Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, January 29, 2007

Penat

Petang, mak, abah ngan Umar pegi Koi Centre, Sentul sebab mak nak beli ikan koi. Atok aku, we all dropkan kat rumah Mak Long. Memula pegi tengok ikan koi ni, terkejut beruk aku dengar harga nye. Ade ikan koi ni yang harganya sampai cecah RM20 ribu. Tapi, yang belinye memang ade lah. Tapi, cina lah yang ramai beli koi yang harga berpuluh ribu ni. Mak aku tak der nye nak beli ikan yang harga berpuluh ribu ni. Cari yang paling murah ade lah. Mak aku nak cari ikan yang harga RM150 yang macam kitorang beli hari tu. Sekali, tak der lah pulak. Mak aku bodek sikit punya baik kat cina tu, dapat lah beli sekor ikan koi yang harga RM300 dengan harga RM150. Hahaha. Lain kali, nak dapat ikan murah lagi, sila bawak mak aku ek. Huhuhuhu.




Lepas pegi koi Centre, pegi Kelana Jaya pulak sebab nak fetch Syida. Die habis kelas pukul 7. Sambil-sambil tu singgah Giant sebab Umar nak cari kasut hitam. Masuk lah satu kedai kasut ni. Die pilih punya pilih, sekali die berkenan ngan satu kasut ni jenama Dr. Cardin. Mahal tu dalam RM200 lebih. Mak ai, mahal nye lah kasut nak bawak gi sekolah budak-budak zaman sekarang ni. Aku ingat dulu-dulu zaman aku sekolah, kalau nak beli kasut hitam je mesti beli kasut pallas jazz yang harga nye RM19.90. Sabo je lah aku tau.



Balik tu, masa dalam kereta, abah tanya we all semua, mane ok, beli myvi 3 bijik ke atau beli Merc A Class sebijik. Huhuhuhu. Umar ngan Syida jawab Myvi 3 bijik. Aku pulak jawab Merc A Class. Kalau korang, korang pilih ape ek? Abah aku sejak 2 menjak ni asyik sebut pasal Merc A Class je. Nak beli Merc A Class ke? Kalau sempat, sebenarnya nak singgah kat showroom merc. Nak tengok A Class. Tapi, tak sempat lah pulak. Maybe some other time lah kot. Balik rumah tu, lepas solat maghrib, aku, Syida ngan abah keluar balik sebab abah ade dinner ngan kawan-kawan die kat PJ. Abah drop aku ngan Syida kat KL Sentral sebab nak pegi KLCC. Saje je tak der keje. Lepak kat KLCC sampai pukul 10 lebih. Pastu, naik LRT pegi rumah Mak Long aku sebab atok aku ade kat sane. Lepas abah habis dinner, abah will fetch us kat rumah Mak Long.





End up, sampai rumah nak dekat pukul 1 pagi.

No comments: