Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, January 29, 2007

Jalan-Jalan Hari Minggu

Pagi tadi lepas solat subuh berjemaah ngan family aku, belajar harfiah (maksud ayat dalam Quran) ngan mak. Lepas dah belajar harfiah, dok borak-borak dalam bilik mak. Mak tanya nak makan ape pagi ni? Adik aku yang lelaki cakap nak makan nasi dagang makcik kelantan ni kat Kuang. Aku kate, dari makan nasi dagang makcik yang tak sedap tu baik lah suruh mak aku masak. Huhuhuhu. So, keputusannya, makan lah kami kat kedai mamak. Yang peginye, aku, syida, mak ngan abah. Yang tinggal kat rumah nye, Siti ngan adik aku yang lelaki sebab jaga atok aku.


Lepas makan kat mamak, terus balik rumah. Aku sambung membuta balik sebab malam tadi aku tido agak lewat sebab teman atok aku tengok tv. Huhuhuhu. Teman atok aku tengok tv lah sangat. Padahal aku dok online sampai pukul 2 lebih pagi. Sedar-sedar adik aku dah kejut suruh bangun. Sekali, tengok die dah siap pakai baju dah nak gi kelas. Aku kena hantar die hari ni. Die ade kelas hari ni. Ape lah ade kelas hari ahad. Tak best langsung. Lepas aku send die kat Unitar, aku teruskan perjalanan ke Shah Alam. Singgah SACC Mall sebab saje menggatal nak cari VCD ngan buku cerita. Saje, lepaskan geram sebab tak dapat pegi pesta buku alaf21. Yang tak dapat pegi tu pun sebab tak sihat. Kalau sihat, dah lama dah pegi. So, dapat lah beli 2 VCD ngan 2 Buku cerita. So, puas hati lah jugak. Petang ni, at least ade lah jugak aktiviti nak buat daripada membuta je kan.



Pastu, terus balik rumah. Hari ni
adik aku menggelabah rock sebab nak kena ambik ujian kereta ngan abah aku. Hehehehe. Die memang dah ade lesen dah. Tapi, tak bawak kereta sejak dari dapat lesen lagi. Dah nak masuk 2 tahun dah ade lesen. So, hari ni die kecut perut lah. Haahahaha. So, Good Luck ok Siti. Petang ni, mak ajak abah nak gi Koi Centre, Sentul. Nak beli ikan Koi lagi. Best best. Boleh jalan-jalan. Dah lama tak gi jalan-jalan ngan abah.

No comments: