Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, May 17, 2007

Selamat Hari Guru

Hari ni hari guru semalaysia. Firstly, aku nak ucapkan selamat hari guru untuk adik kesayangan aku Siti yang skrg ni jadi guru practicum kat SMAKS. Sekolah bebudak pandai tu. Ahakssss. Nasib baik lah dapat sekolah bebudak pandai. Kalau lah dapat sekolah bebudak yang kurang pandai ni, aku tatau lah camane gaya nye adik aku tu. Dah lah menggelabah nye satu hal. Mane nak handle student nakal lagi kan.

Aku tanak lah cerita pasal pengalaman aku jadi cikgu. Aku dah cerita dah pengalaman aku jadi cikgu dulu. Skrg ni, aku nak post gambar-gambar aku masa zaman aku sekolah dulu. Rindu pulak nak kembali ke zaman sekolah.

Gambar ni masa aku darjah 4. Sekolah kat KL. Methhodist Girls School (MGS) KL. Abang aku selalu ejek nama sekolah aku ni. Die kate nama sekolah aku ni bukan Methodist Girls School. Tapi, Mamak Goreng S*ender. Jahat tau. Sampai menangis aku ni kena usik ngan abang aku. Bile fikir-fikir balik kelakar pulak rasa nye. Ahaksss. Can u all spot me? Kelakar ok aku masa ni.


Ni pulak gambar masa aku darjah 6 Dahlia kat sekolah yang same. Rambut pun cam spesen je ngan masa aku darjah 4 tu. Masa ni senior lah kira nye kat MGS. Kelas paling pandai lak tu. Huhuhuhu. Rindu ok kat kawan-kawan aku. Tapi, aku contact ngan Kartina je skrg ni. Tu pun terserempak ngan die kat Midvalley tengah shopping. Die kenal lak tu aku ni. Nampak sangat muka tak berubah langsung.

Gambar ni masa aku form 1 kat Sekolah Menengah Bukit Gading (SMBG), Sungai Buloh. Pakai tudung labuh lagi aku masa ni. Almaklum je lah kan aku dari sekolah agama kat kelantan. Selekeh je masa ni aku rasa.

Ni pulak masa aku form 3 dengan geng-geng budak perempuan kelas aku. Masa ni aku dalam kelas 3B1(A). A tu arab tau. Kelas aku ni, bebudak nye ambik subjek terlebih satu iaitu Bahasa Arab. Tapi, Bahasa Arab sokmo kantoi. Hahahaha.

Ni pulak gambar aku ngan bestfriend aku masa sekolah dulu, Nonit. Gambar ni ambik masa gi buat lawatan ke Pusat Sains Negara. Masa ni bukan main suka lagi buat lawatan gi Pusat Sains lah, Wet World lah. Skrg ni, Wet World depan mata dah tak pandang dah. Ahaksss.


Kepada kengkawan aku yang baca ke blog aku ni kan, contact lah aku ek. Rindu sesangat ngan korang. Tu pun kalau ade lah kan.

No comments: