Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, April 13, 2007

Makan, Makan & Makan

Pagi ni pukul 5 pagi lagi aku dah bangun siapkan makanan untuk atok aku. Kalau atok aku takde kat rumah, aku tak masak pun. Pepandai lah adik aku kat rumah tu nak makan ape. Tapi, disebabkan atok aku ade kat rumah, kena lah masak jugak. Karang tak pasal-pasal ade orang kate aku abaikan atok aku pulak. Nasi aku dah masak malam tadi sebelum tido. Bahan-bahan untuk masak pagi ni pun aku dah sediakan sebelum tido. Bangun tinggal nak tumis ape-ape yang patut je. Tak yah lah ek korang tanya aku masak ape. Simple je aku masak. Yang penting sedap (Waaaaa, masuk bakul angkat sendiri ni). Selalu, mak aku ade, semua mak aku buat. Tak der nye aku nak masuk dapur pepagi buta nak masak. Camane lah ek kalau aku dah kawin nanti? Kebulur suami aku karang.

Malam semalam aku tak masak pun sebab ade pasar malam. Aku cuma beli lauk je untuk atok aku. Nasi dah ade kat rumah. Adik beradik aku pun pakat beli kat pasar malam. Actually, atok aku ni cerewet bab makan-makan ni. Tapi, ngan aku, makan je lah ek ape aku masak. Sedap ke tak sedap bantai je lah ek. Atok aku, kalau makan, hari-hari nak kena ade kari. Cam family aku, tak kisah pun makan ape. Janji makan je.

Pernah satu hari ni, atok aku marah mak aku sebab masak simple giler bagi abah aku makan. Ade lak atok aku cakap mak aku masak untuk abah aku cam masak untuk bagi makan kuli. Sabo je lah aku tau. Atok aku bagitau mak aku, kalau Tokde aku masak, mesti ade santan. Mak aku bukan tanak masak lauk yang berasaskan santan. Tapi, mengenangkan yang abah aku ade jantung ngan diabetes, kena lah jaga kan. Bile mak aku tunjuk ubat abah aku satu beg, baru lah atok aku senyap. Sabo je lah aku tau. Dah lah aku masa tu tengah tido. Terkejut beruk aku dengar atok aku marah mak aku. Lepas daripada tu, atok aku tak kisah dah makan ape pun. Ape yang mak aku masak, semua die makan. Tapi, kalau masakan tu ade santan lagi lah berselera.

No comments: