Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 26, 2007

Jalan-Jalan Hantar Memorial

Hari ni memang tak bz sangat pun. Memang tak der keje sangat pun. Sepatutnya memang dah bz pun ngan keje aku. Tapi, masalahnya, lecturer tak hantar lagi keje yang aku kena buat tu. Memula ingat nak ambik MC je sebab memang dah tak sihat dah pagi ni. Tapi, gagahkan jugak dating ofis.


Lebih kurang dalam pukul 12 lebih, Jila call dari ofis bawah nak ajak aku pegi KL. Aku ingat nak pegi KL nak shopping ke ape. Kan gaji dah masuk hari ni. Rupa-rupanya die nak ajak aku pegi hantar memorial ke law firm kat Jalan Tun Razak, Jalan Klang Lama ngan Putrajaya. Disebabkan aku tak der keje sangat, aku pun setuju lah nak ikut die. Aku pun terus turun ke ofis bawah dengan tak tutup komputernya. Jila ajak aku sebab aku pandai jalan area KL.


Lebih kurang nak dekat pukul 1, turun dari ofis menuju ke KL. Destinasi pertama ke Jalan Klang Lama dulu. Alhamdulillah senang cari jalan. Lepas tu, terus ke Jalan Tun Razak. Ade 2 law firm yang kena pegi sebab nak hantar memorial ni. Masa sampai kat Menara Asia Life tu, Tanya lah kat kakak reception tu kat mane Plaza Permata. Die pun tanya phone number law firm tu. Die siap call kan lagi law firm tu tanya kat mane Plaza Permata. So baik lah that kakak.


Lepas dah selesai hantar memorial kat Plaza Permata, terus menuju ke Putrajaya. Nak hantar memorial kat Mahkamah Persekutuan. Memula aku ngan Jila confuse jugak Mahkamah Persekutuan ni same ke ngan Palaca of Justice. Tapi, dah siap parking kereta kat Palace of Justice baru nak rasa confuse. Sabo je lah aku tau. So, call lah Secretary Dekan tanya Mahkamah Persekutuan ni same ke ngan Palace of Justice? Bukan ape, saje je nak kepastian. Karang, tak pasal-pasal malu free je kalau salah. Sekali, Kak Aini kate betul Mahkamah Persekutuan tu ngan Palace of Justice. So, merasa lah aku masuk dalam Palace of Justice. Tak ambik gambar pun sebab tak bawak kamera.


Lepas habis hantar memorial kat Putrajaya, terus balik Shah Alam. Sampai ofis lagi 5 minit nak balik. So, sempat lah aku naik ofis tutup computer semua. Balik tu aku dah tak larat giler. Terus gi jumpa Doktor. Aku tak mintak pun mc kat doctor tau. Tapi, doctor tu dengan baik hatinya bagi aku mc. Selalu aku pegi klinik belah malam, memang tak dapat mc. Aku ingat kalau makan ubat malam ni, esok kalau dah ok boleh gi keje. Dah doctor bagi mc, aku pun mc lah. Takkan rajin nak gi keje pulak kan. Hehhehe.

No comments: