Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 06, 2007

Tagging Game : How Many Handbags Do You Have?







Hari tu aku tengok fotopages Hanis, die buat satu entry pasal tagging game : How many handbags do you have? Aku pun dok terfikir nak jugak buat tagging game ni. Tapi, aku punya collection handbag tak der lah cam die punya. Hanis punya banyak designers handbag. Aku punya handbag jenis cikai-cikai punya je. Yang RM20 kalau lawa pun aku rembat gak. Asal lawa. Tak mampu lagi lah aku nak pakai designers handbag. Huhuhuhu. Semalam aku kira handbag aku, banyak lah jugak. Itu pun tak semua lah yang aku ambik gambar.


Aku mula kumpul handbag sejak dari lepas aku study kat kolej. Start dari tu aku dah mula giler handbag. Masa aku pegi Bangkok yang best nye. Adik aku rembat baju. Aku rembat handbag. Sampai penuh satu bagasi ngan handbag aku je. Sampaikan abah aku kate aku balik Malaysia nak jual handbag-handbag tu. Hobi aku ni aku kongsi ngan adik aku. Die kalau gi mane-mane, kalau jumpa handbag lawa-lawa, die beli untuk aku. Tapi, aku kena bayar balik duit die. Hehehehe.


So, sesape yang sudi nak join tagging games ni boleh ah.

No comments: