Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 28, 2007

6 Weird things

Aku telah di tagged oleh seseorang. Huhuhuhu. Sebenarnya, aku ade banyak weird things tau dalam diri aku ni. Tapi, dah mintak 6, aku bagi 6 je lah kan.

Rules of the game: Each player of this game starts out by telling 6 weird things about themselves on their own blog, as well as state the rules clearly. At the end, you will need to choose 6 people to be tagged and list out their names. After you do that, leave them a comment on their blogs letting them know you tagged them.

1. Aku ni jenis tak makan taugeh tau. Segala makanan yang ade taugeh aku akan reject. Selalunye, mee hoon lah kan yang ade taugeh. Memang aku akan reject bulat-bulat. Tapi, kalau kat dalam popiah aku makan pulak. Yer lah, takkan aku nak buang taugeh tu pulak kan. Kesudahannye, makan popiah kosong. Huhuhuhu. weird kan aku?

2. Aku ni jenis pantang nampak buku cerita atau buku motivasi baru keluar kat kedai buku. Tak kira lah sape penulis nye, aku akan beli. Sedangkan ade berlambak-lambak lagi buku cerita kat rumah yang aku tak habis baca lagi. Yang tak bukak plastik nye pun ade jugak kat rumah tu.

3. Aku kalau beli buku kat kedai buku kan, buku tu memang berbalut dengan plastik kan. Aku akan marah gile kat adik-adik aku yang sesuka hati je bukak pembalut buku tu tau. Aku suka kalau aku jadi orang pertama yang bukak pembalut buku tu. Bukan setakat buku je. Ape-ape benda yang baru beli kalau ade pembalut plastik, aku nak jugak jadi orang pertama yang bukak. Baru aku rasa puas hati.

4. Kalau aku masuk bilik air waktu siang sekalipun, aku akan tetap nak pasang jugak lampu bilik air. Tatau kenape. Padahal dah sah-sah lah siang kan.

5. Aku tak boleh tido tanpa selimut. Tak kira lah panas ke sejuk ke aku mesti nak jugak ade selimut. Kalau tak der, memang tak boleh tido. Selimut tu kalau selimut kaki aku pun tak per janji ade selimut.

6. Aku ni kalau tengok cite best kat wayang and cerita tu pulak memang best. Aku sanggup tengok cerita tu berulang kali kat panggung wayang. Tapi, tu dulu lah. Skrg ni dah jarang dah aku buat. Baik beli DVD je kan kalau nak tengok banyak-banyak kali.


Aku tatau nak tag sape lah sebab kebanyakannye dah buat dah tangging games ni. So, sesape yang baca post ni, di persilakan lah ek buat.

No comments: