Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 13, 2007

Cuti-Cuti Pangkor

Hari ni aku nak update pasal cuti-cuti pangkor. Dah lama bertangguh. Nak update kat rumah, internet connection kat rumah tak betul. Ingat nak terminate je TMNet Streamyx tu. Nak daftar masuk Maxis Broadband je. Tapi, tatau lagi lah camane kan. Semalam dah try dah guna modem abang aku. Ade je maxis broadband kat sungai buloh. Ok, enuff on internet connection. Kiter berbalik pada cuti-cuti pangkor pulak.


Selasa

Pagi-pagi dah bangun sebab abah bagitau nak kena keluar rumah pukul 7 pagi sebab nak kena sampai Lumut around 10 lebih. Nak sarapan kat rumah pun memang tak sempat lah. We all gi Lumut ikut jalan Kuala Selangor. Dekat sikit kalau nak dibandingkan ikut highway. Masa on the way tu singgah breakfast kat atas sikit dari Bagan Datoh. Tak ingat dah ape nama R & R tu. Lepas makan, teruskan perjalanan ke Lumut. Sampai Lumut, abah drop we all kat Jetty then abah pegi parking kereta. Lepas tu, kena pulak tunggu bas rombongan yang bawak staff abah aku. Lepak punya lepak, diorang pun sampai dengan satu bas. Kakak ipar aku siap bagitau aku, Nina, staff abah muda-muda lah. Muahahahaha. Sabo je lah kakak ipar aku ni tau. Tak kuasa tau.




Lepas tu, lepak lagi sementara tunggu diorang breakfast lak. Lepas je diorang breakfast, terus angkut beg pegi ke jetty sebab nak naik ferry lak ke Pangkor. Bile ferry dah gerak, aku rasa cam mabuk lah pulak. Sabo je lah aku tau. Selalu tak pernah lak aku mabuk laut. Selalunye, aku steady je. Alahai, kacau betul lah. Nasib baik naik ferry sekejap je. Dah sampai kat Pangkor, dah ade dah van menunggu nak bawak we all ke tempat penginapan. We all stay kat Puteri Bayu Beach Resort.

Masa we all sampai kat resort tu, siap diorang main kompang ape semua. Anak buah aku lak, bile dah dengar kompang, dok tanya aku, mane pengantin? Sabo je lah aku tau budak kecik ni. Masa sampai tu dah masa untuk makan tengahari dah pun. Tapi, we all decide nak gi letak beg dulu kat dalam bilik. Masa sampai bilik tu sempat lah snap-snap gambar bilik. Dah tak der keje dah gamaknye. Hehehehe.





Lepas makan tengahari, we all menidurkan diri dengan jaya nya. Sebelum tu, abah dah sms suruh siap-siap pukul 4 petang sebab nak pegi round Pangkor Island. Aku ingat pegi round Pangkor Island naik boat. Rupa-rupanya round Island naik van je. Memula ingatkan malas nak pegi. Tapi, pegi lah jugak sebab bile lagi nak pegi kan. Orang van tu bawak we all pegi beli satay ikan and pegi Kota Belanda. And berenti kat Pantai ape tah. Tak ingat ah nama die. Siap lalu Satu tempat tu nama Teluk Dalam. Terus teringat kat cerita Puaka Tebing Biru Tau. Haru betul aku ni tau. Huhuhuhu.





Lepas dah habis round island, balik semula ke resort. Ingatkan sempat lah nak berendam dalam swimming pool. Sekali tengok dah pukul 6 lebih. So, ambik keputusan lepak-lepak tepi pantai je lah. Ingat nak buat sand castle, sekali tak der alat lah pulak. So, main-main air je lah. Sila ignore kaki aku yang tembam tu ok. Huhuhuhu. Lepas dah puas main air laut, terus balik ke chalet untuk siap-siap makan malam pulak.






Malam lepas dinner tak der aktiviti sangat pun. Lepas dinner, lepak kat buaian yang dekat sebelah swimming pool kejap. Then, balik chalet sebab nak tengok citer Natasha. Lepas tengok Natasha, sambung tengok cite Farra. Lepas tu lak, sambung tengok Datin Diaries lak. Lepas tu baru masuk tido.


Rabu

Bangun pagi ni pegi breakfast dulu pukul 7.30 pagi. Lepas breakfast, aktiviti terjun swimming pool. Masa we all tengah swimming tu, nampak Kak June, kakak yang buat team building tu nak masukkan itik kat dalam swimming pool. Aku pun offer lah nak tolong letak ke tengah sikit itik tu. Kat badan itik tu ade clue yang peserta team building kena kumpulkan sebab diorang ade explorace kan. Kelakar sungguh lah diorang. Diorang kena masuk dalam kolam tu untuk dapatkan itik tu. Memang sporting habis lah.

Lepas dah habis swimming, nak masuk bilik pulak. Sekali, diorang tengah kemas bilik. So, tak tau nak tuju ke mane. Terus tuju ke laut. Dah lah masa tu dah pukul 11 lebih. Takut benar aku kalau kena sun burn tau. Masa tu tak mandi laut pun. Just main pasir je. Lepas dah puas main pasir, terus balik bilik.


Ada gaya Malaysia Next Top Model tak anak buah aku ni?

Lepas makan tengahari, balik bilik dan tido dengan jaya nya. Then, bangun pulak pukul 3 lebih sebab nak gi round island naik boat pulak kali ni. Tak puas aku tido tau. Tapi, kena jugak bangun. Sungguh lah tak best tau. Tunggu punya tunggu, abang boat tu pun sampai. Masa aku nak naik bot tu kan, aku tersilap langkah. sabo je lah aku tau. Terus terpeleot kaki aku ni. Huhuhuhu. sakit tau. Nasib baik staff abah aku tak der tau. Kalau tidak kan, buat malu je tau. Dah lah jatuh cam nangka busuk. I malu you. Muahahahaha. Sampai skrg ni kaki aku bengkak tau. Masa naik bot tu, aku ni dah mabuk dah. Yaya anak buah aku tu boleh pulak selamber je die minum susu. Kalau aku tu dah muntah dah tu. Tahan lak die minum susu. Huhuhuhu.





Lepas abang tu dah bawak we all gi round beberapa island, die stopkan we all kat satu pulau ni. Nama pulau tu Pulau Giam. Die suruh we all mandi manda dulu kat Pulau ni before die bawak we all gi kat tempat snorkling tu. Lepas dah mandi manda nak dekat sejam, abang tu ambik we all balik then gi kat tempat snorkling pulak. Banyak betul lah ikan kat sini. Geram ok. Tapi, sad to say yang aku tak turun pun snorkling. memula, aku dah turun dah untuk snorkling. Tapi, bile dah turun tu aku rasa cam sesak nafas. terus aku naik bot balik. Tengok ikan dari atas bot je lah ek. Yang turun, abang aku ngan adik aku jek. Rugi je rasa tau.








Lepas dah habis snorkling, terus balik ke Puteri Bayu. Sambung lak mandi kat swimming pool. Nak dekat pukul 7 baru balik chalet. Siap-siap sebab dinner pukul 7.30 malam. Lepas dinner, join peserta team building dalam dewan. Kalau balik bilik pun tak der ape nak buat. Lepas dah habis team building, balik bilik and tido.


Ahad

Hari ni pagi-pagi lagi abah dah balik ke Lumut sebab abah ade meeting kat Batu Gajah. We all balik sekali ngan staff abah tengahari. Tak der ape aktiviti sangat melainkan pegi shopping sikit-sikit kat kedai depan Puteri Bayu ni. Lepas tu, balik makan tengahari. Lepas lunch, balik bilik and kemas-kemas ape yang patut dan dah tiba masa untuk balik ke Lumut. Alahai, malas betul lah. Esok nye dah kena keje.



Sekian sahaja lah ek update aku kali ni.

No comments: