Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 26, 2007

Shopping

Aku ingatkan hari ni kelas ngan mak aku tak der. Tapi, mak buat jugak kelas. Dah lah malam tadi balik rumah lewat. Hari ni kelas ade jugak. Ingatkan dah batal dah. Tak der makne nye batal ok. Uhuksss. Lepas habis kelas ngan mak aku, masuk dapur lak goreng cekodok ubi kentang. Adik aku ni kalau pekena cekodoj tiap-tiap hari ahad pun tak per. Muka pun dah macam kodok dah.

Lepas sarapan, lepak ngan Syida dalam bilik. Masuk hari ni dah seminggu jugak lah aku dok tido dalam bilik die. Bukan sebab ape, lepas tengok Puaka Tebing Biru tu kan, asal aku nak tido je, aku dok terbayang muka Puaka tu. Dasar penakut betul aku ni. Hahahahaha. Nasib baik Syida bagi aku tido bilik die. Kalau tidak, haru je tau.

Dalam pukul 10 lebih, siap-siap nak keluar. Memula gi hantar Syida kat Unitar. Pastu, pegi Subang Jaya pulak sebab nak gi tengok akuarium. Nak ganti akuarium kat rumah tu yang dah tak muat ngan ikan dah sebab ikan kelah kat dalam akuarium kat rumah tu banyak sangat. Lepas tu, abah suruh hantar die ke Hilton, PJ sebab die ade appointment. Ingatkan nak ajak aku ngan mak aku join sekali. Rupa-rupanya, abah pegi sorang je. Lepas tu, straight away to Unitar ambik Syida. Lepas tu, lepak restoran syed makan mee goreng satu share 3 org boleh? Hehehee. Bukan jimat tapi, masa tu tak terasa nak makan sangat.

Dalam pukul 2 lebih, terus gerak ke Hilton, PJ ambik abah aku then straight away ke Shah Alam sebab mak aku nak cari jacket. Aku yang cadangkan kat mak aku suruh beli jacket kat Butik BELLE, SACC Mall. Lawa jacket kat situ. Harga pun boleh tahan jugak. Sambil-sambil tu, tengok jugak kasut kat BELLE tu. Lawa jugak kasut kat BELLE tu. Lepas ni, kalau nak cari pump shoes memang akan aku beli kat BELLE je. Harga pun murah je.

Lepas dah settle ngan jacket, gi makan pulak kat Pizza Hut. Lepas makan, balik rumah. Sampai rumah, lepas solat Zuhur masing-masing tido sampai tak sedar abang sulung aku balik. Masa mak kejut pukul 6 lebih tu baru terkocoh-kocoh nak solat asar. Then, gi jumpa abang aku yang dah nak balik dah time tu.

Malam pulak, abang aku yang nombor dua pulak datang. Dok melayan anak buah aku je lah belah malam. Becok betul mulut die. Ade pulak, mak aku pakai baju kelawar, die kate ape tau. Ape ni wan ni, akai aju ibu lak? (Ape wan ni, pakai baju ibu lak?) sabo je lah aku tau. Die ingat ibu die je ade baju kelawar gamak nye.

No comments: