Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, April 03, 2007

Ceritera Hari Minggu

Alahai, lama benar aku tak update blog ni. Sape yang masuk blog aku ni mesti kecewa. Ahaksss. Macam la hade org nak baca blog aku ni dok? Hehehehe. Actually, aku tak suka orang masuk blog aku tapi, blog aku tak berupdate. Memang aku nak update sangat-sangat blog aku ni. Tapi, idea tak der lah nak update.

Kat sini, aku nak cerita lah pasal exam aku hari tu. Exam aku tu, actually, senang sangat-sangat. Tapi, saje je nak menggelabah. Sabo je lah aku. Mintak-mintak lulus lah exam aku tu. Penat lah nak repeat-repeat ni. Malas dah nak menggelabah. Ahaksss.

Sabtu

Hari minggu aku pulak tak der ape yang menarik. Hari sabtu aku pegi kenduri kawan adik aku kat Seremban 2. Kenduri nye kat Seremban 2, tapi, sesatnye sampai ke Bandar Seremban. Aku tak pernah lagi bawak kereta sendiri kat Seremban tu. Mane lah aku tau kan. Map nye pun salah. Lagi lah aku sesat. Nasib baik tak sesat sampai Mantin tau. Lepas dah tanya orang baru lah selamat sampai ke rumah pengantin. Masa sampai rumah pengantin tu, pengantin perempuan tengah tunggu pengantin lelaki. So, sempat lah jumpa pengantin. Lepas makan and ambik gambar, terus balik KL. Memula ingatkan nak jugak singgah PD. Tapi, disebabkan jalan yang memang jem teruk, we all pun terus membatalkan hajat hati nak gi PD. Terus lah we all balik KL. Lagi pun, kan public holiday hari sabtu hari tu. Mesti penuh punya lah PD tu.

Sampai KL dalam pukul 3 lebih and terus hantar kawan adik aku kat KL Sentral. Lepas tu, we all terus balik Sungai Buloh. Sebelum tu sempat singgah the store sebab adik aku nak cari DVD. Tapi, DVD yang adik aku cari tak der pulak. So, beli roti boy je and terus balik rumah. Sampai rumah, dah flat dah masing-masing. Lepas solat, terus tido tak ingat punya lah sebab keletihan. Bangun-bangun dah malam. Nasib baik sempat solat Maghrib. Tu pun dah hujung-hujung. Lepas solat, terus mengadap tv sebab nak tengok persandingan Cari Menantu. Sambil-sambil tu nak tengok jugak Diari Akademi Fantasia Khas. Ape lah ek cerita nye? Rupa-rupanya yang khas tu sebab they all sambut maulidur rasul.

Aku tak sangka ok Danial and Adawiyah yang menang Cari Menantu tu. Aku ingatkan Lotfi ngan Sarah. Setahu aku lah kan, Lotfi ngan Sarah ni cam peserta favourite lah jugak. Tapi, rezeki orang kan sape nak tau. Anyway, Congratulation Danial & Adawiyah. Lepas tengok Cari Menantu, sambung pulak tengok cerekarama. Mata ni tak boleh nak lelap. Tu yang sambung tengok cerekarama tu. Maybe sebab dah banyak tido petang tadi.


Ahad

Breakfast hari ni aku ajak mak, abah ngan adik-adik aku gi makan kat kedai mamak. Memula mak aku suruh goreng cekodok je. Tapi, aku malas. Ahaksss. So, breakfast kat kedai mamak je lah. Balik dari breakfast pukul 10 lebih. Mak terus masak untuk lunch. Aku anak yang bertuah ni dok melepak dalam bilik baca buku. Tak per lah, hari minggu adik aku yang dok kat Kuala Selangor tu ade kat rumah. Biar die lah yang tolong mak kat dapur. Ahakss. Macam lah hari biase, aku tolong mak kat dapur.

Menjelang tengahari, aku prepare lunch pulak. Tapi, masing-masing tanak makan lagi sebab still kekenyangan. So, makan lah aku bertiga ngan mak and adik aku. Lepas makan, mengadap tv sebab nak tengok Konsert AF yang hampeh. Konsert AF ni, kalau tak tengok pun tak per. Tak rugi pun. Tak best langsung student punya performance. Bebudak ni kat dalam akademi tu belajar ke tak? Kalau belajar, awat lah tak keluarkan ape yang diorang dah belajar kat dalam konsert tu?

Lepas tengok konsert AF, sambung tengok Di Sebalik Tabir Jangan Pandang Belakang. Seram betul cerita ni. Kawan aku pun cakap cerita ni seram. Aku ni pun harap siang je lah kalau nak tengok pun. Kalau Di Sebalik Tabir ni belah malam, harap maaf lah aku takkan tengok punya lah. Lepas tu, terus siap-siap nak gi ambik baju kat kedai dobi lepas tu straight ke rumah Kak Ija. Sampai rumah die nak dekat maghrib. Lepak-lepak and borak-borak, pukul 8 lebih baru balik. Sampai rumah, lepak dalam bilik adik aku sambil buat spotcheck. Ahaksss. Spotcheck lah sangat. Padahal bukan spotcheck pun. Saje je masuk bilik die borak-borak.

Lepas tu, aku masuk bilik aku and menidurkan diri. Penat sehhh.

No comments: