Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, March 02, 2007

Fikir-fikirkan

Semalam, aku balik dari keje je, bawak lah mak aku gi beli lauk kat kedai sebab stock lauk dalam peti ais dah habis dah. Masa on the way nak gi kedai tu, mak aku pun bukak lah satu cerita. Cerita ni pun helper kitorang lah yang cerita kat mak aku. Helper aku ni, orang Indonesia. Tapi, dah lama lah dok kat sini dan dah lama jugak lah keje ngan kitorang. So, memang die dah biase dah kan.

Helper we all ni ade lah kakak ipar dok sekali ngan die. Kakak ipar die ni keje kat rumah yang selang sebuah rumah dari rumah aku. Kakak ipar die cerita lah kat die yang tuan rumah tu suruh die buat keje and tak bagi die makan langsung. Dah lah keje start daripada pukul 7.30 pagi sampai pukul 3.00 petang. Penat tau kalau tak makan. Mane nak dapat tenaga. Betul tak? Aku kira jiran aku ni memang tak berperikemanusiaan betul lah kan. Aku tatau lah jenis orang yang camni. Tak der hati perut gamak nye. Helper we all ni, memang dah biased ah ngan we all. Ape yang aku satu keluarga makan, itu jugak lah yang die makan. Kalau mak aku tak masak, mak aku benarkan die masak. Kesudahannya, kakak ipar die tu kena lah makan dulu sebelum gi keje kat rumah jiran aku tu. Tapi, makan awal pun mane nak tahan kan sampai ke petang.

Kalau driver pun same. Misal kate pegi outstation, ape lah salah nye boss-boss tu ajak sekali driver tido kat dalam bilik hotel. Ni tak, biar je driver tido dalam kereta. Aku pun pelik jugak bile abah aku kate memang tak der peruntukan bilik kalau driver bawak boss pegi outstation. Abah aku cerita hari tu die ajak driver die tido dalam bilik hotel sekali ngan die bile dapat tahu driver tu nak tido dalam kereta. Aku bukan nak kate abah aku bagus ke ape. Tapi, diorang kena fikir jugak lah kan. Misal kate, driver tu tido dalam kereta kan, dah sah-sah lah dalam kereta tu tak selesa kan. Sakit wooo badan tido dalam kereta. Esok nye pulak driver tu nak kena drive ke sane ke sini kan. Ape salah nye bagi tempat tido yang selesa untuk driver tu kan. So, sesape di luar sane yang makan cili, fikir-fikirkan lah ek.

No comments: