Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, May 10, 2007

Hujan

Pagi tadi bangun agak awal lah jugak dalam pukul 6.15 pagi. Malam tu, cakap kat adik aku suruh gerak pukul 5.30 pagi. Tapi, masing-masing tido tak hengat punya. Terus terlajak sampai pukul 6.15 pagi. Bangun-bangun tu, lepas mandi, tengok mak ngan abah dah siap-siap dah. Driver abah pun dah sampai. Bosan lagi 2 minggu ni mak ngan abah tak der kat rumah sebab pegi China 10 days. Alahai, bosan sungguh. Sebab ape aku kate bosan tau, sebab tak der orang nak dengar aku bebel-bebel lepas aku balik keje.

Kalau aku balik keje, and mak aku baru lepas mengajar anak-anak murid die, mesti masuk bilik mak and lepak-lepak sambil bercerita ape yang berlaku seharian sepanjang aku keje. Memang aku open ngan mak aku. Ngan abah aku je aku tak open sangat sebab kan abah aku ni pendiam orang nye. Best lah mak, dapat ikut abah gi China. Bukan setakat China je. Tapi, cover sampai ke Tibet. Berjalan je keje nye tau. Syok betul. Tapi, abah deserve that lah. Everything in this life is hardwork, nothing comes easy and nothing is free. Tapi, I really can’t wait this August nak gi travel the whole family.

Tak sempat jugak mak aku nak tengok bakal cucu die. Hehehehe. Bukan ape, kakak ipar aku ni due today sepatutnya. Tapi, baby tanak kuar-kuar lagi. Nampak gaya nye, mak aku kena pegi kampong kakak ipar aku lah kalau nak jumpa baby nanti. Pagi tadi, keluar rumah pukul 6.45 pagi lah jugak. Keluar awal sebab nak hantar adik aku kat LRT Kelana Jaya. Adik aku yang lelaki tu tak bawak motor gi kelas hari ni sebab hujan lebat. So, aku pun suggest kat die yang aku akan hantar die kat LRT Kelana Jaya. Balik karang die balik ngan abang aku kot. Lepas tu pulak hantar adik aku, Syida kat rumah kawan die pulak.

Aku ingat, sempat lah aku sampai ofis pukul 8 pagi. Tapi, nampak gaya nye memang tak sempat sampai ofis pukul 8. Aku sampai je kat ofis dalam pukul 8.07 minit pagi. Alahai, merah punch card aku. Tak best betul rasa kalau punch card merah ni. Dahl ah hujan pepagi ni. Dok kat ofis lak sejuk buat aku rasa nak tido jerk. Cepat lah petang. Tak sampai setengah hari lagi, aku dah terasa nak balik rumah sambung tido. Syok woooo tido masa hujan lebat ni. Confirm lena punya lah.

No comments: