Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 20, 2007

Meronggeng Adik Beradik

Bangun awal hari ni. Mood pun baik. Lepas mandi, terus mengadap mesin jahit sebab nak jahit baju adik aku yang dah lama tertangguh dek kerana tukang jahit ni tak der mood. Jangan memain tau. Nak menjahit ni pun kena ade mood. Kalau tak der mood, mau nye jahanam baju customer. Hehehe. Alhamdulillah, sebelum pukul 12 tengahari aku boleh siapkan 2 pasang baju kurung. Aku ni kalau rajin, sehari boleh siapkan 4 pasang baju. Kalau aku malas, 2 pasang pun kadang-kadang ambik masa sebulan nak siap. Huhuhuhu. Haru sungguh aku ni tau.


Lepas tu, lepak dalam bilik sambil layan DVD American Pie Band Camp. Suka tengok Band camp ni bukan ape, suka dengar lagu yang band tu main kan. Adik aku pun layan sekali. Lepas tu, tertido sampai petang. Bangun-bangun je dengar bunyi mesin rumput. Aku pun ingat abah aku dok tengah mesin rumpat keliling rumah. Tapi, bukan nye tengah mesin rumput. Sekali, tengah tebang pokok daaa. Dah bangun tu, lepak jap tengok tv pastu masuk bilik borak ngan adik aku lak pasal plan malam ni nak gi tengok wayang cite Puaka Tebing Biru. Kalau ikutkan semua setuju.


Masa aku dok tengah borak-borak ngan adik-adik aku, mak masuk ajak aku pegi klinik sebab mata abah aku tetiba pedih masa lepas tebang pokok. Selalu abah aku hati-hati sangat. Mesti pakai goggles kalau nak mesin rumput ke ape kan. Hari ni die tak pakai lah pulak. So, bersiap-siap terus bawak abah gi klinik. Aku masuk sekali dala bilik rawatan doctor tu. Menyampah betul aku tengok doctor tu. Dah lah tak friendly langsung. Sabar je lah tau.


Lepas tu, terus balik rumah, tolong mak aku masak mee goreng untuk makan malam. Masa aku tengah basuh pinggan, mak aku cakap kat aku kenape nak kena pegi tengok wayang malam ni? Kan boleh beli VCD. Aku pun cakap lah sebab cerita yang aku ngan adik-adik nak tengok ni cerita hantu. Tanak lah beli VCD kan. Mak aku pun balas balik, ooooo, yang hari tu tengok cerita Qabil Khushry Qabil Igam tu boleh pulak. Cerita tu cerita hantu ke? Huhuhuhu. Terkena aku sebijik.

Lepas makan malam, dalam pukul 9 malam terus ke OU sebab nak tengok wayang kat situ je. Gamble je pegi last minute tau. Kalau tak der tiket nasib lah kan. So, lepas dropkan Umar. Terus gi cari parking. Alhamdulillah, senang pulak cari parking. Lepas dah parking, masuk GSC. Sekali ade pulak tayangan pukul 10 malam. Panjang betul orang beratur. Lepas tayangan pukul 10, ade lagi tayangan pukul 12.45 tengah malam. Aku memang dah budget dah, kalau tak dapat tiket pukul 10 malam. Aku nak tengok pukul 12.45 tengah malam. Esok cuti. So, tak kisah lah tengok midnight pun kan.


Yang beratur nye adik aku Umar. Bile dah sampai kat kaunter, aku pun pegi lah kat die. Masa tu dah pukul 10.15 malam dah. So, aku tanya lah kat adik kaunter tu dah mula ke belum. Kalau dah mula aku tanak sebab aku ni memang pantang betul tengok wayang cerita dah start. Tak syok lah. Sekali die cakap tak start lagi. So, ambik lah tiket pukul 10 malam. Lepas tu, bergegas masuk wayang. Aku tengok cerita Puaka Tebing Biru ni banyak tengok di celah-celah tudung aku. Tak berani nak tengok jelas-jelas. Dasar penakut betul. Dah tau penakut, nak jugak tengok cerita ni.

Lepas habis tengok cerita Puaka Tebing Biru ni, Umar pulak komplen lapar. So, terus menghala ke KL. Hajatnye saje je nak jalan-jalan KL nak tengok lampu lah konon-konon nye. Tapi, Siti pulak teringin nak makan fries Mcd. So, terus menghala ke Jalan Pahang sebab kat situ ade Mcd. Ingatkan drive Thru je yang 24 jam. Rupa-rupanya Mcd tu memang 24 jam. So, we all pun masuk makan kat dalam lah.


Lepas makan, jalan-jalan ke Taman Tasik Titiwangsa pulak. Masa tu dah pukul 1 lebih dah. Orang pun tak ramai sangat. Memula ingat nak parking kereta tapi, tak jadi sebab diorang semua nak balik rumah. So, balik lah rumah. Sampai rumah dalam pukul 2 lebih. Bukan selalu boleh nak keluar sampai pukul 2 pagi ni. Kalau Umar tak ikut, jangan harap lah nak balik pukul 2 pagi. Pukul 10 malam mak aku dah bising suruh balik dah kalau Umar tak ikut. Meronggeng tak ingat adik beradik ni tau.

No comments: