Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, January 15, 2007

Happy Birthday Abah




Happy birthday Abah. Semoga abah panjang umur dan murah rezeki. Semoga ape yang abah idamkan selama ini tercapai. Insyallah. I love u Abah.
Hari ni aku nak cerita pasal abah aku. Abah aku ni memang senyap sangat. Memang tak bercakap lah. Die memang tak tunjuk kasih sayang die. Tapi, adik beradik aku semua tahu yang die sayang we all. Huhuhu. Bapak mane tak sayang anak oiii. Abah aku ni tahap senyap die memang boleh kate kronik lah. Hahahaha. Bukan ape, Memang senyap sangat-sangat. Nak dengar suara die bercakap jangan harap lah. Kadang-kadang bile aku tanya die soalan, nak tunggu abah aku bagi jawapan memang sakit hati tau. Sampai kan adik aku cakap, tunggu lah jawapan nye esok ok.


Pernah satu masa, we all naik kereta satu family dari Sungai Buloh ke KL. Mak aku ngan adik beradik aku semua dok bercakap pot pet pot pet ni. Abah aku senyap je. Sabo je lah aku. Ngan kakak-kakak die pun abah aku mane bercakap sangat. Abah aku akan bercakap kalau ade hal penting je. Camane lah ek gamak nye abah aku ni ngan anak-anak buah die kat ofis. Aku kalau naik kereta ngan abah aku tak kira lah pegi keje ke balik keje ke memang senyap je lah. Memang tak bercakap sepatah haram dari Sungai Buloh ke Shah Alam. Cram mulut aku ni tau. Dah lah aku ni suka bercakap. Lagi pun kan, tatau nak borak ape lah ngan abah aku. Aku ni lebih rapat ngan mak aku dari pada abah aku.


Ngan mak aku pulak ade satu hari tu, mak aku ajak abah aku gi rumah Mak Long aku kat Kampung Baru. Bile mak aku tanya boleh ke nak pegi rumah Kak Nor petang ni? Abah aku tak bagi jawapan langsung. So, mak aku ingat abah aku tanak pegi lah. Masa lepas asar, mak aku dok sibuk-sibuk kat dapur, abah aku dah siap pakai baju semua. Mak aku tanya lah abah aku, nak pegi mane ni? Abah aku pun jawab balik, eh, kate nak pegi rumah Kak Nor? Hahahaha. Ape lah abah aku ni. Lepas tu baru lah we all bergegas siap nak pegi rumah Mak Long. Berat sangat mulut gamak nye. Ahakssss.


Lagi satu cerita, abah aku ni kalau outstation ke mane-mane, tak reti langsung nak bawak balik buah tangan untuk family. Misal kate buah-buahan ke ape. Abah aku akan bawak balik benda kalau mak aku kirim je. Pernah satu hari, abah outstation ke Kelantan. Mak aku tak cakap ape-ape lah kan. Bile abah aku balik, mak aku expect yang abah bawak balik beras ke sekampit dua. Rupa-rupanya abah tak bawak balik ape-ape pun. Abah bawak balik diri abah je. Huhuhuhu. Sadis betul tau abah aku ni.


Yang Kelantan tu tak per lah lagi. Pernah satu masa abah pegi main golf kat Bandung. Bile abah balik tu, anak-anak excited lah nak tengok barang yang abah beli. Rupa-rupanya abah memang tak beli ape-ape pun untuk anak-anak kecuali baju untuk cucu die. Sabar je lah tau. Betul lah orang cakap, bile dah ade cucu, memang atok akan manjakan cucu die je. Huhuhuhu.


Abah aku ni memang berbeza ngan mak. Mak aku kuat bebel. Abah aku senyap. Bagus jugak camni kan. Cuba lah bayangkan kalau dua-dua kuat bebel. Pening kepala anak-anak kat rumah. Bagus lah kan, Tuhan bagi pun dah elok dah. Sorang senyap, sorang suka bercakap. Kalau dua-dua senyap, tak meriah lak hidup.


Tapi, walau sesenyap mane pun abah aku ni, kalau die marah memang kaw-kaw lah. Aku pernah kena sekali masa sekolah dulu. Menangis aku dibuatnye. Huhuhuhu. Kena marah pasal ape tak yah lah aku bagitau. Malu you. Ekekeke.


Ok lah, sekian sahaja cerita pasal abah aku ni. Cerita pasal celebration birthday abah akan aku update lepas ni ok. Ape yang boleh aku kata kan, memang best lah celebration birthday abah.

No comments: