Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 14, 2007

MUKHSIN




Semalam aku EL sebab pegi hantar sepupu aku kat KL Sentral sebab die nak gi London makan angin ngan kawan-kawan die. Seronok weh pegi London. Murah lak tu flight tiket sebab die beli from Japan and transit kat Malaysia. Pegi pulak 2 minggu. Best best. So, bile dah EL, tanak sia-sia kan EL ni, adik aku terus buat cadangan die yang amat bernas tu untuk tengok wayang. So, pegi lah kami tiga beradik tengok wayang citer Mukhsin. Asalnye, memang tak der plan langsung nak tengok citer Mukhsin. Siti lah yang sms aku ajak aku pegi tengok Mukhsin.

Masa aku sampai GSC Midvalley tu, sikit punya ramai orang dok beratur. Ingatkan bile pegi masa working hours ni tak lah ramai orang. Lupa pulak yang skrg ni tengah cuti sekolah. So, dapat beli tiket pukul 2.15 petang. Cerita die ok lah kan. Tapi, agak slow lah die punya cerita. Nak ulas lebih-lebih aku tak reti. Lepas tengok wayang, masuk Jusco sebab nak solat. Lepas tu, gi Kenny Roger's untuk mengisi perut. Lepas tu, masuk Jusco balik sebab nak gi toilet. Bukan lah kat luar tu tak der toilet. Tapi, toilet yang kat luar tak der air. Iskkk, tak kuasa aku nak pegi toilet tu. Aku lebih rela pegi toilet Jusco sebab kat toilet jusco ade air. Huhuhuhu.

Tengah jalan-jalan kat dalam Jusco terjumpa lak sorang member masa aku sekolah rendah. Aku tepuk die dulu. Nasib baik die pun ingat muka aku ni haaa. Nampak sangat lah muka aku ni memang tak berubah. Rindu gile kat member-member aku masa sekolah dulu. Bile lah agak nye boleh jumpa-jumpa lagi ek. Nanti lah kena arrange reunion ah.

Lepas dah habis segala urusan kat Midvalley, terus balik rumah. Malam tu pulak tengok diari AF. Setakat ni aku tak der lagi lah pelajar yang jadi favourite aku. Tapi, adik aku dah start nak minat kat Dafi sebab Dafi tu cute. Dafi memang tak dinafikan memang cute dan adik aku kate, mintak-mintak lah suara Dafi tu sedap. Jangan nak harap muka je cute tapi suara hampeh. Ahakssss.

No comments: