Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, May 04, 2007

AKU JANJI

Pagi-pagi tadi dapat surat dari Unit Pengurusan Disiplin. Suspens woooo bile dapat surat dari Unit Pengurusan Disiplin ni. Memula ingatkan surat ape lah. Masalah disiplin ape lah yang aku dah buat. Huhuhuhuhu.




Sekali, bukak-bukak je rupa-rupanya diorang mintak Surat AKU JANJI. Fuhhhhh, lega sikit. Sikit je lah. Ahakssss. Sekali, recall-recall balik mane aku letak Surat AKU JANJI tu, aku missplaced lah pulak. Tak ingat aku letak kat mane. Suspen lagi sekali aku ni. Kakak kat ofis aku ni suruh lah aku call Unit Pengurusan Disiplin. Aku pun call lah kan. Lebih kurang camni ah dialog die.

Eyzzah : Assalamualaikum. Saya Eyzzah dari *tut*

PD : Yer saya.

Eyzzah : Saya ade dapat surat pagi ni berkenaan dengan Surat AKU JANJI. Tapi, saya ade masalah lah.

PD : Yer, ape masalah nye?

Eyzzah : Surat AKU JANJI saya hilang lah. Nak buat camane ek?

PD : Salinan pun tak der ke?

Eyzzah : Tak der lah. Saya punya Surat AKU JANJI yang original hilang lah dan saya tak pernah tandatangan pun Surat AKU JANJI tu.

PD : Tak pernah tandatangan??? Bape tahun dah keje? (Lemah aku die tanya aku soalan camni).

Eyzzah : Dah 3 Tahun.

PD : Tak per lah. Nanti, awak datang kat Unit Pengurusan Disiplin ni, ambik Surat AKU JANJI yang baru. Kat sini ade banyak. (Fuhhhh, lega aku weh. Penat je aku mensuspen kan diri tau).

Eyzzah : Terima kasih ek.

PD : Same-same. (Nasib baik die tak jawab same-same kasih). Huhuhuhu.

Nasib baik yang jawab telefon tu lelaki tau. Kalau perempuan, makcik-makcik lak tu mesti aku dah kena bebel. Hahahaha.

No comments: