Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 28, 2007

Stomp The Yard


Semalam aku EL sebab nak pegi hantar kawan aku Yana kat KLIA. Memula ingat nak half day tapi, aku rasa mesti tak dapat punya lah sebab flight die pukul 4.30 petang. Dalam pukul 1 lebih nak kena ade kat sane dah. Ofis aku ni kalau nak half day kena keluar lepas pukul 3 sebab nye half day di kira 2 jam je. So, semalam aku EL dengan jaya nye. Tapi, tetap kuar rumah pagi. So, aku dah sampai Shah Alam, aku pun call lah Iera. Ingatkan die kat ofis. Rupa-rupanya die pun EL gak. Sampai EL ek ko gi tengok konsert 3 dive. Sabo je lah aku. So, aku dengan pantasnye ajak die teman aku ke KLIA sebab aku tak der kawan nak gi sane. Sementara nak tunggu ke KLIA tu, aku lepak dulu kat rumah Iera.

Pukul 1230 terus gerak ke KLIA. Sekali, masa dah sampai KLIA, husband Yana bagitau yang diorang dah tukarkan flight diorang ke pukul 5.55 petang. Adoiiii, takkan lah nak tunggu kat KLIA lama-lama kan. So, dalam pukul 2.30 petang aku mintak diri nak balik kat family yana. Sedih jugak lah nak berpisah ngan Yana. Tapi, aku tak menangis lah. Nak menangis ape nye kan kalau dah nak berpisah tu si Yana tu boleh pulak buat lawak.

Lepas tu, terus ke OU. Aku yang cadangkan kat Iera nak gi tengok wayang. Tapi, tatau lagi nak tengok cite ape sebenarnya. Bile dah sampai GSC, aku cadangkan kat Iera nak tengok citer Mr. Bean. Tapi, Iera cam tak suka. Die terus cadangkan tengok cite Storm The Yard. memula aku keberatan jugak nak tengok cite tu. Tapi, ikutkan jugak lah. Nasib baik cite tu best. Huhuhuhu. Tak sesia Iera ajak aku tengok cite tu. Cite die lebih kurang cam Bring It On jugak. Yang membezakan kedua cerita ni ialah Bring It On cite pasal Cheer Leaders. Stomp The Yard pulak cite pasal Bebudak Kulit Hitam yang teramat gile ngan Step dancing. Best giler cite. Rasa nak tengok lagi sekali cite ni. Ahakssss. Tapi, memang aku akan beli punya lah DVD cite ni. Nak tengok puas-puas kat rumah.

No comments: