Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 05, 2007

Cuti-Cuti Kelantan

Penat tak habis lagi ni. Rasa cam malas nak update. Tapi, kena jugak update. Aku akan update aktiviti sepanjang minggu aku ade kat Kelantan.


Jumaat



Hari ni ambik half day leave sebab petang nak bertolak balik Kota Bharu dah. Lepas ambik Iera kat rumah die, terus balik rumah. Lepas mandi and siap-siap, abah aku balik je terus bertolak balik KB. On the way tu singgah solat kat Petronas Karak. Dari Karak tu dalam pukul 6 petang. Aku bawak straight dari KL ke KB.
Masa on the way dah nak sampai KB tu, mak aku tanya lah abah, kenape banyak sangat bendera PA*S ni? Rupa-rupanya ade Muktamar Tahunan kat PUTIK. Mak aku kate, mesti toksu aku datang ni. Sekali, masa sampai kat rumah atok aku, memang Toksu ade kat rumah atok aku.

Sampai-sampai je, borak-borak dulu. Lepas tu, terus tido. Tak larat maaaa.
Sabtu Bangun solat subuh. Lepas solat subuh, sambung tido sampai pukul 9 lebih. Aku dah tak peduli dah nak makan ke ape ke. Yang penting, aku dapat tido puas-puas. Bangun-bangun je terus mandi and siap-siap sebab mak aku ajak pegi Pasar Siti Khadijah sebab nak beli kaftan. Lepas dah borong kaftan, jalan punya jalan, mak aku terjumpa lak tudung yang sulam tangan. Aduhai, mahal betul harga tudung tu. Tak mampu aku nak beli. Tapi, mak aku beli jugak. Dah lah hari tu balik kelantan mak aku beli tudung yang harga 200 lebih. Kali ni, harga tudung yang mak aku beli RM180. Kalau aku ade duit, aku dah rembat dah sehelai. Serius, memang lawa. Lepas tu, terus balik rumah.

Balik balik je atok dah goreng cakoi. Lepas makan, keluar balik sebab nak gi jumpa adik angkat aku sambil-sambil nak ambik sambal daging yang aku order kat die. Jumpa adik angkat aku tu sekejap kat Medan Usahawan kat Stadium. Lepas dah jumpa adik angkat aku, jumpa pulak adik angkat Iera. Lepas lunch and borak-borak kat situ, pegi pulak rumah Sudin. Jumpa die kat rumah. Jumpa pun sekejap je sebab abah dah call ajak balik Jerteh pukul 3 lebih. Tapi, sebelum tu nak gi melawat sepupu aku yang accident pagi ni masa on the way balik dari KL ke Jerteh kat Hospital Kuala Krai.
Masuk-masuk kereta je terus letak kepala kat bantal, terus terlelap lagi. Bertolak dari KB, dalam pukul 3 lebih. Sekali, aku bangun-bangun je dari tido pukul 4 lebih, aku still ade kat KB lagi. Aku ingatkan aku mimpi ke ape. Sekali, realiti lah pulak. Rupa-rupanya, memang abah aku dah drive dah nak ke Kuala Krai. Dah nak sampai Kuala Krai dah pun, sekali dapat tau sepupu aku masuk Hospital Pakar Perdana KB. Kena patah balik lah pulak. Teruk jugak lah sepupu aku. Kaki die patah dua. Aduhai, susah lah kalau dah sampai patah kaki. Nak buat keje pun susah. Lepas dah melawat, terus ke Jerteh sebab malam ni sepupu aku nikah. Aku pakai seluar je pegi majlis nikah die sebab tak sempat nak tukar baju. Sabo je lah. Tak per ah kan, sempoi. Nasib baik, mak aku pun tak kisah. Lepas je dah habis kenduri, terus balik KB terus. Tak tido pun kat Jerteh sebab esok nye aku ade janji ngan adik-adik aku. Diorang nak bawak aku ngan Iera berjalan-jalan.



Ahad


Pagi ni rutin aku same je cam semalam. Membuta sampai pukul 9 lebih. Lepas dah bangun, terus siap-siap, makan and Is datang ambik aku ngan Iera pukul 11 pagi. Lepas tu, pegi ambik Sudin pulak kat rumah die. Lepas tu, terus gi KB Mall. Ingat nak main bowling. Tapi, tak jadi sebab orang ramai gilerrrr. Masa aku tengah dok tengok-tengok barang Spongebob kat KB Mall, diorang ajak aku pegi shopping kat Pengkalan Kubur. Stok gak gi shopping kat situ.Sebelum tu, makan dulu kat KFC sebab Iera teringin nak makan KFC. Lepas makan, terus menghala ke Pengkalan Kubur.





Aku ni kan, memang meroyan pegi Pengkalan Kubur tu. Aku meroyan tengok bantal Spongebob. Tapi, aku tak beli pun. Aku beli Patrick untuk gantung kat kereta. Bantal tak beli sebab dah ade. Iera beli periuk. Lepas dah habis meroyan kat Pengkalan Kubur, terus Is bawak kitorang gi umah die pulak sebab nak solat asar. Lepas solat, pegi PCB pulak. Lama betul aku tak gi PCB. Pegi hari tu pun malam. Lepas dah ambik-ambik gambar, terus ke Masjid Muhammadi solat maghrib.



Lepas tu, pegi KB Mall balik sebab Iera nak beli skirt yang die berkenan siang tadi tak sempat nak beli. Tu yang pegi jugak tu. Lepas tu, singgah rumah Sudin sebab die ajak makan malam. Makan malam yang dah lewat giler. Pukul 10 lebih baru nak makan malam. Sabo je lah aku tau. Lepas makan, terus Is hantar kitorang balik rumah. Sampai rumah, borak pulak ngan paksu aku. Tido nak dekat-dekat kol 1 pagi lah jugak.


Isnin


Bangun agak awal sebab nak gi Jerteh. Hari ni ade kenduri pulak kat rumah mak sedara aku. Kenduri menyambut menantu. Sebelum tu, singgah hospital jenguk sepupu aku. Lepas tu, terus menghala ke Jerteh. Sampai Jerteh pukul 11 lebih. Lepas tukar baju terus gi umah mak sedara aku. Sampai-sampai terus makan. Lepas makan, lepak-lpak atas rumah. Tatau nak tolong ape sebenarnya. Tu yang lepak jerk. Lepas dua-dua pasangan pengantin dah sampai, terus mintak diri nak balik KL. Bertolak dari Jerteh pukul 5 lebih. Sampai KL pukul 12 tengah malam. Mengantuk aku sehhhh. Esok kena keje. Tak leh nak mintak cuti dah sebab cuti dah nak habis.


No comments: