cari gerai. Puas lah memilih gerai. So, settle kat satu gerai ni. Adik aku order kuew tiaw ladna tak sedap langsung. Nasib baik lah aku order mee goreng basah sedap. Makan 4 orang RM15 je sekali ngan air. Memang murah lah.


Balik rumah ingat nak tolong basuh ayam sebab sebelum keluar rumah tadi atok aku kate balik dari makan kena tolong basuh ayam. Sekali, mak aku dah siap basuhkan ayam dah. Selamat, selamat. Huhuhuhu. Bukan tak tolong tau. Balik rumah lepas solat terus tido.


Ahad – 31 Disember 2006


Selamat Hari Raya Aidiladha. Bangun pagi. Mandi sunat aidiladha. Sediakan makanan. Menu pagi ni, pulut tanak, kelapa ngan ayam goreng/ikan goreng. Memula ingat nak masak nasi kuning. Tapi, tak jadi sebab maksu aku dah masak nasi dagang. Mok Nab dah masak nasi minyak. So, tanak makan berat-berat konon. Tu yang menu hari ni pulut je. Lepas makan, terus gi solat kat surau depan rumah atok aku. Lepas solat, sesi ambik gambar. Pastu, baru berjalan ke rumah Tok Ngah. Ingatkan nak jalan kaki je. Tapi, tak tahan sebab panas. Padahal dekat je nak jugak naik kereta. Huhuhuhu. Puteri lilin sungguh.


Ingat pegi rumah Tok Ngah, ade lah Abang Isham. Rupa-rupanya tak der. Die gi Wakaf Baru. Lepas makan, terus balik rumah atok aku ambik Mok Nab ngan Mokcik sebab nak gi rumah Maksu aku pulak. Ingatkan dapat lah makan nasi dagang. Sekali dah habis. Kempunan sungguh tau. Lepas t uterus gi rumah Mok Nab. Kat rumah Mok Nab makan roti jala pulak. Sedap betul lah. Masa aku kat kampong, aku tak minum pun HL. Malas nak bancuh. Ahaksss. Lepas tu, pegi balik rumah Tok Ngah nak tengok Baby Abang Isham. Dok sekejap je pastu terus balik rumah. Balik rumah, lepas solat layan VCD Cicakman. Pastu, terus tertido sampai nak dekat maghrib.


Malam pulak aku keluar jumpa member aku. Jalan-jalan naik kereta sampai ke PCB. Sampai PCB, berenti minum jap. Pastu, terus balik sebab aku nak jumpa adik angkat aku pulak. Jumpa ngan adik angkat aku kejap je sebab esok dah nak balik dah. Pukul 10 lebih baru aku sampai rumah. Tu pun atok aku dah bising dah sebab aku tak balik-balik lagi. Itu pun sebab aku keluar sorang yang die bising-bising tu. Kalau aku keluar ngan adik aku, tak der nye die nak bising sebab ade teman.


Balik terus tido sebab nak jalan jauh esok nye. Kat kelantan tak der fireworks lah malam tahun baru. Huhuhuhu.


Isnin – 1 Januari 2007


Bangun pagi. Lepas sarapan, dalam pukul 10 lebih, terus gerak menghala ke Utara ikut Grik sebab nak ke Penang. Jalan jammed kat Machang. Memang kat situ selalu jammed pun kalau menghala ke Kuala Krai. Nasib baik we all lalu Grik. Tak koser nak menempuh jammed tau. Sampai Bandar Baharu Kedah dalam pukul 4 lebih. Kejap je lah perjalanan nye. Tak der lah jauh sangat pun. Lepak kejap kat rumah Toksu aku. Tinggal satu kereta kat rumah Toksu aku. yer lah kan, takkan nak pegi dua kereta pulak ke Penang kan. Bawak satu kereta je.


Sesat jugak lah nak cari rumah besan atok aku. dekat je ngan USM umah besan atok aku ni. Memula ingat nak makan pasembor lah ape lah kan. Sekali, tuan rumah ajak makan malam. Tak jadi lah nak makan pasembor. Abah aku bawak we all pegi Persiaran Gurney ngan Padang Kota je. Balik ke tanah besar naik feri. Dah lama betul aku tak naik feri. Last sekali masa aku kecik-kecik dulu. Tak snap gambar lah sebab tak bawak kamera.


Sampai rumah Toksu aku dalam pukul 11 lebih. Lepas solat, semua flat. Penat sangat gamak nye.



Selasa – 2 Januari 2007


Dah tiba lah hari untuk balik ke KL semula. Rasa cam tak puas lah cuti sebab rasa cam sekejap sangat cuti. Huhuhuhu. Bertolak balik pukul 10 pagi. Sampai rumah pukul 1 lebih. Ok lah, jalan tak jammed pun. Best nye dah balik rumah. Rindu kat katil. Hehehee.


Rabu – 3 Januari 2007


Dah start keje dah hari ni. Cadangnye memang lah nak bercuti lagi. Tapi, disebabkan 16,17 dan 18 Januari ni nak gi Pangkor, kena lah aku cancel cuti aku sebab 2 minggu lagi nak cuti panjang pulak. Hehehehee. Best best. Dah lama tak gi Pangkor. Pegi Pangkor kali ni best lah kot sebab abang aku, kakak ipar ngan anak buah aku ikut sekali. Dah lama tak gi vacation. Berjalan je aku ni kan. Dah lah Jumaat ni nak balik Kelantan lagi sebab nak hantar atok aku balik dan kebetulan abah ade keje kat Kelantan. So, ikut je lah balik.


Mak aku siap cakap kat aku ngan adik aku, tak payah ikut lah balik Kelantan jumaat ni sebab mak aku nak bawak makcik aku. Nak tau ape adik aku jawab. Ni adik aku jawab tau bukan aku. Alaaa mak, boleh lah nak balik jugak sebab banyak lagi makanan yang Syida tak makan lagi masa balik Kelantan hari tu. Sabo je lah aku adik aku ni tau. Makan je keje nye. Huhuhuhuhu. Badan tu dah tembam dah tau. Mane tak tembam nye asyik mengunyah je 24 jam.

No comments: