Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, April 12, 2007

Tatau Nak Letak Tajuk Ape

Penatnye hari ni. Masa bangun pagi tadi rasa cam malas nye lah nak gi keje. Tapi, terpaksa jugak gagahkan diri untuk bangun bile memikirkan keje kat ofis yang berlambak tak habis-habis tu. Tension nye lah weh. Penat semalam tak habis-habis. Terbawak-bawak sampai ke hari ni.

Semalam aku balik keje awal sebab aku dah janji nak bawak mak gi HUKM sebab nak melawat kawan mak aku yang aku sendiri dah anggap cam makcik aku lah kan. Mak aku nak melawat kawan die tu sebab hari ni kawan mak aku tu nak operation jantung. Dah agak lama jugak lah tak jumpa ngan kawan mak aku tu. Ade lah nak dekat 4 tahun tak jumpa. Nasib baik jugak boss aku bagi aku ambik half day.

Aku balik tu, ambik mak aku kat rumah dulu. Sempat lah lepak baring-baring sampai lah lepas asar baru gerak ke ofis abah aku kat KL. Bile abah aku dah turun tu, aku parking kereta aku kat tempat parking kereta abah aku. Pegi HUKM naik kereta abah aku je. Malas nak bawak banyak-banyak kereta. Minyak skrg ni dah lah mahal. Alasan je tu. Padahal malas nak drive. Lepas tu, straight ke HUKM. Alhamdulillah, traffic pun smooth je. Kereta banyak tapi, moving lah. Aku paling lemah kalau jalan jammed ni. Buat mengantuk aku je nak bawak kereta.

Lepak kat HUKM sampai pukul 7. Lepas tu, Syida sms yang die dah ade kat KL Sentral. So, mak aku ajak abah aku sembahyang maghrib kat KL Sentral sebab lepas tu nak gi Midvalley sebab mak aku nak cari kasut. Masuk surau nampak adik aku. Bile bagitau die, mak nak cari kasut Scholl, die terus suruh mak aku cari kasut kat Giant Kelana Jaya sebab kat situ banyak choices. Kat tempat lain tak banyak choices kate nye. So, lepas dah solat Maghrib kami 4 beranak terus lah ke Kelana Jaya nak cari kasut mak. Masa on the way ke Kelana Jaya tu mak cadangkan supaya aku ambik esok je kereta aku kat ofis abah. Kalau ikutkan cadangan mak tu, alamatnye kena kuar awal lah kalau nak gi keje esok. Cam tak sanggup lah pulak. Malas nak mengharungi jammed.

Sampai Giant, terus ke kedai kasut. Ade lah nak dekat setengah jam dok belek-belek kasut. Mak dapat kasut. Abah pulak berkenan kat satu kasut tu, tapi besar sebelah lah pulak sebab sebelah tu memang die letak untuk display. Tu yang besar sebelah tu. So, end up, mak sorang je yang beli kasut. Lepas tu, makan kat Laksa Shack. Sedap okeh laksa johor kat Laksa Shack. Then, lepas makan, gi pulak tengok Myvi SE. My dad siap tanya lagi, kereta mane yang best Kelisa ke Myvi SE? Adik aku dah kembang-kembang hidung dah ingat abah nak beli Myvi SE untuk die. Deyyyy, belajar bawak kereta lah dulu deyyy. Ade hati nak Myvi SE. Ahaksss. Adik aku dah ade lesen tapi, takut nak bawak kereta al-kisahnye. Ahaksss. Ape yang die takutkan sangat tatau lah aku.

On the way balik tu Abah hantar aku kat ofis abah suruh ambik kereta. Abah pun kate esok die malas nak keluar rumah awal-awal sangat. So, aku pun suka lah jugak sebab tak payah kuar awal ke ofis esok. Masa kuar dari ofis abah tu, nampak lah satu tandas awam baru ni kat perkarangan Masjid Negara. Aku ni yang dah dok lama menahan dari Giant, ajak lah adik aku singgah tandas awam tu. Lawa tau tandas awam tu. Adik aku siap tanak masuk sebab takut kena bayar mahal sebab lawa sangat. Sabo je lah adik aku ni tau. Sekali, pegi-pegi je kena bayar 20 sen je. Huhuhuhu. Aku ade ambik gambar tapi aku tak bawak card reader lah pulak. Lepas tu, terus balik rumah.

Sampai rumah, lepak jap dalam bilik. Lepas mandi, tengok Datin Diaries pulak. Lepas tu, terus tido sebab keletihan yang amat sangat.

No comments: