Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 06, 2007

Mari Belajar Buat Cekodok Kentang

Post aku minggu lepas, aku cerita pasal asal pagi hari minggu je aku satu family mesti makan cekodok sebab adik aku yang bongsu tu memang hantu cekodok kentang. Gile kentang lah dalam erti kata lain. Hehehehe. ade org tanya aku, ape rasa cekodok kentang tu? Camane nak buat cekodok kentang tu? So, kat bawah ni aku ajar step by step ek camane nak buat cekodok kentang tu. Senang jek.



Tepung Gandum



3 Biji Ubi Kentang. Kalau nak lebih pun boleh. Ikut suka lah kan.



3 Biji Ubi Kentang tu, potong dadu camni ok.



2 Biji Telur



Pecahkan 2 bijik telur tadi dalam bekas.



Pastu, kacau telur tu.



Masukkan 2 sudu kecil gula.



Masukkan satu dudu kecil garam.



Pastu, masukkan air satu cawan.



Masukkan ubi kentang yang dah di potong dadu tadi ke dalam bekas yang berisi telur.



Lepas tu, masukkan tepung gandum.



Lepas masuk tepung gandum, kacau rata ok.



Lepas dah kacau rata, masukkan sedikit air panas ok. Ni petua mak aku tau kalau masak cekodok. Kalau nak bagi lembut cekodok tu, kena guna air panas. Tak boleh guna air biase yang tak panas ok.



Lepas tu, kacau sampai tepung gandum tu tak berketul ok.



Ini lah rupa cekodok yang dah di bancuh.



Pastu, boleh lah di gorengkan ek bancuhan cekodok tu.



Cekodok yang dah ade kat dalam kuali.



Cekodok yang dah siap. Kalau nak lagi sedap, cicah dengan cili sos panas-panas ok.


Selamat mencuba ek. Kalau letak kentang lebih sedap tau. Hehehehe.

No comments: