Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 18, 2007

Lawatan, VCD & Handbags

Semalam pagi-pagi lagi aku dah melangut kat ofis. Aku antara yang paling awal sampai sebab pagi semalam seramai hampir 20 orang wakil ofis aku nak melawat ke U*TM Seri Iskandar, Perak. Yer-yer je janji pukul 7.30 bas akan sampai kat bus stop HEP. Tapi, hampeh. Macam-macam je alasan diorang bagi. Bas rosak lah. Driver tak der lah. kesudahannye, pukul 9 pagi baru gerak ke U*TM Perak dari Shah Alam. Sabo je lah aku tau. Sampai kat U*TM Perak dalam pukul 12 lebih. Sepatutnya, pukul 10 boleh sampai dah. Huhuhu. Terus di bawa makan tengahari. Lepas makan tengahari, PM Nazri bagi taklimat kualiti. Aku memang respect habis lah kat U*TM Perak ni. Memang bagus lah diorang punya kualiti ngan ISO nye lah ape lah kan. U*TM Perak ni dapat Anugerah Perdana Menteri 2006. Tempat pertama kalau tak silap aku.

Lepas taklimat, we all di bawa pulak untuk taklimat pengendalian peperiksaan. Pengendalian peperiksaan kat sane same je cam Shah Alam. Lepas taklimat, minum petang. Lepas minum petang, terus balik ke Shah Alam. On the way balik tu, singgah Bidor rasa nye beli jambu. Masa balik tu, ade lah ole-ole diorang bagi labu sayong. Aku tengok labu sayong ni, terus teringat cerita Jangan Pandang Belakang. Kat dalam citer tu kan ade labu sayong. Haru sungguh aku ni tau.


Sampai Shah Alam dalam pukul 8 malam. Lepas tu, terus ke Kelana Jaya fetch adik aku. Lepas tu, straight away balik rumah sebab tak sesabo nak tengok mak beli ape untuk we all kat Jakarta. Mak aku beli VCD cerita indonesia kat Bandung. Murah giler mak aku kate kat sane. VCD ni bukan yang cetak rompak tau. VCD ni yang original punya tau. Giler ah. Mak aku cakap, yang tak original lagi lah murah banget. Huhhuhuhu. RM1 pun boleh dapat. Tapi, masa mak aku beli tu, diorang tengah buat serbuan. So, mak aku tak beli lah. Semalam sempat lah aku tengok cerita Mendadak Dangdut. Sedih sehhh citer die. Menangis aku.



Semalam, masa dengar taklimat kualiti tu baru aku perasan, tali handbag aku nak terputus dah. Cam tau-tau je aku akan dapat handbag baru. Ahaksss. Kan aku ade cakap yang aku kirim kat mak aku suruh beli handbag. Mak aku beli handbag untuk aku. Hehehehe. Yang hitam tu aku suka. Yang bawah tu aku tak berape nak suka sangat sebab cam orang tua. Ahaksss. Mak aku kate, kalau nak yang tak macam orang tua, pegi sendiri ke Bandung. Ahaksss. Kena kumpul duit ni nak shopping kat Bandung. Tempat tinggal dah ade dah. Yana, ko sudi tak terima kedatangan akak ko ni? Hahahaha.


No comments: