Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, May 20, 2007

Who Needs Friends When U Have Siblings

Semalam aku bawak adik-adik aku pegi tengok Cinta Pertama kat Cathay Cineplex. Tengok tengah malam punya show. Adik aku siap boleh tido lagi tengok cerita tu. Sabar je lah aku tau. Die cakap bosan yang amat cerita tu. Huhuhuhu. Kalau aku tau die nak tido, tak nak aku bawak die tau. Pastu, salahkan sebab bawak die pegi tengok midnight. Sebab tu mengantuk. Sabar je lah sekali lagi.

Tapi, adik aku Umar menangis ok tengok Cinta Pertama. Kalau die menangis tu, makna nye best lah kot cerita tu. Die bagi 10/10. Ahakssss.
Sebelum gi tengok Cinta Pertama, singgah The Curve sebab siti nak masuk Borders. Singgah The Curve semata-mata nak masuk Borders jerk. Huhuhuhu. Lepas Siti dah beli sebuah buku, terus keluar dari The Curve, menghala ke Kota Damansara pulak sebab nak gi makan KFC. Kat area The Curve tak der KFC. Sebab tu gi kat area Kota Damansara. Lagipun, wayang pukul 11.20 pm. So, ade banyak masa lagi.



Model Borders melangkah dengan bergaya nye. En. Umar, sila jangan perasan ok saya panggil awak model


Masa kat KFC tu, borak sakan lah kitorang pun sambil gelak-gelak. Siti cakap, Who Needs Friends When U Have Siblings. Banyak betul perkara yang kitorang gelakkan. Salah satu nye dialog kat bawah ni:

Umar : Eh, esok Dato' Md Noor buat kenduri kawin anak die kat mane?

Aku : Dewan Perdana Felda.

Umar : Ok

Sambil-sambil tu borak pasal esok die nak gi sendiri ke atau gi ngan kitorang naik satu kereta. So, bile dah bincang semua, die akan bawak keta sendiri and kitorang bertiga naik satu kereta. Die pun tanya lah kitorang satu soalan yang buatkan kitorang gelak terbahak-bahak.

Umar : Eh, Dewan Perdana Felda kat mane? (Confident je mamat ni tanya).

Aku ngan Syida buat muka nak gelak sambil tahan gelak sebenarnya. Hahahahaha. Dan lepas tu, terus terburai gelak masing-masing.

Umar : Kurang ajar. Cakap ah bebetul.

Syida : Kalau esok kat Dewan Perdana Felda ade Sharifah A*ni buat show kat sane sempena hari ibu.

Aku : Dato' buat kenduri kat Dewan Komuniti Taman Ibu Kota ah. Ape lah hang ni? Confident je tanya. Tak der nye kite dapat pegi kalau Dato' wat reception kat Dewan Perdana Felda. Dato' jemput mak ngan abah jerk. Huhuhuhu.

Hahahahaha. Kelakar betul Umar ni tau. Sabo je lah aku.

No comments: