Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 10, 2007

Update Hari Minggu

Ni update hari minggu sepanjang aku kat Kelantan. Nasib baik aku baik awal ke KL. kalau tidak, memang aku terkandas lah kat kelantan sebab banjir.


Jumaat, 5 Januari 2007


Balik kali ni aku drive dari KL sampai ke Kuala Krai sebab abah demam. Tapi, dari Kuala Krai sampai Kota Bharu abah bawak sebab mata aku dah mengantuk sangat-sangat. Bertolak from KL pukul 7 malam. Sampai KB pukul 1 pagi. 7 malam tu bertolak from rumah makcik aku kat Sunway sebab we all fetch mak ngan atok aku kat situ. Lepas tu, terus meredah jammed dari tol sunway, ikut kesas highway straight ke Gombak. Ngam-ngam je pukul 8 malam dari tol Gombak. Jalan malam-malam ni satu best sebab tak payah risau pasal speed trap. Tak kisah nak pecut laju mane asal pandai kawal je lah kan. Tapi, malam2 memang banyak lori lah. Tak larat betul ikut belakang lori.


Aku ingat abah aku memang kebetulan outstation minggu ni kat Kelantan. Tapi, mak aku cerita sebenarnya abah saje je pilih minggu ni sebab alang-alang nak hantar atok aku balik KB. Kalau camni lah gaya nye, boleh lah ikut abah balik Kelantan selalu kalau abah outstation. Tu pun kalau tak der kawan-kawan abah yang ikut lah. So, boleh lah nak menyibuk. Seronok aku boleh balik kampung selalu.


Sampai KB pukul 1 pagi. Tak larat sungguh aku terus tumbang.


Sabtu, 6 Januari 2007


Bangun pagi ni agak lewat. Nasib baik cuti. Pagi ni tak der plan nak gi mane-mane pun. Mak suruh aku mandikan baby paksu. Semua pakat tak berani nak mandikan baby. Aku bukan nak tunjuk pandai. Tapi, aku kana de pengalaman keje kat nursery. So, diorang suruh aku mandikan. Dahl ah tengah-tengah mandikan baby paksu, die boleh berak atas tangan aku yang gebu ni. Nasib baik lah baby baru lahir. Taik pun tak berbau. Kalau lah baby yang dah makan macam-macam haru biru jugak lah. Tak per, nanti baby ni sayang lebih kat aku punya lah. Hehehehe.


Tengahari mak ajak pegi rumah maksu aku jenguk atok lelaki aku kat rumah maksu aku. Lepak kat rumah mak su aku sampai pukul 3. Lepas tu, maksu aku ikut we all balik rumah atok perempuan aku kat Merbau sebab maksu aku nak tengok anak paksu yang baru lahir. Comel sangat baby paksu. Nama baby paksu Nik A’ish Addina. Pelik betul nama. Paksu pernah bagitau aku masa die bujang dulu kalau ade anak perempuan die memang nak letak nama ni. Memang die letak betul lah nama tu. Aku suka betul ngan nama tu.


Lepas asar, keluar balik sebab mak nak pegi pasar besar nak tengok tudung. Memang tengok je lah. Bukan nak beli pun. Sabo je lah aku tau. Bayar parking yer yer je untuk 1 jam. Lepas tu, terus ke rumah Mak Nyah Yatie kat jalan Pasir Mas Salor. Boleh tahan terror gak aku cari rumah Mak Nyah Yatie. Selalu nya ade abah aku kan. So, senang lah nak cari. Ni aku main redah je sebab abah aku tak ikut. Lepak kat rumah Mak Nyah Yatie sampai nak dekat maghrib. Lepas tu, singgah beli satay kat Jalan Kebun Sultan. Malam ni kenduri satay lah kat rumah atok.
Lepas semua dah selesai solat, ramai-ramai kerja kan satay. Sedap betul satay ni. Ingatkan lepas makan satay nak keluar lah pegi Bandar KB dengan Syida, adik aku. Tapi, hujan turun sikit punya lebat pukul 8 malam tu. Terus tak jadi keluar. Ingatkan kalau pukul 9 lebih hujan dah reda nak lah jugak keluar. Tapi, hujan tak jugak reda sampai lah ke tengah malam. Angin pulak bertiap kencang sangat. So, tak der lah jalan-jalan Kb malam ni. Adik aku tu nak gi Bandar KB bukan ape, nak cari somtam pauh. Mengidam ke ape. At last, borak ngan paksu je sementara paksu dok tunggu nak jemur kain dalam mesin. Tido pukul 2 pagi.


Ahad, 7 Januari 2007

Bangun lewat jugak sebab tido pun agak lewat. Pagi ni lepak lagi. Pastu, mandikan baby. Pukul 12 tengahari pinjam kereta paksu. Adik aku ajak pegi PCB. Aku pulak tanak sebab aku tatau jalan ke PCB. So, pegi Bandar je lah jawab nye. Pegi Bandar pun angin sikit punya kuat lah sampai bias menerbangkan diri ku yang comel ni. Huhuhuhu. Masa nak keluar duit kat bank, ternampak abang Isyam tengah minum sorang-sorang kat depan pantai timur. Pastu, pegi lah tegur die. Die ajak gi makan KFC free. Aku tanak sebab tengahari ni macam nak makan kat mcd. Nak makan prosperity burger. So, die suruh aku ajak mak ngan abah singgah KFC dulu sebelum balik kl nanti sebab die keje sampai pukul 5 petang. Tengok lah camane nanti.


Lepas makan kat mcd, Syida nak beli colek. Pastu, nampak majalah nak beli majalah pulak. Syida beli majalah harmoni, aku beli media hiburan. Saje, buat hilang bosan dalam kereta. Pastu, terus balik rumah sebab tatau nak gi mane dah. Balik rumah siap-siap kemas semua. Abah balik pukul 3 petang. Lepas abah dah siap-siap mandi, sembahyang semua, terus menghala ke Kuala Krai pulak sebab nak gi rumah Uncle Amir ambik ikan. Uncle Amir bagi mak aku ikan sebab die dah tanak bela ikan dah. Lepak kat rumah Uncle Amir sampai pukul 6 lebih. Pukul 7 bertolak balik KL. Aku bawak straight sampai KL. Sampai rumah pukul 1 lebih. Terus tido sebab esok nak kena keje.


Isnin, 8 Januari 2007


Bangun pagi mak kejut pukul 7.30 pagi. Mak ingat aku tak keje. Rupa-rupanya keje. Terus cepat-cepat bangun. Nasib baik baju ngan tudung semua dah gosok. So, tak der masalah lah. Keluar rumah pukul 8 pagi. Macam bos lak aku ni kan. Sesuka hati je nak datang lewat. Tapi, tak per sekali sekala je. Bukan selalu pun. Nak buat shake HL pun tak sempat. So, skip and cheat satu hari. Boleh kan coach? Huhuhuhu. Sampai ofis ngam-ngam pukul 8.30 pagi. Nasib baik senang dapat parking.


Ingat nak cuti je hari ni tapi tak boleh sebab banyak keje nak kena buat pasal rayuan semak semula student. Penat lah. Satu hari melayan pening kepala sebab tak cukup tido. Masa balik keje, Marina tumpang aku sampai Sek 2. Masa nak naik kereta, Marina tegur kenape kereta aku kemek? Waaaaa, rasa cam nak nangis je tengok kereta kemek tau. Ni mesti adik aku punya keje. Balik rumah tu, aku terus marah adik aku sebab careless. Tak reti nak jaga harta benda orang langsung. Tapi, marah pun tak der guna kan. Benda dah jadi. Huhuhuhu. Kesian kat aku kereta kemek. Tak suka lah kereta kemek. Tak der mood tau. Aku rasa die langgar tembok kat depan rumah.


Malam tu abah tanya adik aku kenape tembok batu kat depan rumah tu boleh pecah. Die boleh jawab ape tau, Mane lah Umar tau, bukannye Umar dok kat depan tu 24 jam. Sabo je lah aku tau. Pandai lak die menjawab. Aku cerita kat abah aku yang adik aku langgar batu tu. Abah aku kate ape tau, mabuk ke ape bawak kereta sampai boleh langgar batu. Kuikuikui. Kelakar kelakar. Alaaaa, marah pun tak guna kan. Dah kemek dah pun kereta aku.


Lepas makan aku kena jadi supir bawak Syida ngan Umar gi klinik. Umar dapat MC satu hari. Lepas tu, terus balik rumah lepak dalam bilik baca buku sambil berbalas sms ngan kawan paksu aku. Nasib baik aku dah buat active5. Kalau tidak, kopak aku melayan sms ngan die. Hehehehehe. At last, tido pukul 2 pagi. Nasib baik pagi ni pegi keje tak lewat.

No comments: