Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, January 14, 2007

Vacation ke Pangkor Di Tunda

Sukacita di maklumkan plan untuk ke Pulau Pangkor di tunda ke bulan 3. Semua ini disebabkan oleh banjir yang melanda Johor. Ala-ala pembaca berita lah pulak. Sabo je lah aku. Tapi, tu lah hakikat yang harus aku terima. Waaaaaaaaa. Benci tau. Tapi, ape kaitan banjir kat johor ngan Pangkor ek? Korang mesti tertanya-tanya kan. Huhuhuhu. Bukan ape, abah aku kan skrg ni dah tukar department from Komuter ke landasan. Tu yang kena standby kemungkinan banjir kat johor tu melanda lagi. Menyampah aku tau.


Abah aku kena pegi Johor masa pagi ni. We all semua kat rumah ni dah cuak dah. Esok dah lah hari jadi abah. Kek and tempat semua dah booking dah. Kalau tak jadi haru je tau. Masa tu aku berdoa sangat-sangat yang keje abah akan selesai pada hari esok so that abah boleh balik celebrate his birthday with his family. Kalau tidak terpaksa buat belated birthday lah pulak. Tak syok betul lah.


So, Hari ni di habiskan dengan bermalas-malasan di rumah. Tak keluar gi mane-mane pun. Plan nak gi rumah makcik aku petang sabtu pun terpaksa cancel sebab hujan lebat. Mak aku pelik bile aku kate hujan lah nak pegi rumah makcik. Mak aku siap kate, bumbung kereta awak bocor ke? Huhuhuhu. Sabar je lah tau. Tapi, aku memang tak berape suka nak keluar rumah kalau waktu hujan. Maksud aku, kalau daripada rumah dah tau hujan, aku memang tak keluar. Kalau terpaksa je baru aku keluar. Kalau hujan masa dalam perjalanan tak per. Aku tak kisah. So, lepak lah kat rumah.


Malam tu dok borak-borak ngan mak aku. Mak aku bagitau aku yang abah aku beli PDA baru. Aku pun tanya lah mak aku ape jenama PDA yang abah beli tu. Mak aku pun bagitau lah jenama PDA tu DAPAT. Aku ngan adik aku dah berkerut dahi dah dok fikir ade ke PDA jenama DAPAT. Lama-lama fikir baru lah teringat ade PDA jenama DOPOD. Hahahaha. Sungguh kelakar mak aku nit au. We all gelak guling-guling bile fikir pasal tu tau. Bile aku cerita kat abah aku pun abah aku gelak je. Mak aku ni buat lawak memang nombor satu. Kelakar kelakar.


Malam tu jugak aku sms abah aku balik kl bile. Abah aku cakap balik kl ahad petang. So, plan yang we all dah set tu akan berjalan seperti yang di rancang lah kan. Lepas tu, terus aku sms abang-abang aku bagitau plan berjalan seperti biase kalau tiada aral melintang.


No comments: