Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 19, 2007

Happy Chinese New Year

Happy Chinese New Year. Pagi ni dok rumah je. Tak buat ape jugak. Nak menjahit baju adik aku pun tak der mood. Tengahari pegi rumah Uncle Goh kawan abah. Sebelum tu, pegi hantar atok kat rumah Mak Long dulu. Lepas tu, terus menghala ke Cheras, rumah Uncle Goh. Seronok betul Chinese New Year ni. Dok mengumpul Ang Pow je. Pegi sebuah rumah, macam pegi 3 buah rumah ok. Kalau raya puasa ni jangan harap aku nak dapat duit raya. Kalau raya cina, selagi tak kawin, boleh dapat angpow. Kalau raya puasa, once dah keje, sorry lah nak dapat duit raya. Huhuhuhu.




Lepas dah puas makan-makan kat rumah Uncle Goh, terus menghala ke Bukit Jelutong sebab nak pegi rumah Kak Ieja. Kak Ieja sewa kondo kat Bukit Jelutong tu. Die dok menyewa sebab sementara nak tunggu rumah teres yang die beli dekat-dekat area Bukit Jelutong siap. Sampai rumah die, tengok-tengok mak mertua Kak Ieja pun ade sekali.


Comel betul anak Kak Ieja Eishal ni tau. Masa memula jumpa dulu chubby nye lah. Skrg ni chubby jugak tapi dah kurang chubby sikit. Tapi, tetap maintain comel ok. Geram betul tengok Eishal ni. Dah lah tak suka orang pegang. Die suka bergerak bebas. Kalau orang pegang sikit die nangis. Sabo je lah tau. Sempat snap gambar ngan Eishal je. Ingat nak ambik gambar kat swimming pool. Tapi, cuaca tak mengizinkan lah pulak sebab hujan lebat.



Dari rumah Kak Ieja, we all pegi rumah Kak Roslina pulak. Lepak kat sane sebab mak aku nak tanya pasal kelas Pengajian Al-Quran yang Kak Lina join kat UM. Mak aku dok borak ngan Kak Lina kat dapur, we all dok kat hall depan tengok cerita Tentang Bulan. Masuk ni dah 2 kali dah aku tengok cerita tentang bulan ni. Sedih lah cerita die. Cerita pasal persahabatan. Can u just imagine, budak yang umur 7 tahun pun boleh menangis ok tengok cerita Tentang Bulan ni. Masa memula tengok ngan mak aku, aku ngan mak aku siap boleh menangis ok. Lagu die sedih lah.


Lepas maghrib, sambung lagi tengok tentang bulan. Dalam pukul 8.30 baru gerak dari rumah Kak Lina gi Tesco Shah Alam sebab adik aku nak gi beli baju. Aku tak masuk pun Tesco. Mak, abah ngan Umar je masuk Tesco beli barang dapur. Aku ikut Siti ngan Syida masuk kedai baju sebab siti nak cari T-Shirt lengan panjang sebab die ade Sports kat sekolah yang die wat practicum skrg ni. Lepas dah selesai kat Tesco, terus menghala ke Kampung Baru sebab nak fetch atok aku. Lepas tu, terus balik rumah. Penat sungguh berjalan hari ni.

No comments: