Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 13, 2007

Belated Birthday Present



Comel tak bantal tu? Hehehehe. Mesti comel kan? Biar lah orang nak kate tak comel pun. Aku tetap cakap comel. Huhuhuhu. Sebenarnya bantal ni hadiah birthday aku tahun lepas. Hadiah ni Ain yang bagi. Tak kisah lah cepat ke lambat ke kan. Asal ade hadiah. Aku suka sangat bantal ni. Comel and kaki die terjuntai tu yang buat comel tu. Ahaksss.

Sebenarnya, aku tatau pun yang Ain bagi hadiah ni sebab die main letak je kat seat belakang kereta aku. Alkisahnya, masa hari sabtu yang aku kena keje tu, aku pegi ambik Ain ngan Jila dulu kat rumah diorang kat Section 8. Masa aku nak sampai tu, aku call Ain bagitau aku dah nak sampai dan aku parking depan sikit dari rumah diorang. So, memang tak nampak lah diorang bawak ape ke kan. Lepas diorang dah masuk kereta, aku pun bawak terus kereta ke ofis sebab vetting start pukul 9.30 pagi. Tanpa aku sedari, diorang dah letak senyap-senyap dah hadiah untuk aku kat seat belakang.

Bile dah sampai ofis, we all keje lah sampai pukul 5 lebih. Ain pun tak cakap ape2 ngan aku. Memula diorang nak balik ngan aku. Sekali, Jila bagitau tunang die dah datang untuk fetch diorang. So, aku pun balik lah ngan sorang budak ofis ni. Die nak tumpang sampai section 2. Masa dah sampai kat kereta, member aku ni pun cakap ngan aku, wahhhh, ade hadiah lah. Aku pun terkejut lah. Sape pulak yang bagi aku hadiah? Sekali, aku tengok kat seat belakang. Ade hadiah yang dah berbalut dan aku dah syak dah hadiah tu mesti dari Ain sebab Ain kalau bagi hadiah kat org mesti die balut cam hadiah yang aku dapat ni.

Lepas tu, aku sms Ain ucap thanks sebab bagi hadiah walaupun terlewat 3 bulan. Ahaksss.

No comments: