Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 31, 2007

Mc lagi

Hari jumaat lepas, aku dah mc. Pastu, semalam sambung mc lagi sebab tak sihat lagi. Semalam pegi Medical Centre nak jumpa Dr. Wan Ratna sebab nak mintak sambung mc. Tapi, Dr Wan Ratna ade belah petang. So, aku pegi belah petang lah dalam pukul 3. Nak dekat sejam jugak lah tunggu nak masuk bilik Dr. Masuk-masuk je die check aku sekali ade bintik-bintik merah kat tangan aku. Die pun takut aku kena denggi, terus die suruh ambik darah. So, ambik lah darah. Die kate dalam petang atau malam baru dapat result. Die tambah ubat batuk lain ngan antibiotics untuk tonsil aku.


Aku ni actually dalam di lema lah. Aku ni kalau demam, memang tonsil aku akan bengkak dan merah. Pastu, nak makan memang seksa. Tapi, tonsil aku akan bengkak dan merah kalau aku demam je. Kawan aku Dr suruh buang tonsil tu sebab aku kena tonsil lebih dari 2 kali dalam setahun. Tapi, bile aku tanya kat Dr yang selalu check aku, die kate tonsil aku tak bahaya lagi. So, tak payah buang lagi. Camane ek nak buat? Ke nak kena pi tanya for second opinion. Buntu lah aku.


So, aktiviti semalam dok rumah je lah. Malam, abang aku datang. Anak buah aku tu makin lah becok nye. Tak reti-reti lagi nak panggil aku betul-betul. Still panggil aku Ayam tak pun Mak Yam. Sabo je lah aku. Tapi, nama aku betul lak die sebut. Kadang-kadang die sebut Amalina. Kadang-kadang die sebut Amanina. Cute nye Yaya ni. Aku nak upload video semalam. Tapi, gelap lah pulak. Tak nampak muka. Tapi, boleh dengar lah suara die. Tengok lah kalau aku rajin upload, aku upload lah. Dah pandai dah kalau orang tanya What is your name? Die akan jawab My Name is Yaya.





Sudah dimaklumkan terlebih dahulu ok. Video kurang memuaskan. Nak dengar suara boleh lah. Huhuhuhu.

No comments: