Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, February 25, 2007

HOTFM BIG JAM

Lepak kat rumah je pagi sabtu. Memula mak ajak gi MNG ngan Victoria Secret warehouse sale kat Jalan Raja Chulan. Lepas pembantu rumah aku balik dalam pukul 2 lebih, aku suruh lah mak aku siap-siap sebab aku nak bawak mak aku pegi warehouse sale tu. Sekali, mak aku yang cancel. Sabo je lah aku tau. Mak aku yang rancang nak pegi, mak aku jugak yang batalkan nak pegi. Tapi, kalau ikutkan, aku pun malas sebenarnya. Malas nak bersesak ngan orang ramai.

So, aku sambung lah tengok Dil To Pagal Hai. Dah lama betul aku tak tengok Shah Rukh Khan berlakon tau. Lepas tengok Dil To Pagal Hai, terus keluar rumah ambik Syida kat Unitar. Lepas tu, straight away gi Shah Alam rumah Ain. Lepak kat rumah Ain kejap then lepas solat maghrib, terus keluar rumah. Korang nak tau tak, aku gi mane? Heheheheh. Aku pegi HOTFM BIG JAM kat Dataran Shah Alam. Keje gile ok. Malas nak bersesak kat warehouse sale konon. Bersesak kat HOTFM BIG JAM ni tak per pulak. Nasib baik mak aku bagi aku pegi tapi, dengan syarat adik aku ikut sekali. Kalau adik aku tak ikut, lepas tu aku nak tido kat rumah Ain pun memang mak aku tak bagi. Mak aku ni pantang sikit kalau aku tido rumah kawan. Tatau lah sebab ape.


Lepas dah parking kat SACC Mall, menapak lah we all ni dalam hujan. Sanggup weh nak tengok konsert dalam hujan. Semangat giler. Masa sampai kat tapak konsert tu, dah ramai dah orang siap ngan payung semua. Aku masa tu bawak paying golf tu. Ramai betul nak menumpang. Almaklum je lah kan, payung besar. Hehehehe. Masa konsert start, hujan dah tak turun dah. So, tutup payung and enjoy the concert. Memula kate concert tu sampai pukul 12 tengah malam je. Mawi keluar pun dah pukul 12.45. Sheila On 7 keluar pukul 1 pagi. Habis konsert pukul 1.30 pagi.
Lepas habis konsert, gi ambik gambar ngan kereta HTFM MYVI ZOOMERZ. Tak dapat ambik gambar ngan artis and penyampai radio HOTFM, dapat ambik gambar ngan kereta HOTFM MYVI ZOOMERZ ni pun jadi lah kan. Sampai rumah pukul 2 pagi. Nasib baik bawak kunci rumah. Kalau tak, tak pasal-pasal je kena kejut mak aku suruh bukak pintu.




No comments: