Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 15, 2007

Nasi Dagang & The Pursuit of Happyness

Semalam balik dari keje, terus balik rumah. Selalunye, kalau hari selasa, aku balik lewat sikit sebab ade kaunter PLK. Tapi, semalam tak tahan punya pasal. Aku balik awal ke rumah. Nak tau tak aku tak tahan sebab ape. Sebab ni lah :




Kuat betul godaan nasi dagang ni tau. Sampai terbau-bau kat ofis aku. Haru sungguh aku ni lah. Mak aku masak nasi dagang semalam sebab abang aku buat makan-makan kat ofis die. Kalau sesaje nak buat nasi dagang memang tak buat lah kan. Sedap sungguh nasi dagang ni. Dah lama betul aku tak makan.



Nak tanya ni, u all semua dah pegi tengok The Pursuit of Happyness tak? Kalau belum, pegi lah tengok. Memang sedih sangat tau. Cerita ni memang menyayat hati sangat tau. Memang realiti kehidupan manusia, masa bercinta dulu, berjanji sanggup susah senang bersama. Tapi, bile dah kawin dan dah ade anak, susah sikit je, terus tinggalkan suami atau isteri. Part yang paling sedih ialah masa Chris bawak anak die tido kat dalam tandas sebab diorang kena halau dari rumah sewa sebab Chris tak mampu nak bayar sewa rumah. Dah lah ek. Aku tanak citer lelebih. Kalau nak tahu, pegi tengok ek kat pawagam. Aku tengok DVD je. Huhuhuhu. Tak menyesal lah kalau korang pegi tengok.

No comments: