Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, March 04, 2007

Jalan-Jalan Tengok Movie

Pagi ni bangun awal pagi then siap-siap sebab nak gi Klinik gigi Sharifah sebab nak gi cabut gigi dan kebetulan pulak adik aku ade appointment ngan doktor. Masa aku sampai tu, tak der orang lagi kat klinik. Aku masuk dulu dalam bilik doktor sebab adik aku punya appointment pukul 10.30 pagi. Lepas aku dah keluar dari bilik doktor, aku sms siti tanya die bertolak dari Kuala Selangor pukul bape? Sekali, die terus call aku dari rumah bagitau yang die dah sampai. So, aku pun bagitau die suruh die siap-siap sebab aku nak bawak die keluar. Huhuhuhu. Tak der plan pun sebenarnya nak keluar. Mulut aku ni saje je gatal mengajak die keluar.

Masa dah sampai kat rumah, lepak ngan Siti kat dapur and borak-borak kejap. Then, masuk bilik tanya Umar pulak sama ada die dah tengok Norbit ke tak? Die jawab belum tengok lagi. Then, die tanya aku, nak tengok Norbit ke? Aku tak jawab ape pun lagi terus die kate nak ikut. Sabo je lah aku tau. See, tak der plan pun nak tengok wayang tau. Lepas tu, suruh atok aku bersiap sebab nak hantar atok aku gi rumah Mak Long kat Kampung Baru. Lepas tu, ambik Syida kat Klinik. Lepas tu, terus menghala ke KL.

Pegi rumah Mak Long dulu and drop atok aku kat situ. We all meneruskan perjalanan ke Kelana Jaya sebab nak hantar Syida. Lepas hantar Syida, masuk cc jap sebab nak check email. Internet kat rumah aku rosak. Lepas sejam kat cc, terus menghala ke OU sebab aku tengok website GSC bagitau cerita Norbit ade pukul 4 petang kat OU. Umar drop aku ngan Siti kat entrance GSC tu then die cari parking. Aku cari tiket. Nasib baik ade tiket masa tu sebab masa aku beli tiket, dah pukul 3 lebih dah.

Lepas tengok wayang, pegi kedai craft sebab Siti nak cari barang. Masa tu pulak dapat call dari mak aku suruh balik sebab abah nak belanje makan. Bile aku tanya, mak kate surprise. Ape lah yang surprise sangat tu ek? Masa dah keluar dari parking tu pun dah pukul 6 lebih. Sampai rumah, abang farid and kak ros pun ade sekali. Borak-borak kejap. Lepas solat, gi Kelana Jaya ambik Syida. Then, terus menghala ke Mcd Shah Alam. Abah dapat voucher Mcd masa main golf siang tu. Tu yang die ajak gi makan Mcd. Sabo je lah aku.

Balik rumah dalam pukul 11 lebih.

No comments: